Filem Tujuh Dua Belas Di Pawagam 4 Mei 2023

Tonton Filem Tujuh Dua Belas (7 12), filem aksi terbaharu yang mengetengahkan tentang kes jenayah penculikan kanak-kanak mula ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 4 Mei 2023.

Filem Tujuh Dua Belas dibintangi pelakon Johan As’ari, Farali Khan, Adam Darwisyah serta pesilat kelahiran Indonesia iaitu Chintya Chandranaya dan ramai lagi. Tujuh Dua Belas akan mula menjengah pawagam Malaysia pada 4 Mei 2023.

FILEM TUJUH DUA BELAS VII XII

Tarikh tayangan : 4 Mei 2023
Cerita asal : Thorpe Ali
Penulis skrip : Thorpe Ali, Abdin Azmi, N. Norsi
Pengarah : Thorpe Ali
Produksi : Osmosis Production Sdn. Bhd.

filem tujuh dua belas di pawagam 4 mei 2023

PELAKON DAN WATAK

Farali Khan, Johan As’ari, Chintya Candranaya, Adam Darwisyh, Mohammed Idzham, Mohamad Zainal, Mad Murad (Souya), Mohd Rezwan Jemarlang (Doy Bohai), Muhammad Farhaziq (Kaytiow) dan ramai lagi.
  • Farali Khan sebagai Safia
  • Johan As’ari sebagai Bentayan
  • Chintya Candranaya sebagai Desi
  • Adam Darwisyh sebagai Adam
  • Mohammed Idzham sebagai Sham
  • Mohamad Zainal sebagai Dr. Yusof
  • Mad Murad (Souya) sebagai Black Lee
  • Mohd Rezwan Jemarlang (Doy Bohai) sebagai Chatcai
  • Muhammad Farhaziq (Kaytiow) sebagai Encan

SINOPSIS FILEM TUJUH DUA BELAS

Mengisahkan tentang Safia, seorang atlet seni mempertahankan diri yang terpaksa bertarung nyawa untuk menyelamatkan anak saudaranya yang diculik oleh sekumpulan penyeludup organ manusia.

Sekitar pukul 7.00 pagi, Safia (Farali Khan) dan anak saudaranya Adam (Adam Darwisyh) dalam perjalanan ke hotel untuk berjumpa rakannya Desi (Chintya Chandranaya) dan ke lapangan terbang untuk bercuti ke kampung Desi.

Ketika dalam perjalan ke hotel, kereta Safia ditahan sekumpulan lelaki dan dia diancam serta beg dan telepon bimbitnya dirampas oleh Bentayan dan Adam diculik. Safia cuba melawan namun terpaksa mengalah jika tidak Adam akan ditembak.

Safia cuba mengekori mereka dan malangnya apabila tiba di satu persimpangan, mereka terpisah. Pelbagai dugaan ditempohi oleh Safia untuk menjejaki mereka.

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.