Hari Gawai 2023 Sarawak Malaysia

Azhafizah MN
By -
0
1 Jun dan 2 Jun adalah tarikh sambutan Hari Gawai (Gawai Dayak) dan di isytiharkan sebagai cuti umum bagi negeri Sarawak, Malaysia sempena Perayaan Pesta Menuai. Tarikh hari Gawai 2023 1 dan 2 Jun jatuh pada hari Khamis dan Jumaat.

Hari Gawai merupakan perayaan terbesar yang disambut oleh orang Dayak Sarawak, Malaysia. Orang Dayak adalah istilah kolektif yang digunakan untuk merujuk kepada pelbagai kumpulan etnik peribumi di Sarawak, seperti Iban, Bidayuh, Kenyah, Kayan, dan lain-lain. Kumpulan ini berkongsi banyak persamaan budaya, termasuk amalan pertanian mereka, kepercayaan tradisional dan adat resam.

Pada zaman dahulu, mereka tinggal di rumah panjang. Sesetengahnya tinggal berkelompok di kampung-kampung. Kini, ramai yang sudah tinggal menetap di bandar-bandar mencari pekerjaan untuk sara hidup mereka.

Hari Gawai 2023 Sarawak Malaysia

Hari Gawai adalah perayaan yang penting bagi orang Dayak, kerana ia menandakan berakhirnya musim menuai padi. Hari Gawai juga merupakan masa untuk mengucapkan terima kasih atas hasil tuaian dan masa ini juga untuk meraikan budaya dan warisan mereka dengan mengadakan aktiviti tradisional seperti tarian ngajat, bacaan pantun, dan upacara minum tuak.

Selain itu, Hari Gawai juga adalah masa untuk masyarakat berkumpul untuk bersyukur atas hasil tuaian, menghormati nenek moyang mereka, dan meraikan warisan mereka.

Hari Gawai

Gawai bermaksud pesta. Bermakna, Gawai Dayak adalah Pesta Dayak. Gawai Dayak adalah hari menyambut tahun baru dengan berakhirnya musim menuai padi dan bermulanya musim menanam padi yang baharu. Ia merupakan musim perayaan pesta-pesta tradisi dan sosial.

Hari Gawai merupakan perayaan tahunan yang disambut oleh orang asli, kaum peribumi Sarawak, Malaysia. Ia merupakan peristiwa penting dan istimewa bagi kaum Dayak. Ia menandakan berakhirnya musim menuai padi yang dikenali sebagai perayaan 'padi di jelapang'.

Sambutan Hari Gawai biasanya berlangsung pada 1 dan 2 Jun setiap tahun dan merupakan masa untuk orang Dayak berkumpul untuk meraikan budaya, tradisi, dan warisan mereka.


Sejarah Sambutan Hari Gawai

Penanaman padi adalah aktiviti utama kehidupan orang Dayak sejak dahulu kala lagi kerana beras adalah makanan utama mereka. Selepas tamatnya musim menuai padi, kaum Dayak akan memiliki banyak beras. Jadi, sesuailah masanya untuk mereka meraikan pesta-pesta tertentu yang diperlukan.

Hari Gawai bermula pada zaman dahulu apabila orang Dayak adalah animisme. Perayaan Hari Gawai diadakan sebagai upacara untuk menenangkan roh dan dewa tanah itu. Dari masa ke masa, perayaan ini telah berkembang menjadi perayaan yang lebih moden yang masih berakar umbi dalam budaya tradisional Dayak.

Gawai Dayak mula disambut secara besar-besaran sejak 25 September 1964 setelah Hari Gawai diisytiharkan sebagai hari perayaan rasmi di Sarawak. Sambutan Gawai Dayak pada peringkat negeri yang pertama pada 1 Jun 1965. 

Dahulunya, hari cuti umum ini dipanggil Hari Sarawak oleh pemerintahan Rajah Brooke. Sebenarnya, Gawai Dayak adalah musim perayaan yang berlangsung selama sebulan yang bermula dari hujung bulan Mei sehingga akhir bulan Jun setiap tahun.

Mereka mengadakan beberapa upacara besar yang dijalankan di rumah panjang dan bandar. Hari pertama perayaan jatuh pada 31hb Mei dan hari kedua pada 1hb Jun setiap tahun dan akan tamat secara rasmi dengan upacara penutupan pada akhir bulan Jun yang dipanggil menggulung atau ngiling tikar.

Persiapan Hari Gawai bermula beberapa minggu sebelum perayaan sebenar, dengan ramai keluarga Dayak mula membersihkan dan menghias rumah mereka dengan motif dan simbol tradisional. Motif yang paling penting ialah ‘buah berijan,’ sejenis tumbuhan memanjat yang dipercayai dapat menghalau roh jahat dan membawa tuah.

Sejarah Sambutan Hari Gawai
sumber : google

Menjelang perayaaan Hari Gawai, orang Dayak berkumpul di rumah panjang, tempat tinggal bersama di mana beberapa keluarga tinggal bersama. Mereka menyertai upacara tradisional yang dikenali sebagai ‘miring’ untuk memberi penghormatan kepada nenek moyang mereka dan roh tanah. Miring melibatkan persembahan makanan, minuman, dan barangan simbolik seperti beras, telur, dan pinang kepada arwah.

Semasa perayaan, orang Dayak memakai pakaian tradisional mereka, termasuk pakaian berwarna-warni, hiasan kepala, dan aksesori yang diperbuat daripada bahan semula jadi seperti manik, rotan, dan bulu. Wanita memakai pakaian cerah dan rumit dikenali sebagai ‘bunga terung,’ manakala lelaki memakai ‘selampai’ yang diperbuat daripada bahan tenunan.

baca juga : ngepan ipan pakaian tradisional kaum wanita

Aktiviti Hari Gawai

Persediaan menyambut Gawai Dayak bermula apabila tibanya bulan Mei dengan proses penapaian iaitu tuak, sejenis minuman tradisi komuniti Dayak. Upacara minum tuak adalah salah satu aktiviti penting semasa Hari Gawai.

Penapaian tuak mengambil masa lebih kurang sebulan. Tuak dihasilkan daripada proses penapaian nasi pulut yang telah dimasak dan dicampur ragi sebelum disimpan dalam tempayan.

Apabila sudah ada sedikit air tuak tulen pada nasi pulut yang ditapai itu, air yang telah dimasak dan dicampur gula akan ditambahkan secukupnya mengikut banyaknya nasi pulut tersebut. Pada akhir bulan Mei, air tuak itu boleh ditapis dan diminum. 

Dengan cara meminum tuak melambangkan kekuatan tenaga dan keberanian hati. Orang Dayak juga percaya bahawa meminum tuak akan membawa tuah, kemakmuran, dan kebahagiaan kepada mereka.

Setelah siap membuat tuak iaitu selepas pertengahan bulan Mei, kaum wanita akan membuat kuih-muih tradisi orang Dayak yang dipanggil “sarang semut”, “acuan” dan “kuih sepit”. 

Kuih-muih tersebut diperbuat daripada tepung beras yang dicampur air, telur and gula kemudian digoreng sehingga keras dan kering dalam minyak masak. Kuih-muih yang telah siap akan disimpan dalam tempayan atau tin supaya tahan untuk beberapa minggu tanpa basi sementara menunggu tibanya hari gawai.

Sebelum berakhirnya bulan Mei, gotong-royong untuk pembersihan dan perhiasan rumah panjang atau kampung boleh diadakan seperti mengecat atau membaiki bahagian-bahagian rumah yang rosak. Rumah panjang dibina mengikuti peraturan-peraturan tertentu supaya ia digunakan sebagai tempat kediaman dan juga tempat beribadat.

Setelah itu, acara pembersihan kubur selalunya diadakan setiap tahun sebagai tanda penghormatan bagi orang yang telah meninggal seperti nenak-moyang, ahli-ahli keluarga, sahabat handai and masyarakat setempat.

Rumah panjang atau kampung seterusnya akan bermesyuarat untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi mengatur acara sambutan gawai pada 31 Mei dan 1 Jun. 

Acara-acara tradisi termasuklah meminum air panjang umur, perarakan, pertandingan ratu cantik seperti pekit Kumang dan Keling bagi kaum Iban, pendirian pokok “ranyai”, bermain muzik tradisi, menari tarian asal seperti ngajat dan datun jalut, persembahan seni mempertahankan diri dan nyanyian puisi rakyat.

Tarian ‘ngajat’dipersembahkan oleh lelaki dan wanita. Tarian ngajat ialah tarian tradisional yang bercerita melalui pergerakan dan gerak geri yang anggun, diiringi muzik tradisional yang dimainkan pada alatan seperti ‘sape’, kecapi tradisional.

Aktiviti Hari Gawai
sumber : google

Festival itu turut merangkumi pelbagai pertandingan dan permainan, seperti ‘panjat pinang,’ yang melibatkan memanjat tiang yang digris untuk memenangi hadiah di bahagian atas. Terdapat juga perlumbaan ‘terompah’, di mana peserta berlumba dengan terompah kayu.

Deklamasi ‘pantun’ iaitu satu bentuk puisi tradisional Dayak salah satu aktiviti kemuncak Hari Gawai. Pantun dibacakan oleh orang tua-tua masyarakat dan merupakan satu cara untuk menyampaikan nilai-nilai tradisi, adat resam dan kepercayaan kepada generasi muda.

Pada zaman moden sekarang, acara sukaneka pada siang harinya, permainan sukaria, karaoke dan bejoget boleh diselitkan untuk memeriahkan suasana gawai.

Peraturan-peraturan khas untuk dipatuhi oleh orang ramai juga akan ditentukan untuk menjaga suasana gawai yang meriah tanpa pergaduhan dan gangguan yang lain. Bagi kaum Iban, peraturan ini dipanggil begeliga.

Apabila tibanya pagi 31 Mei, orang ramai akan turun mencari makanan di hutan atau kebun terutamanya umbut yang sedap dimasak sup dengan daging haiwan. Ikan, haiwan liar dan sayuran hutan juga dicari sebagai lauk-pauk sebelum gawai.

Selepas itu, orang ramai akan menyembelih haiwan ternakan sebagai lauk utama gawai. Kini, daging dan sayuran boleh dibeli di pasar-pasar terutamanya bagi mereka yang bekerja dan tinggal di bandar-bandar.

Hidangan Hari Gawai

Makanan tradisi Hari Gawai ialah ayam yang dimasak dalam buluh, menu wajib yang dihidangkan semasa Hari Gawai. Masyarakat Iban memanggilnya dengan nama 'ayam pansuh' atau 'manuk pansuh'.

Manakala Kaum Bidayuh pula memanggilnya dengan nama 'issam' atau 'assam'. Akan tetapi terdapat perbezaan antara dua menu tersebut iaitu :

Ayam pansuh : Daging ayam yang dicampurkan dengan daun pucuk ubi kayu
Issam/ assam : Daging ayam yang digaul dengan nasi yang telah masak

Persamaan kedua-duanya ialah dimasukkan ke dalam buluh dengan bahan-bahan tertentu dan dimasak menggunakan dapur kayu.

hidangan hari gawai ayam pansoh
sumber : New World Suites, Bintulu

Hidangan ini dimasak dalam ruas buluh bagi membangkitkan aroma istimewa daripada buluh tersebut, berbeza jika dimasak menggunakan periuk. Nasi pulut dianggap hidangan istimewa kerana kelekitannya melambangkan perpaduan dalam kalangan komuniti itu yang menjamahnya.

Nasi pulut juga digunakan untuk membuat nasi manis dan tuak, sebagai salah satu sajian kepada para dewa dan membaling tiang chandi sewaktu gawai burung atau kenyalang.

Tikar-tikar anyaman tradisi dengan motif rekaan bunga-bungaan yang cantik dan berwarna terang juga akan dibentangkan di sepanjang ruai rumah. Jenis-jenis tikar tradisi termasuklah tikar bemban, tikar rotan dan tikar kulit kayu. 

Kain-kain tenunan atau ikatan tradisi motif pua kumbu digantung di dinding-dinding sebagai perhiasan. Selain itu, kraftangan yang lain seperti bakul dan topi besar juga digantung di dinding-dinding bilik.

Pelantar istimewa dan tilam kapas empuk akan dibuat terutamanya di ruai Ketua Rumah atau Gawai sebagai tempat istirahat para tetamu khas yang dijemput hadir semasa upacara duduk berbaris mengikut kedudukan sosial masing-masing nanti.

Ucapan Hari Gawai : “Gayu Guru Gerai Nyamai, Lantang Senang Nguan Menoa" Selamat Menyambut Hari Gawai Dayak kepada semua Masyarakat Dayak Malaysia.

sumber : Dewan Budaya |https://sarawakvoice.com/2016/05/31/makna-dan-sambutan-gawai-bagi-masyarakat-dayak/
Tags:

Post a Comment

0Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment (0)