Jalan-Jalan Dan Bergambar Sekitar Kapal Terbang Sekinchan Viral

Seperti yang dirancang, Sabtu lepas dapat juga ke rumah kakak di Sabak Bernam. Dah lama merancang, kami je yang lalai yang tak menyempat nak ke sana. Mulanya nak pergi sebelum puasa. Tapi tak dapat.

Raya pula kakak saya tak balik kampung sebab giliran rumah mentua dia. Alang-alang musim raya, marilah kita beraya sekali dengan sambut birthday anak buah 1 Mei. Tapi kami datang awal dari tarikh tu, kita sambung awal lah sikit ye.

Kalau dah ke rumah kakak, jarang datang sekejap. Haruslah dari pagi sampai ke malam. Datang dari jauh-jauh kenalah luangkan masa lama sikit. Ajak anak-anak buah ke Sekinchan nak kupi-kupi Starbucks tujuan utamanya. 

Sambil tu nak jalan-jalan sekitar kawasan Kapal Terbang Sekinchan yang terletak di tengah-tengah sawah padi Sekinchan yang cantik tu. Baru saya tahu kewujudan Kapal Terbang Sekinchan ni. Sebelum ni viral kapal terbang lusuh terbengkalai di tengah sawah.

Baru kini cantik di cat putih. Rupanya Kapal Terbang Sekinchan ni akan dijadikan cafe (Sekinchan aeroplane restaurant). Wahhh, baru letak sini pun dah viral dan dipenuhi umat manusia. Apatah lagi bila cafenya dah siap. Satu tarikan di Sekinchan yang menarik.

Kapal Terbang Sekinchan

Masa kami sampai dah penuh dengan kenderaan di bahu jalan yang sempit. Memang jem lah situ. Nak bergambar pun rasa tak seronok dah. Sempat ambil gambar mana yang sempat je lah. Tak boleh nak berposing sakan sebab memikirkan faktor keselamatan.

Risau kalau-kalau leka ambil gambar dari tengah jalan perkara buruk akan berlaku. Nak hilangkan rasa kecewa, jomlah kita ambil gambar di sawah padi yang cantik. Kita ambil gambar kapal terbang dari kejauhan je lah ye.

Kapal Terbang Sekinchan

Marilah bergambar di sawah padi yang terbentang luas. Cantiknya lah sawah padi Sekinchan ni. Dahlah luas, warna hijau kuning dia tu menarik. Port bergambar yang cantik! Rugi kalau tak bergambar di sini. Dapatlah juga mengubati kekecewaan haritu nak bergambar raya di sawah padi Kuala Pilah.

Kapal Terbang Sekinchan

Anak buah dah sama besar dengan ucunya dah. Cepat je dah besar. Itu tandanya kita semakin menua. Pangkat pun dah naik level nenek dah ni. Haiyaa...

Berdekatan Kapal Terbang Sekinchan ni saya perasan juga ada hotel/homestay baru, Padi Sentral namanya. Menarik juga kalau menginap di Padi Sentral Sekinchan Homestay. Dahulunya bangunan tu rumah burung kalau tak silap. Konsep design dia ala industrial dan retro gitu. 

Kalau nak ke kapal terbang viral sekinchan ni waze je Kapal Terbang Sekinchan.

Balik dari Sekinchan barulah sambut birthday anak buah. Saya belikan kek red velvet mini saiz Secret Recipe. Sedap! Alhamdulillah anak buah pun happy.

Sambut Birthday 1 Mei

Saja edit gambar style Wes Anderson. Alang-alang tengah trending Wes Anderson vibes sekarang ni kan.

8 comments:

  1. Replies
    1. Ye, memang cantik permandangan sawah padi kat sini. Nice place untuk photoshoot.

      Delete
  2. Dah lama nak ke skinchan ni tapi masih belum bpeluang.. banyak tempat menarik utk pergi kn?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekinchan sekarang dah banyak tempat menarik. Kena listkan dan rancang dulu sebelum pergi.

      Delete
  3. Oh dijadikan restoran ya kak... Unik juga karena view-nya sawah πŸ‘. Di Jakarta sebenarnya ada. Tapi view-nya semacam kebun. Saya tak terlalu suka, makanya yg di Jakarta blm pernah saya datangin πŸ˜….

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, katanya begitulah. Akan dijadikan resto. Menarik sangat idea tu. Sambil makan sambil menikmati view sawah padi. Oh ye? Mesti jadi salah satu tarikan disana.

      Delete
  4. sy dpt tahu psl kapal terbang ni jg dr twitter... dlm hati ckp wahhh org sekinchan dah ada flight sendiri😁

    pandai owner cari tarikan org ramai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..Kapal Terbang ni lah jadi tarikan utama orang datang Sekinchan ni kan. Dulu sawah padi dengan Sekinchan Padi Box. Sekarang dah ada tarikan baru. Ramai betul kalau on weekend. Jem teruk.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.