Drama Kampung Mat Saleh Di Slot Sakura TV3

Tonton Drama Kampung Mat Saleh bersiaran mulai 18 Mei 202, setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 6.00 petang di Slot Sakura TV3. Drama Kampung Mat Saleh dibintangi Aiman Nasir Wynne, Nelissa Nizam, Wanna Ali, Wanns Ahmad, Kazar Saisi, Kamarul Eqi, Fathil Dani, Mazlee Razalee, Amy Nur Tinie dan ramai lagi.

DRAMA KAMPUNG MAT SALEH

Jumlah episod : 20
Mula siaran : 18 Mei 2023
Waktu siaran : Isnin- Khamis, pukul 6.00 petang
Siaran TV/ Platform penstriman : Slot Sakura TV3, astro (CH103), Tonton
Penulis skrip : Azal Ezreen
Pengarah : Hashim Rejab
Produksi : Country & Universal Sdn. Bhd.

Drama Kampung Mat Saleh Di Slot Sakura TV3

PELAKON DAN WATAK

Aiman Nasir Wynne, Nelissa Nizam, Wanna Ali, Wanns Ahmad, Kazar Saisi, Kamarul Eqi, Fathil Dani, Mazlee Razalee, Amy Nur Tinie dan ramai lagi.

  • Aiman Nasir Wynne sebagai Faizal
  • Wanna Ali sebagai Bedah
  • Wanns Ahmad sebagai Fitri

SINOPSIS DRAMA KAMPUNG MAT SALEH

Drama Kampung Mat Saleh mengisahkan tentang Faizal yang bekerja sebagai ‘office boy.’ Dia juga adalah jejaka yang berasal dari Kelantan. Namun, susuk fizikalnya persis orang Inggeris. Pada suatu hari, Faizal telah diarahkan oleh bosnya untuk menghantar satu dokumen penting ke negeri Kedah.

Penghantaran tersebut perlu dilaksanakan dengan segera. Ia hal penting! Namun, dalam perjalanan ke negeri Jelapang Padi itu, Faizal terlibat dalam sebuah kemalangan. Malang lagi baginya, kepalanya telah terhentak di sebuah batu.

Penghulu kampung yang bernama Ali menjumpai Faizal yang berada dalam keadaan terbaring di tepi sawah. Dia telah memberi bantuan kepada Faizal supaya dia sedarkan diri.

Apabila sedar, Faizal telah lupa ingatan dan jati dirinya. Malah, dia yang sebelum ini bertutur dalam dialek Kelantan yang pekat kini hanya bertutur dalam bahasa Inggeris. Maka tidak hairanlah yang Penghulu Ali beranggapan bahawa Faizal adalah seorang Mat Saleh.

Nama baharu Faizal yang diberi oleh Penghulu Ali adalah Saleh. Penghulu Ali juga membawa Saleh pulang ke rumahnya untuk berubat. Zana, anak perempuan Penghulu Ali, juga membantu saleh untuk menyesuaikan dirinya di kawasan kampung. Apakah yang akan dilalui oleh Mat Saleh di kampung ini?

Ikuti kisahnya dalam Kampung Drama Mat Saleh setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 6.00 petang di Slot Sakura TV3.

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.