Drama Perempuan Itu

Perempuan Itu, drama lakonan Zul Ariffin dan Mimi Lana akan bersiaran mulai 1 Jun 2023 di platform penstriman Tonton. Beberapa babak yang pernah mencetuskan kontroversi sudah disunting untuk tayangan di Tonton.

Juga boleh tonton Drama Perempuan Itu online strim live HD di www.tonton.com.my, www.xtra.com.my/live-tv/ atau muat turun aplikasi di Google Play atau Apple Apps Store.

DRAMA PEREMPUAN ITU

Jumlah episod : 30
Mula siaran : 1 Jun 2023
Siaran TV/ Platform penstriman : Tonton
Penulis skrip : Erma Fatima
Pengarah : Ain Sharif

Drama Perempuan Itu

PELAKON PEREMPUAN ITU

Zul Ariffin, Mimi Lana, Siti Hariesa, Erysha Emyra, Elfriena A, Eman Manan, Norish Karman, Amir Ahnaf, Amar Asyraf, Iqbal Zulkefli, Rose Nicotine dan ramai lagi.

WATAK PELAKON PEREMPUAN ITU

  • Mimi Lana sebagai Khalish
  • Zul Ariffin sebagai Emir
  • Siti Hariesa sebagai Seira
  • Amar Asyraf sebagai Aryan
  • Eman Manan sebagai Ustaz Salahudin
  • Norish Karman sebagai Khafila
  • Azizah Mahzan sebagai Saodah
  • Aleeza Kasim sebagai Farisha
  • Ismail Yaacob sebagai Ismail Yaacob
  • Balkisyh Semundur Khan sebagai Musalmah
  • Erysha Emyra sebagai Wardah
  • Elfriena Adros sebagai Yasmina
  • Ahmad Iqbal Zulkefli sebagai Iqbal
  • Amir Ahnaf sebagai Remy
  • Shaidan Izwan sebagai Rafiuddin

SINOPSIS PEREMPUAN ITU

Ibu bapa Khalish mahu dia mengambil alih Madrasah Mujahidah tetapi dia menolak kerana mempunyai impian tersendiri iaitu menjadi peguam Syariah dan memperjuangkan pemerkasaan wanita.

Kerana takut dengan pemikiran moden Khalish, ibu bapanya memutuskan untuk mengahwinkannya dengan anak kawan rapat mereka, Emir. Walaupun pada mulanya Emir keberatan, dia meneruskan perkahwinan itu kerana dia seorang anak yang taat kepada ibunya.

Selepas 4 tahun berkahwin, Emir akhirnya berjaya mendapat kepercayaan dan cinta Khalish, dan mereka sedang menanti anak sulung mereka. Namun, Khalish kemudiannya mendapat tahu bahawa Emir sebenarnya mempunyai kekasih rahsia bernama Seira.

Berkisarkan konflik rumah tangga pasangan Emir lakonan Zul Ariffin dan Khalish. Kebahagiaan yang dikecapi Khalish hanyalah sementara selepas muncul orang ketiga iaitu Seira dalam hidup mereka.

Drama Perempuan Itu

Bagaimanakah Khalish mempertahankan rumah tangga dia dengan Emir yang sanggup pilih Sera. Bila ada nya “orang ketiga” dalam sesebuah kekeluargaan, siapa yang harus dipersalahkan?

Saksikan Drama Perempuan Itu secara eksklusif di platform Tonton mulai 1 Jun 2023 dengan langganan dari RM9.90 sebulan.

LAGU TEMA (OST) PEREMPUAN ITU

Lagu : Perempuan
Penyanyi : jaclyn Victor

2 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.