Siaran Lansung Mega Spontan 2023 Dan Senarai Peserta

Mega Spontan 2023, sebuah program berteraskan permainan lawak spontan bakal bersiaran mulai 19 Mei 2023, setiap hari Jumaat pukul 9.00 malam di saluran 107 astro Warna. Mega Spontan 2023 adalah nama baru bagi program Super Spontan yang sudah 5 tahun tidak bersiaran.

Mega Spontan 2023 akan berlangsung selama 8 minggu dan bersiaran secara langsung dari Panggung Percubaan, Universiti Putra Malaysia, Serdang.

Program Mega Spontan 2023 tampil dengan format permainan baru secara keseluruhan. Bertemakan ‘ Takhta Nusantara’ , program permainan lawak spontan secara improvisasi yang menguji daya kreativiti terdiri daripada 4 kumpulan yang mewakili kerajaan-kerajaan Nusantara iaitu
  1. Srivijanda
  2. Langkataksuka,
  3. Majakelat 
  4. Campaktakjauh
Dalam edisi Mega Spontan 2023 kali ini adalah pengenalan mentor bagi setiap kumpulan yang akan membantu strategi kumpulan yang diwakili serta memberi komen kepada persembahan setiap kumpulan termasuk persaingan Battle Royale.

Barisan mentor ini digalas pelawak-pelawak versatil tersohor negara iaitu Zizan Razak yang mewakili kerajaan Majakelat, Douglas Lim (kerajaan Campaktakjauh), Sabri Yunus (kerajaan Langkataksuka) serta Kamal Adli (kerajaan Srivijanda)

Gerak-geri setiap pemain akan dinilai Datuk Afdlin Shauki sebagai Game Master sebagai menentukan pemenang dan pemilihan hukuman buat kumpulan yang tercorot serta pemberian Immunity kepada pemain mahupun kumpulan.

Pengacara Mega Spontan 2023 akan diacarakan oleh Sherry Alhadad bakal bergandingan bersama Amir Raja Lawak buat pertama kalinya. Tugas mereka untuk bertanyakan soalan-soalan panas kepada setiap kumpulan.

MEGA SPONTAN 2023
Jumlah minggu : 8
Waktu siaran : Jumaat, pukul 9.00 malam
Siaran TV : astro Warna (CH107) & astroGo
Pengacara : Sherry Alhadad & Amir Raja Lawak

Siaran Lansung Mega Spontan 2023 Dan Senarai Peserta

Senarai Peserta Mega Spontan 2023

Rancangan ini menampilkan 20 pemain yang dibahagikan kepada 4 kumpulan. Selain daripada barisan pelawak popular dan selebriti terkenal, rancangan Mega Spontan 2023 turut menampilkan wajah-wajah baru dalam industri hiburan, selebriti media sosial dan juga rakyat biasa yang dipilih melalui sesi uji bakat terbuka.

Pada minggu pertama rancangan Mega Spontan 2023, penonton akan diperkenalkan kepada empat pemain yang terpilih daripada uji bakat terbuka.

1. Game Master : Datuk Afdlin Shauki

2. Mentor
Kerajaan Majakelat : Zizan Razak
  1. Joey Daud
  2. Adlin Aman Ramli
  3. Mamat Sepah
  4. Sanjna Suri
  5. Oky Danial
Kerajaan Srivijanda : Kamal Adli
  1. Mamak Puteh
  2. Ropie
  3. Fadli Masoot
  4. Aya Amiruddin
  5. Apit Wan Lebo
Kerajaan Langkataksuka : Sabri Yunus
  1. Mark Adam
  2. Roy Azman
  3. Naim Daniel
  4. Farahdhiya
  5. Ijat Habart
Kerajaan Campaktakjauh : Douglas Lim
  1. Dato' Jalaluddin Hassan
  2. Atu Zero
  3. Ramona Zam Zam
  4. Noreen Iman
  5. Akay Pikir
 
3. Pemain Mega Spontan 2023
Atu Zero, Mamak Puteh, Joey, Ropie, Mamat Sepah, Naim Daniel, Fadli Masoot, Dato’ Jalaluddin Hassan, Mark Adam, Adlin Aman Ramli, Roy Azman, Noreen Iman, Ramona Zam Zam, Farahdhiya, Sanjna Suri dan Aya Amiruddin.

Mega Spontan 2023 kali ini bukan peserta yang akan tersingkir tetapi tetapi secara berkumpulan yang mana ianya hanya akan diadakan pada minggu-minggu yang terpilih sahaja dan undian dilakukan secara online.

Juara kumpulan akan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM200,000 beserta trofi. Pemain terbaik pusingan akhir akan memenangi hadiah berjumlah RM10,00 juga beserta trofi. Setiap minggu, kumpulan yang menang akan peroleh RM5,000 untuk didermakan kepada badan amal terpilih.

Siapakah yang bakal dinobatkan sebagai ‘Raja Kerajaan Takhta Nusantara’ dalam Mega Spontan 2023. Saksikan Siaran Lansung Mega Spontan 2023 setiap Jumaat, pukul 9.00 malam eksklusif di saluran 107 Astro Warna mulai 19 Mei 2023.

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.