Koleksi Ucapan, Caption, Pantun, Puisi Dan Sajak Selamat Hari Guru ( Happy Teachers' Day) 2023

Tanggal 16 Mei merupakan tarikh Hari Guru yang disambut pada setiap tahun sebagai menghargai kerja keras guru-guru yang telah mendidik kita. Sambutan Hari Guru 2023 KPM peringkat Kebangsaan membawa tema Guru Insani Pemangkin Generasi MADANI.

Sempena sambutan Hari Guru 2023, kita berikan ucapan, pantun, puisi, sajak dan caption untuk posting di media sosial atau text kepada guru-guru yang telah mengajar kita.

Ucapan Caption Pantun Puisi Dan Sajak Selamat Hari Guru 2023

Koleksi Ucapan, Caption, Pantun, Puisi Dan Sajak Selamat Hari Guru ( Happy Teachers' Day) 2023

Selamat Hari Guru 2023 Sedunia untuk semua guru!
Terima kasih atas kesabaran, kebaikan, dan dedikasi yang dicuahkan tanpa henti.
Untuk guru terhebat di dunia, Selamat Hari Guru! Terima kasih untuk semuanya. Saya sayang Cikgu!
Untuk semua guru, jasa kalian akan selalu kami kenang. Tetaplah menjadi pelita untuk anak bangsa. Terima kasih Cikgu. Selamat Hari Guru 2023.
Kepada Semua Pendidik Yang Bergelar Cikgu, Teacher, Ustaz, Ustazah, Profesor Dan Seangkatan dengannya. TERIMA KASIH semua guru kerana mengajar kami tentang adab dan ilmu sehingga kami menjadi orang yang berguna. Selamat Hari Guru 2023.
Selamat Hari Guru
Mungkin kecil fizikalnya tetapi tetap BESAR peranannya.
Selamat Hari Guru 2023
Selamat Hari Guru 2023
Sesungguhnya Allah dan seluruh malaikat-Nya serta penghuni langit dan bumi, memohon kerahmatan ke atas orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia. —Hadis Riwayat At-Tirmizi
Biar penat berdiri,
Jangan penat memberi.
Biar lelah terduduk,
Jangan lelah membentuk.
Biar penat bercakap,
Jangan penat berharap.
SELAMAT HARI GURU, TERIMA KASIH CIKGU!
Selamat Hari Guru 2023
Semoga semua guru menjiwai profesyen perguruan, istiqamah mendidik dengan hati yang murni dan ikhlas dalam beramal membangun pemimpin ummah masa hadapan.
Selamat Hari Guru 2023. Kami tidak akan pernah cukup berterima kasih atas dedikasi, kebijaksanaan dan tanggungjawabmu Guru.
Guru,
Engkau bagaikan lilin yang selalu menerangi setiap kegelapan, semoga setiap peluh lelahmu melahirkan generasi tangguh dan berjiwa negarawan. Selamat Hari Guru 2023.

 

Ucapan Selamat Hari Guru Yang Menyentuh Hati 

Guru seperti lilin, yang menghabiskan dirinya sendiri untuk mencerahkan kehidupan orang lain. Selamat Hari Guru 2023.
Guru,
Tanpamu dunia ini gelap gelita,
Tanpamu sudah pasti kami tidak tahu membaca,
Tanpamu juga kami akan meraba-raba.
Selamat Hari guru 2023
Cikgu,
Kau umpama lilin yang menerangi kegelapan,
Semoga usahamu yang murni akan melahirkan insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Selamat Hari Guru 2023.
Jika pengetahuan adalah cahaya bagi kehidupan, maka kau adalah bintang yang senantiasa menyebarkan cahaya hingga ke penjuru Negeri. Terima kasih guruku. Selamat Hari Guru 2023.
Guruku tersayang, guruku tercinta, aku sedar jika tanpamu mungkin aku tidak akan mengerti mengenai banyak hal. Terima kasih, guruku. Selamat Hari Guru 2023.
Guru,
Kau mencurah ilmu, tak kenal lelah, tak tahu jemu.
Itulah cikgu, itulah guru, besar jasanya sejak dahulu.
Selamat Hari Guru 2023.
Guru,
Dalam ajarnya ada harapan,
Dalam tegurnya ada doa,
Dalam marahnya ada sayang,
Dalam tawanya ada mesra
Dalam diamnya ada kebijaksanaan
Dalam tangannya sahsiah kita terbina.
Selamat Hari Guru!
Wahai guru pengasuh jiwa,
Jasamu tidak akan ku lupakan
Terima kasih kerana telah mendidikku
Selamat hari guru kepada semua guru-guruku.
Terima kasih cikgu! Selamat Hari Guru 2023
Tidak tergambar oleh bicara mahupun tuturkata,
Kerana banyaknya jasa kalian,
Semoga Allah merahmati jasa yang telah dicurahkan.
Yang menjadikan kami insan mengenal tuhan.
Semoga segala kebaikan yang telah dicurahkan menjadi asbab untuk para guru ke syurga. Aamiin...
Selamat Hari Guru.

 

Ucapan sweet untuk Cikgu

Sedetik bersama cikgu, lebih bermakna daripada seribu tahun mencari ilmu.
Terima kasih Cikgu. Selamat Hari Guru 2023.

 

Pantun Hari Guru

Mudik ke hulu mencari palas,
Buat ketupat di hari raya,
Jasa guru tidak terbalas,
Mendidik kami sehingga berjaya.

Tujuh belas tahun rindu tersemat,
Tanjung Aru tempat berjumpa,
Enam belas Mei tarikh keramat,
Jasa guru jangan di lupa.

Pergi ke hutan hendak berburu,
Pulang ke rumah singgah di kota,
Kalau kita sayangkan guru,
Jagalah adab dan tutur kata.

Anak kancil pergi berguru,
Tidak terbiasa kerja yang sia,
Dari kecil diasuh guru,
Agar dewasa menjadi manusia.

Bunga melati bunga kemboja,
Harum mewangi di ruang tamu,
Jasa guru tidak terkira,
Mendidik kami tanpa jemu.

Hendak berburu ke luar kota,
Seluas alam bumi terentang,
Tanpa guru siapalah kita,
Ibarat malam tanpa bintang.

Burung kedidi di tepi perigi,
Menyusur lalu mencari makan,
Guru kita sentiasa di hati,
Moga hidup sejahtera dan aman.

Jalan ke barat berpilin-pilin,
Cuaca redup menawar duka,
Guru ibarat cahaya,
Menyuluh hidup tiap ketika.

Pergi ke sawah menanam padi,
Pulang ke rumah lewat petang,
Jasa guru sentiasa di hati,
Akan sentiasa kami kenang.

Angin menderu dengan sepoinya,
Di anak tangga duduk berperikan,
Kasih guru akan muridnya,
Masa dan tenaga rela korbankan.

Istana kota sebelas langkat,
Tempat baharu Nakhoda Pekan,
Sama kata sama sepakat,
Hari guru mari raikan.

Meski Utarid kabur pandangannya,
Hanya percaya kuasa Tuhan,
Kasih murid akan gurunya,
Gapai jaya di hari depan.

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki.
Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.

Putik baru mekar di laman,
Kembang kudup kumbang terikat,
Hargai guru sepanjang zaman,
Agar hidup beroleh berkat.

Tampak berbekas rindu tersemat,
Tanjung Aru tempat berjumpa,
Enam belas Mei tarikh keramat,
Jasa guru jangan di lupa.

Satu dua tiga empat,
Lima enam tujuh lapan,
Dilatih tubi sampai dapat,
Apabila depat maju ke depan.

ABC dan Alif Ba Ta,
Satu dua tiga dan empat,
Selalu cikgu ajar kita,
Dilatih tubi sampai depat.

Lima enam tujuh lapan,
Rajin belajar cepat maju,
Apabila dapat maju ke depan,
Terima kasih banyak Cikgu!

Manis rasanya buah delima,
Masak sebiji dicelah daun,
Budi guru saya terima,
Jadi kenangan bertahun-tahun.

Betik masak lebat dipangkal,
Penuh kapal bawa belayar,
Baik budi panjang akal,
Hormat guru tekun belajar.

Pakai baju warna biru,
Pergi ke sekolah pukul satu,
Murid sentiasa hormatkan guru,
Kerana guru pembekal ilmu.

Pohon kelapa tegak berdiri,
Kelapa ditanam tepi bangunan,
Ilmu di dunia terus dicari,
Jasa guru dilupa jangan.

Pergi memburu di hutan lama,
Depat rusa waktu pagi,
Kalau ilmu ku dapat sama,
Usaha guru ku sanjung tinggi.

Pasang surut berhenti dulu,
Sudah pasang baru berangkat,
Orang patut menghormati guru,
Petua dipegang ilmu diingat.

Puisi/Sajak Tentang Guru

GURU OH GURU – Usman Awang 1979

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa;
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta;
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara;
Jika hari ini seorang ulama yang mulia;
Jika hari ini seorang peguam menang bicara;
Jika hari ini seorang penulis terkemuka;
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Puisi Abdul Aziz A Tentang Guru

Guruku,
Kau mengajariku pelbagai ilmu,
Kau memberiku nasihat setiap waktu,
Guruku kau ibarat ayah bondaku,
Guruku kau jangan lelah mendidikku,
Ajari aku tentang Rasulku,
Ajari aku tentang perilaku,
Guruku, jasamu akan ku ingat selalu,
Terima kasih guruku.

Ucapan Selamat Hari Guru Bahasa Inggeris

Thank you for being a wonderful teacher and always believing in me.
Happy Teacher's Day!
Thank you for inspiring me, my teacher.
Happy Teacher's Day!
Thank you for being such a great teacher.
Happy Teacher’s Day!
Thank you for your patience, putting up with me, and encouraging me in every way.
Happy Teacher's Day
Thank you dearest teacher for lighting, guiding and showing me the way.
Happy Teacher's Day
Happy Teachers Day! Please accept my immense respect and best wishes!
The way you teach,
The knowledge you share
The care you take,
The love you shower…
Makes you.
The World’s Best Teacher…
Happy Teachers’ Day!
The best teachers always teach from the heart and not just from the books.
Blessed & Happy Teachers Day
Teaching,
The profession that creates all other professions.
Happy Teacher’s Day
Dear teacher, wishing you a Happy Teachers’ Day. Thank you for being the guiding light and for inspiring me to do well in my studies. You are the best teacher.
Good Teachers,
Are the reason why ordinary students dream to do extraordinary things.
Happy Teacher's Day!
A teacher is someone who nourishes the souls of the students for a lifetime. Happy Teacher's Day to all the teachers!
All the efforts and hard work your invested in bringing out the best in us can never be repaid in mere words. We can only feel grateful for having a teacher like you! Happy Teacher's Day!

2 comments:

  1. tggl c&p je ni. sng betul anak murid punya kerja ms hari guru nnt😁

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.