10 Kelebihan Krim Muka Aloe Vera Sunscreen Yang Patut Anda Cuba | Sunscreen SPF 50 PA+++ Terbaik Untuk Semua Jenis Kulit

Sekarang tengah musim cuaca panas. Tak tertahan bila terkena panahan sinaran matahari tu. Rasa nak terbakar kulit walaupun sekejap je berada di luar. Kalau sidai baju, cepat betul kering. Rangup ibarat keropok!

Cuaca tengah panas berdeting ni, jangan lupa banyakkan minum air dan jaga kesihatan. Selain itu, kulit juga kena jaga. Jangan lupa pakai sunscreen atau sunblock. Kena rajin reapply sunscreen mengikut keperluan. Walaupun rasa rimas cepat berpeluh musim panas ni, wajib pakai sunscreen dalam kehidupan seharian untuk jaga kulit.

Tak nak rasa rimas pakai sunscreen, carilah produk sunscreen spf 50 pa+++ terbaik dengan cuaca di Malaysia ni terutamanya sunscreen untuk kulit berminyak. 

Jujur cakap, agak susah juga nak mencari produk sunscreen yang bagus. Dah beberapa kali saya bertukar-tukar sunscreen sebab susah nak jumpa sunscreen terbaik yang betul-betul sesuai dengan kulit sendiri. Setiap orang kulitnya berbeza. 

Antara ciri-ciri sunscreen yang saya suka ialah :
  • sunscreen untuk kulit berminyak
  • sunscreen yang boleh basuh dengan air
  • sunscreen untuk pori terbuka
  • sunscreen yang tidak melekit
  • sunscreen yang bertekstur ringan
  • sunscreen yang tiada white cast
Saya rasa bukan saya je suka ciri-ciri sunscreen macam ni. Semua orang pun suka kalau sunscreen sesuai dengan kulit. Ya, akhirnya saya dah jumpa produk sunscreen spf 50 pa+++ terbaik, sunscreen untuk semua jenis kulit yang menepati ciri-ciri yang saya mahukan. 

Sebelum tu, jom kita baca sikit dan ambil tahu tentang sunscreen.

Sunscreen

Sunscreen adalah produk penjagaan kulit yang mengandungi bahan kimia tertentu yang akan menyerap ke dalam kulit terlebih dahulu sebelum sinaran UV kena pada kulit. Lapisan sunscreen sebagai lapisan tambahan yang boleh mengurangkan kemasukan sinaran UV. Jika ingin memilih sunscreen, pilihlah yang boleh melindungi kulit daripada kedua-dua radiasi (UVA & UVB).

Kebiasaannya sunscreen tidak bewarna apabila apabila disapu pada muka ataupun badan. Sebaiknya, waktu sesuai pakai sunscreen, 30 minit sebelum menjalankan aktiviti luar rumah. Sunscreen juga sejenis lapisan yang mudah dibasuh dan jika melakukan aktiviti sukan air dan jenis berpeluh, perlu reapply sunscreen dengan kerap untuk lebih berkesan.

Sunscreen, produk penjagaan kulit yang wajib dipakai bagi melindungi kulit dari sinaran matahari UVA dan UVB. Tak kiralah keluar rumah atau berada dalam rumah. Wajib pakai kalau nak jaga kulit. Bukan hanya masa keluar rumah atau masa buat aktiviti luar je.

Fungsi Sunscreen

1. Mengelakkan kulit sunburn/sun-tan/gelap/hitam/kulit terbakar
2. Mengurangkan kedutan pada kulit wajah
3. Mengelakkan pigmentation/ jeragat (punca utama jeragat sebab tak pakai sunscreen)
4. Mencegah punca penyakit kulit

SPF dan PA rating dalam Sunscreen

Perasan tak setiap sunscreen akan mempunyai label SPF dan PA rating. Apakah maksud SPF dan PA rating dalam produk sunscreen ni?

SPF (Sun Protection Factor)

SPF (Sun Protection Factor) adalah kiraan yang merujuk kepada berapa lama dan kuatnya sunscreen untuk lindungi kulit daripada sinaran UVB. Yang biasa kita lihat, SPF15,30 dan 50. Setiap SPF yang dilabelkan merujuk kepada kekuatan sunscreen tersebut melindungi kulit.

"Makin tinggi SPF makin tinggi kekuatan melindungi kulit" 

PA (Protection Grade of UVA) rating

Nilai PA pula digredkan dengan simbol PA+, PA++, PA+++ di mana lebih banyak simbol + digunakan, maka lebih tinggi lah nilai perlindungan dari sinar UVA. Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen, antara produk sunscreen SPF 50 PA+++ terbaik yang mempunyai ciri-ciri sunscreen yang bagus untuk semua jenis kulit samada kulit kering mahupun kulit berminyak. Yang penting selesa dipakai. Itu yang kita mahukan.

Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen, sunscreen spf 50 PA+++ terbaik

Aloe Vera Sunscreen adalah salah satu rangkaian produk jenama Hansaegee Nature. Istimewanya Sunscreen Aloe Vera Hansaegee Nature ini adalah sejenis hybrid sunscreen, krim perlindungan matahari yang menggabungkan physical dan chemical yang memberikan kesan yang lebih bagus dan terbaik. 

Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen SPF 50 PA+++

Sebagus mana produk tu tapi kalau tak selesa pakai, tak best juga kan. Paling best Aloe Vera Sunscreen ni sebab kandungan Aloe Vera tu yang bersifat 'soothing' pada kulit.

Sunscreen Aloe Vera Hansaegee Nature juga boleh dijadikan sebagai krim siang terbaik yang sangat sesuai untuk kulit berminyak, kulit kering dan sunscreen untuk semua  jenis kulit. Malas nak pakai moisturizer pun tak mengapa, asalkan pakai sunscreen.

Kandungan Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen

Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen mengandungi ekstrak aloe vera yang melegakan masalah kulit dan radang, memberikan kulit sihat yang kekal hidrat. Selain ekstrak aloe vera, juga diformulasikan dengan ekstrak centella asiatica, ekstrak morus alba bark, ekstrak orkid dan bahan-bahan utama yang lain seperti sodium hyaluronic, glycerin dan allantoin. 

Aloe Vera Sunscreen adalah sejenis sunscreen bertekstur ringan yang melindungi kulit daripada pancaran sinaran UV dan sentiasa melembapkan kulit.

10 Kelebihan Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen yang saya suka

1. Perlindungan matahari
Aloe Vera Sunscreen memiliki sifat perlindungan matahari yang kuat dengan SPF50+ PA+++ untuk menghalang sinaran UVA dan UVB bagi melindungi kulit daripada rosak dan terbakar. Seperti yang saya kongsikan tentang sunscreen di atas,  Aloe Vera Sunscreen ni mempunyai label SPF50+ PA+++ yang terpaling bagus melindungi kulit. 

Tambahan lagi Aloe Vera Sunscreen sejenis hybrid sunscreen yang menggabungkan physical dan chemical menjadikan perlindungan yang lebih kuat.

Dalam banyak-banyak produk sunscreen yang pernah saya cuba, inilah yang terpaling bagus untuk kulit saya jenis pori terbuka dan kulit berminyak. Selesa je pakai tanpa perlu risau. Untuk kulit kering, even kulit sensitif pun sangat sesuai sebab Suncreen Aloe vera ni akan melembapkan kulit serta melegakan kulit. Pendek kata, sunscreen untuk semua jenis kulit lah.

2. Menenangkan kulit
Kandungan aloe vera yang terkandung dalam krim muka sunscreen spf 50 ini dapat melegakan keradangan kulit dan masalah kulit sensitif dengan memberikan kulit yang lebih sihat.

3. Melembapkan kulit
Kandungan aloe vera dan glycerin memberikan kulit yang licin dan lembap serta mencerahkan kulit. Tidaklah kulit kering dan cepat rosak begitu saja.

Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen SPF 50 PA+++ Terbaik Untuk Semua Jenis Kulit

4. Tekstur ringan, tidak melekit dan tidak berminyak
Aloe Vera Sunscreen berwarna hijau muda selari dengan kandungan aloe vera yang terkandung di dalamnya. Sunscreen Aloe Vera SPF 50 ini juga memiliki sifat tekstur yang pekat tetapi ringan. Mudah disapu rata pada kulit dan memberikan kesan kulit yang lebih segar. 

Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen SPF 50 PA+++

Krim sunscreen aloe vera spf 50 terbaik untuk mereka yang memiliki kulit berminyak. Tak rimas walaupun reapply sunscreen berkali-kali sebab tidak melekit dan tidak berminyak. Ianya terbukti dengan menggunakan blotter paper/ oil control film.

Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen SPF 50
Krim Muka Sunscreen Terbaik Untuk Kulit Berminyak 2023

Dalam banyak-banyak produk sunscreen atau sunblock yang pernah saya cuba, inilah yang terpaling bagus untuk kulit saya jenis pori terbuka dan kulit berminyak. Selesa je pakai tanpa perlu risau kulit berminyak atau pori tersumbat. Sunscreen ini sangat sesuai untuk kulit berminyak!

Untuk kulit kering, even kulit sensitif pun sangat sesuai sebab Suncreen Aloe vera ni akan melembapkan kulit serta melegakan kulit. Pendek kata, sunscreen untuk semua jenis kulit lah.

5. Boleh digunakan sebagai asas makeup (Makeup base)
Krim muka sunscreen spf 50 ni boleh digunakan sebagai asas makeup untuk perlindungan kulit tambahan selain memakai pelembap muka. Double protection gitu. Lepas guna make up lagi tahan lama.

6. Tiada tompok putih (white cast)
Paling penting tidak meninggalkan kesan white cast pada kulit dan nampak natural. Kulit pun akan nampak lebih cerah sedikit secara natural. Biasanya kalau pakai jenis sunscreen krim berwarna putih ni dia akan nampak white cast bila berpeluh dan berada di bawah sinaran matahari. White cast juga akan kelihatan dalam gambar bila kita berpeluh. 

Tapi bila memakai sunscreen aloe vera ni tak perlu risau dah pasal white cast. Lansung tak kelihatan white cast dan tak nampak berbelang. Malah lagi best bila pakai kulit nampak cerah sikit macam pakai foundation ringan-ringan gitu. Jimat tak payah pakai foundation dah!

Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen SPF 50

7. Selamat digunakan
Aloe Vera Sunscreen selamat digunakan untuk semua jenis kulit kerana tidak mengandungi bahan-bahan terlarang yang membahayakan. Bebas dari Alcohol, Paraben, Silicon, Sulfate dan Allergen. Dari pengalaman lalu, ada sesetengah sunscreen yang saya pakai terasa pedih. Bagusnya Aloe Vera Sunscreen ni bebas alcohol dan tidak memedihkan kulit. Nyaman ja rasa pakai.

8. Saiz travel
Didatangkan dalam pek berbentuk tiub 70ml dengan saiz travel. Tak menggunakan banyak ruang dalam beg. Mudah untuk dibawa kemana saja. Travel friendly lah kiranya. Taknak masuk beg, masuk poket pun boleh. Salah satu skincare terbaik dalam basic skincare routine saya!

Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen SPF 50

Didatangkan dengan seal yang kuat supaya sunscreen tidak rosak dan tidak terkeluar daripada tiub.

Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen SPF 50 PA+++

9. Sunscreen yang mudah dibasuh dengan air
Bukan hanya memiliki ciri-ciri sunscreen terbaik yang tidak melekit dan tidak berminyak, Aloe Vera Sunscreen ni juga sejenis sunscreen yang boleh basuh dengan air je, mesra wudhu. Basuh muka dengan air biasa pun dah boleh hilang dan tidak meninggalkan kesan minyak dan melekit. Mudah dibersihkan lah cerita dia. 

Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature

10. Bauan yang menyenangkan
Sunscreen Aloe Vera ni antara sunscreen yang berbau wangi, bauan aloe vera yang menyenangkan deria bau kita. Siapa suka bauan aloe vera mesti suka pakai. 

Cara pakai sunscreen yang betul

Jika korang pengguna produk Hansaegee Nature macam saya, selepas cuci muka dengan Pencuci Muka Aloe Bubble Cleanser, sapukan pula Aqua Whitening cream. Selepas tu barulah sapukan Aloe Vera Sunscreen.

Aturan pemakaian skincare

1. Pencuci muka
2. Toner
3. Essense/ Serum
4. Pelembap
5. Sunscreen

Cara pakai sunscreen yang betul juga perlu mengikut sukatan pemakaian sunscreen yang standard adalah sebanyak 2 ruas jari untuk sapuan seluruh muka. 

Cara pakai sunscreen yang betul

Waktu sesuai pakai sunscreen

Sunscreen pakai waktu bila? Dulu saya fikir pakai sunscreen bila nak mandi laut atau buat aktiviti sukan luar je. Tak tahu pula sepatutnya sunscreen pakai waktu bila dan tak tahu bila perlu reapply sunscreen.

Sebenarnya waktu sesuai pakai sunscreen adalah setiap hari pada waktu siang sebelum keluar rumah mahupun berada di dalam rumah. Ye, dalam rumah pun perlu pakai sunscreen sebagai krim siang. Dalam rumah kena ada perlindungan kulit juga.

Jika berada di luar di bawah sinaran matahari, perlu reapply sunscreen setiap dua jam mengikut apa yang disarankan. Terutamanya selepas berenang dan berpeluh sebab lapisan sunscreen akan hilang dan kurang berkesan.

Tidak perlu basuh muka untuk reapply sunscreen. Boleh terus pakai sunscreen pada kulit muka. Kalau rasa tak selesa, boleh bersihkan muka dengan tisu basah terlebih dahulu. 

Jenis saya, kalau malas makeup bila keluar rumah tu pakai je sunscreen. Krim siang terbaik untuk jenis malas makeup beria, asalkan guna sunscreen Aloe Vera ni sebab senang nak blend. Jadi cepatlah nak bersiap tu kan. Tambahan lagi dia ada kesan macam pakai foundation. Nampaklah macam muka bersiap sikit dari pucat lesu je. Lepas tu calit lipstick sikit. Dah siappp!


2 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.