Header Ads

Hukum Sambut Hari Ibu Menurut Islam

9 Mei 2021, tarikh hari ibu sedunia 2021. Sambutan hari ibu yang diraikan sebagai tanda menghargai pengorbanan dan usaha ibu dalam membesarkan sehingga menjadi manusia yang berjaya. Hari ibu 2021 Malaysia tak kurang juga meriahnya. Ramai yang mengambil peluang untuk mengucapkan selamat hari ibu kepada ibu masing-masing.

Hukum Sambut Hari Ibu Menurut Islam

Akan tetapi, bagi seorang muslim kita kenalah cakna dengan sambutan hari ibu ni yang sering mengelirukan. Apa hukum sambut hari ibu? Apa hukum ucap hari ibu? 

Hukum Sambut Hari Ibu Menurut Islam, ini penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan.

Berkenaan dengan sambutan Hari Bapa atau Hari Ibu, suka dinyatakan bahawa:
  • Saya melihat isu seperti ini lebih kepada istilah sahaja di mana hakikat perayaan dalam Islam hanya dua, iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Haji.
  • Berkenaan dengan memuliakan ibu bapa, ia tidak terhad pada masa atau tarikh tertentu. Malah kewajipannya adalah berpanjangan dan berkekalan sepanjang hayat. Justeru, perayaan seperti ini lebih menghampiri pengaruh Barat yang terpaksa mewujudkan perayaan bagi menghormati ibu dan bapa. Sedangkan bagi orang Islam, anjuran supaya memuliakan dan menghormati kedua ibu bapa sebenarnya sudah dititikberatkan di dalam al-Quran dan al-Sunnah Nabi SAW, tanpa terikat dengan masa dan tempat.

Saya tidak menganggap bahawa merayakan Hari Ibu dan Hari Bapa sebagai perkara yang tidak dibolehkan. Tetapi hendaklah dengan menepati beberapa syarat:
  • Menganggap Hari Ibu atau Hari Bapa sebagai penghormatan tambahan buat mereka, bukannya menyempitkan skop menghormati mereka hanya pada tarikh tersebut.
  • Tidak menjadikan ia sebagai satu bentuk perayaan dengan ertikata perayaan keagamaan, tetapi sebagai sambutan secara adat sahaja.
Sewajarnya seseorang Islam sentiasa menghormati ibubapa dan pada saat yang sama memahami ajaran Islam supaya ketaatannya sentiasa selaras dengan syariat Islam.

Akhukum Fillah,
Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan

Pencetus Ummah (PU) Azman juga pernah menjelaskan kekeliruan tentang sambutan hari ibu untuk mereka yang beragama Islam  menerusi entri di Instagram (IG), PU Azman telah menjelaskan tentang hukum sambutan Hari Ibu.


Ulama beza pendapat tentang hukum sambut hari ibu. 
Mazhab pertama, HARAM. Dengan hujah bid'ah dan mengikut budaya barat atau agama lain. 
Mazhab kedua, HARUS dengan syarat :

  1. Tidak menganggap hari ibu sebagai perayaan dalam kerangka syarak seperti Aidilfitri dan Aidiladha. Ia hanya sambutan yang berkaitan adat saja bukan ibadat.
  2. Ia hanya keraian tambahan daripada meraikan ibu yang wajib dilakukan setiap hari dalam hidup seorang anak.
  3. Jangan ada pembaziran dan upacara yang jelas ditegah syarak.
  4. Jangan nak buat baik tunggu hari ibu saja. Bahkan wajib setiap hari, cuma pada hari ibu sekadar tambahan dengan surprise umpamanya.
"Moga netizen tidak bertekak dalam hal ini. Kerana ia adalah isu perbezaan pendapat. Yang tak nak sambut hari ibu, tindakan anda barangkali lebih selamat untuk pengamalan Islam dalam hidup anda.

"Tapi jangan menuduh orang yang sambut Hari Ibu sebagai kafir kerana ia bergantung kepada niat seseorang. Walaupun dikatakan sambutan ini berasal dari agama lain, tapi jika seorang muslim yang meraikannya tidak berniat meniru prinsip agama lain bahkan intipati memuliakan ibu dalam Hari Ibu itu memang ada dalam ajaran Islam dan sambutan Hari Ibu itu hanya sekadar bakti tambahan selain bakti yang dilakukannya setiap hari terhadap seorang ibu.

"Ingat, jika ada ulama yang menegahnya, maka ada juga ulama yang membenarkannya dengan syarat di atas," tulisnya.

Begitulah penjelasan dari PU Azman. 

Jika kita mahu membalas jasa ibu bapa kita, tak perlu tunggu hari sambutannya. Hari-hari adalah hari ibu dan hari hari kita boleh sambut hari ibu. Sama juga konsepnya dengan hari bapa. Hari hari hargai dan gembirakan mereka mengikut cara kita sendiri untuk membalas jasa kedua dua mereka selagi mereka masih ada.

16 comments:

  1. Betul, tak perlu tunggu hari ibu atau hari bapa untuk membalas jasa mereka. Hari hari hari ibu dan bapa. Hormat mereka setiap masa dan setiap hari kerana tanpa mereka, tiadalah kita di dunia ini.

    ReplyDelete
  2. Betul itu tidak perlu tunggu hari ibu atau bapa atau ketika harijadi mereka.

    ReplyDelete
  3. Macam² sambutan ada sekarang. Dulu² ada hari Guru saja.. Sekarang dah macam².

    ReplyDelete
  4. betul tu..tak sambut pun semalam...cuma dpt ucapan jer dari asben..pastu pagi td sebelum gi keje ucap kat mak & cium dia..sebab hari ibu tu hari2 untuk dia.. sentiasa ada dalam doa hari2 setiap 5 waktu.. insyaallah ada rezeki bulan Jun nnt celebrate bday dia..baru buat makan2 sendiri kot... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah ada rezeki kita kongsi bersama dengan ibu yang tersayang :)

      Delete
  5. Setuju dengan kenyataan diatas . Setiap hari adalah hari ibu . Setiap hari perlu hargai ibu

    ReplyDelete
  6. hari2 adalah hari ibu...tp mcm kita hargai lebih dengan ucapan or masak2...tkde la sambut apa sgt pn

    ReplyDelete
  7. sudah tiada ibu untuk menyambut hari ibu

    ReplyDelete
  8. setuju banget, karena sekarang juga menyabut hari ibu seaakan pamer ibu, dan kasian yg sudah punya ibu

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.