Siaran Lansung Big Stage 2023 Musim 5 Dan Senarai Peserta

Big Stage 2023 Musim 5, rancangan realiti TV popular kembali lagi dan akan bersiaran secara langsung pada setiap Ahad, pukul 9:00 malam bermula 7 Mei 2023 yang disiarkan secara eksklusif dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menerusi saluran 104 Astro Ria selama sepuluh minggu .

Big Stage 2023 Musim 5 ini juga boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan lebih fleksibel.

SIARAN LANSUNG BIG STAGE 2023 MUSIM 5
Jumlah minggu : 10
Mula siaran : 7 Mei 2023
Waktu siaran : Ahad, pukul 9:00 malam 
Siaran TV/ Platform penstriman : astro Ria (CH104), astroGO dan Sooka
Pengacara : Elly Mazlein @Kak Lina Pom Pom & Rina Nose

Siaran Lansung Big Stage 2023 Musim 5 Dan Senarai Peserta

Big Stage 2023 Musim 5

Big Stage 2023 Musim 5 membawakan banyak perubahan dengan menampilkan peserta berkumpulan dan duo sebagai peserta yang akan bersaing bersama di atas pentas Big Stage 2023 Musim 5.

Pengacara Big Stage 2023 Musim 5

Selain itu, Elly Mazlein atau lebih dikenali dengan gelaran Kak Lina Pom Pom adalah pengacara baharu Big Stage 2023 Musim 5 menggantikan Alif Satar dan Sherry Alhadad yang telah mengacarakan pentas Big Stage empat musim berturut-turut.

Senarai Juri Tetap Big Stage 2023

Barisan juri turut menampilkan juri-juri baharu. Antaranya Aina Abdul sebagai penyanyi ikon yang menjadi aspirasi untuk bakat-bakat muda, menggalas tugasan menjuri perserta-peserta muda. 

Senarai peserta Big Stage 2023 Musim 5

Seramai 14 peserta bintang BBNU yang bakal bersaing di musim 5 Big Stage terdiri daripada 10 artis baru dalam industri muzik Malaysia, 4 bintang dari Korea, Singapura dan Brunei. Big Stage Musim 5 lebih menarik  lagi tidak hanya menampilkan penyanyi solo malah ada juga peserta duo dan berkumpulan.

Senarai peserta Big Stage 2023 Musim 5

  1. Isaac Voo (Korea Selatan)
  2. Firdaus Rahmat
  3. Meer Nash
  4. Naufal Azrin
  5. Aufahanie
  6. Puteri Khareeza
  7. Putera Muhammad
  8. Nadeera Zaini
  9. Dem Lepak Boyz (Duo)
  10. COEX (Peserta berkumpulan yang terdiri daripada Mikaela Qistina, Amy Loh, Dalini, Eyqa Shahidan dan Elysha Khan)
  11. Farhan Shah (Singapura)
  12. HoonDoo (Korea Selatan)

Manakala senarai empat bintang lain peserta daripada Brunei Darussalam, Indonesia, Singapura dan Korea Selatan akan diperkenalkan pada konsert minggu pertama nanti.

Kesemua peserta Big Stage 2023 Musim 5 ini merupakan mereka yang memenangi anugerah prestij, calon-calon kepada anugerah yang hebat, popular di peringkat antarabangsa, memenangi pertandingan nyanyian popular, versatil dalam bidang muzik serta penyanyi runut bunyi yang terkenal.

Konsep Big Stage 2023

Big Stage adalah sebuah rancangan televisyen realiti menampilkan bakat muda generasi alaf baharu dalam industri muzik Malaysia, yang juga dikenali sebagai ‘Budak Baru Nak Up’ (BBNU). Ia memberi kebebasan kepada penyanyi muda yang mempunyai bakat ke pentas realiti yang lebih kompetitif.

Pentas Big Stage amat dikenali dengan melahirkan bintang-bintang muda yang mempunyai kemahiran nyanyian luar biasa sehingga meraih perhatian di pelbagai platform media sosial mahupun dalam industri nyanyian.

Format Big Stage Musim 5 masih mengekalkan format asal. Penjurian dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu nasib peserta akan ditentukan berdasarkan permarkahan oleh juri profesional dan undian oleh peminat secara dalam talian. 

Untuk bahagian pertama, 100% keputusan akan ditentukan oleh juri berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan semasa konsert mingguan. Tiga bintang yang mendapat markah terendah akan melalui proses penjurian untuk bahagian kedua yang ditentukan berdasarkan undian peminat secara dalam talian, peserta yang mendapat undian terendah akan tersingkir.

Undian Big Stage

Tiga bintang yang mendapat markah terendah akan melalui proses penjurian kedua yang ditentukan berdasarkan undian peminat secara online menerusi laman rasmi www.gempak.com/bigstage serta menerusi aplikasi SYOK.

Lagu Tema Big Stage Musim 5

Pada edisi kali ini Big Stage 2023 Musim 5 turut mengeluarkan lagu tema rancangan, istimewa buat edisi terbaharu ini yang berjudul Big Stage buat pertama kalinya.

Lagu tema Big Stage 2023 Musim 5 bergenre pop dan futuristik digubah oleh Shazee Ishak dan Audi Mok daripada Replay Music Sdn. Bhd. yang akan dinyanyikan oleh semua barisan peserta Big Stage musim 5.

Big Stage Bootcamp

Menjelang Big Stage 5, satu program khas yang memaparkan barisan peserta Big Stage 5 buat pertama kalinya di kaca TV ditayangkan pada 29 April dan 30 Jun 2023.

Para peserta akan ditempatkan di sebuah rumah besar bergelar The Big House dan di situ jugalah mereka akan belajar dan menerima cabaran-cabaran yang akan menyerlahkan lagi karakter mereka kepada penonton

Big Stage 2022 musim 4 yang lalu, Elica Paujin menyanyikan lagu Cinta nyanyian asal Misha dan lagu Believer duet bersama artis jemputan Hael Husaini telah menewaskan empat peserta lain yang terdiri dariapda Tegar Septian, Aisha Retno, Yazmin Aziz dan Daniel Chuer dan membawa wang tunai RM100,000 dan piala Big Stage musim keempat.


4 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.