Senarai Ucapan/ Caption Dan Pantun Selamat Hari Jururawat 2023

12 Mei merupakan tarikh yang diiktiraf sebagai Hari Jururawat Sedunia/ Hari Jururawat Antarabangsa (International Nurses Day) yang disambut setiap tahun sebagai mengenang jasa mereka yang bergelar misi atau jururawat yang sanggup berkorban masa, tenaga dan bertungkus lumus dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Besar pengorbanan dan jasa para jururawat kepada masyarakat. Segalanya menjadi taruhan, bukan sahaja masa tetapi kudrat mereka untuk menjamin kesihatan dan nyawa semua.

Sempena Hari Jururawat 2023, berikan Ucapan Selamat Hari Jururawat Sedunia yang disambut pada 12 Mei untuk semua jururawat. Boleh jadikan caption Selamat Hari Jururawat di media sosial.

Senarai Ucapan Caption Dan Pantun Selamat Hari Jururawat 2023
sumber : Artortoise

Senarai Ucapan/Caption, Pantun, Pickup line Selamat Hari Jururawat 2023

Terima kasih dan Selamat Hari Jururawat Sedunia 2023
Terima kasih kepada semua jururawat. Jasa anda amat besar terutamanya ketika negara sedang menghadapi pandemik Covid-19. Selamat Hari Jururawat Sedunia 2023.
Terima kasih atas segala pengorbanan.
Selamat Hari Jururawat Sedunia 2023
Terima kasih atas bakti dan dedikasi anda.
Selamat Hari Jururawat Sedunia 2023
Selamat Hari Jururawat Sedunia 2023 kepada semua Jururawat. Terima kasih kepada semua jururawat yang telah berbakti dengan penuh dedikasi dalam melaksanakan tugasan yang terbaik kepada masyarakat.
Selamat Hari Jururawat Sedunia 2023 kepada semua jururawat. Terima kasih kepada jururawat yang menabur bakti dengan penuh dedikasi. Pengorbanan dan perkhidmatan anda sangat dihargai.
12 Mei 2023
Selamat Hari Jururawat Sedunia!
Terima kasih buat semua jururawat yang telah berbakti dengan penuh dedikasi kepada masyarakat. Selagi mana anda bertugas dengan kasih sayang, selagi itu kami semua akan mendoakan buat kesejahteraan buat anda.
Selamat Hari Jururawat Sedunia!
Kepada semua yang bergelar misi @jururawat
Selamat Menyambut Hari Jururawat. Semoga kalian dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan sabar. Jasa kalian akan dikenang sampai bila-bila. Selamat Hari Jururawat 2023.
Selamat Hari Jururawat 2023
Semoga dirimu tidak lelah untuk terus menabur bakti kerana Allah.
Happy Nurses Day/Selamat Hari Jururawat Sedunia! Terima kasih atas segala pengorbanan dan perkhidmatan yang diberikan.

 

Ucapan Hari Jururawat yang menyentuh jiwa

Istimewanya Insan bergelar Jururawat.
Saat orang lain berbaju cantik berkasut tumit tinggi pergi bekerja…
Dia berbaju putih berkasut putih pergi kerja.
Saat orang lain bekerja menggunakan pen dan kertas…
Dia menggunakan jarum dan ubat.
Saat orang meninggalkan ibu ayah di hospital kerana susah menjaga…
Dia mengambil alih tugas anak mencuci segala.
Saat orang bergembira bercuti raya…
Dia bertungkus lumus bekerja.
Selamat Hari Jurururawat, Andalah insan hebat itu.
Untuk kudrat yang tidak pernah lelah merawat kami,
Untuk keringat yang tidak pernah kering mengiring kami,
Untuk kesabaran yang tidak pernah lekang dengan karenah kami,
Untuk mata yang tidak pernah terpejam menjaga kami,
Untuk jiwa yang tidak pernah hilang menyayangi kami.
Terima Kasih buat Jururawat
SELAMAT HARI JURURAWAT 2023
Dalam dunia aman kau menabur bakti
Merawat mesra insan menderita
Kau bersekang mata tika insan lain dibuai mimpi
Kau tinggalkan keluarga tersayang demi tugas mulia
Terima kasih JURURAWAT
Berat tugasmu, berat lagi tanggungjawabmu.
Namun di jalani dengan penuh dedikasi untuk kesejahteraan kami.
Selamat Hari Jururawat 2023.

 

Pantun Hari Jururawat 2023

Kerja jururawat bukanlah mudah
Tugas mulia lagi di bekerti
Niat kerja sebagai ibadah
Inn shaa allah allah memberkati

Kerjaya jururawat bukanlah mudah,
Tugas mulia lagi diberkati,
Beban dipikul takkan rebah,
Rela berjuang demi pertiwi.

Pickup line Nurse/Misi/Jururawat

“Awak kerja nurse kan?”
“Mana awak tau?”
“Sebab setiap kali pandang awak “nurse”caya hati saya bergetar”
“Awak nurse ke?”
“Ya, saya nurse, kenapa?
“Kalau camtu ‘nurse’caya awaklah jodoh saya”
Selamat Hari Jururawat !!!!!
“Nurse, nurse, Nurse ni salah la?”
“Salah Apa?
“Salah satu keajaiban dunia”
Happy Nurse Day
Ubat itu memang pahit, yang manis Jururawatnya.

 

Ucapan Hari Jururawat (English)

Nurses may not be an angle, but they are the best next thing. Happy Nurses Day 2023!
Happy International Nurses Day to all nurses.
Thank you for all you do, your caring ways and dedication to others.
You are truly appreciated. Happy Nurses Day 2023!
May all the care and kindness you give to others come back to warm your heart.
Happy Nurses Day 2023!
Your tender care, love and understanding has made a difference in lives of so manyHope you have the same smiling day as you make of others!
Happy Nurses Day!
I’m a mother I’m a nurse I’m a wife and I’m proud to be…
Happy Nurses & Mother day to all Nurses & Mothers in the world. 
Happy Nurse’s day to all the nurses wherever you are.. May Allah bless you always Aamiin...
Being a Nurse isn’t about grades, it’s about being who we are.
No book can teach you how to cry with a patient.
No class can teach you how to tell their family that their parents have died or are dying.
No professor can teach you how to find dignity in giving someone a bed bath.
A nurse is not about the pills or charting. It’s about being able to love people when they are at their weakest moments.
The smile you spread…
With your TLC (Tender Loving Care).
Is what makes you so special.
Here’s wishing a Happy Nurses Day to you!

credit :  theinspirasi

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.