Telefilem Yek Icin Mahak Di TV1
Yek Icin Mahak, sebuah telefilem/ telemovie khas sempena Hari Guru dedikasi pengorbanan guru dalam mendidik murid sekolah terutamanya sekolah Orang Asli.
Yek Icin Mahak, sebuah kisah yang mengangkat isu pendidikan dalam kalangan masyarakat orang asli. Perjuangan guru dan survival seorang anak demi memberikan khidmat kepada insan-insan yang mereka sayangi dibintangi pelakon Ummi Nazeera, Jay Iswazir, Hasnul Rahmat, Farah Ahmad, Zalfa Zin, Syed Irfan, Hadi Putra, Fauziah Nawi dan ramai lagi.

Telefilem Yek Icin Mahak bersiaran pada hari Sabtu, 27 Mei 2023 pukul 9.00 malam di Slot Panggung RTM TV1. Juga boleh tonton online Yek Icin Mahak live streaming online di portal RTM Klik atau aplikasi RTM Klik.
TELEFILEM YEK ICIN MAHAK
Waktu siaran : Sabtu, 27 Mei 2023 pukul 9.00 malamSiaran TV/ Platform Penstriman : Slot Panggung RTM TV1, astro (CH101), RTM Klik atau aplikasi RTM Klik
Penulis skrip : Siti Solehah Abdul Ghani
Pengarah : Pali Yahya
Produksi : Mache All Star United Sdn. Bhd.

PELAKON YEK ICIN MAHAK
Ummi Nazeera, Jay Iswazir, Hasnul Rahmat, Farah Ahmad, Zalfa Zin, Syed Irfan, Hadi Putra, Fauziah Nawi dan ramai lagi.WATAK PELAKON YEK ICIN MAHAK
Ummi Nazeera sebagai Cikgu AisyahJay Iswazir sebagai Cikgu Nazim
Hasnul Rahmat sebagai Tok Debu Berlian
Hadi Putra sebagai Udin
SINOPSIS YEK ICIN MAHAK
Telefilem Yek Icin Mahak mengisahkan tentang kisah Cikgu Aisyah yang menerima surat penempatan ditugaskan mengajar di sekolah perkampungan Orang Asli di Kelantan. Meskipun pada mulanya agak terkejut dan memikirkan banyak perkara untuk menerima tawaran itu namun sebagai pendidik dia akhirnya nekad menyahut cabaran tersebut.Di sana, Cikgu Aisyah cuba pelbagai cara untuk menarik perhatian anak-anak muridnya ke sekolah dengan bantuan Cikgu Nazim. Salah seorang anak muridnya, Udin sudah lama tidak hadir ke sekolah kerana menjaga emakya yang sakit meroyan. Cikgu Aisyah cuba memujuknya dan membantu merawat emak Udin, Seha.
Ikuti kisah Yek Icin Mahak pada Sabtu, 27 Mei 2023 pukul 9.00 malam di Slot Panggung RTM TV1.
Post a Comment