Keputusan Dan Jadual Siaran Lansung Bola Sepak Sukan SEA 2023 Waktu Malaysia

Azhafizah MN
By -
0
Kemboja (Cambodia) merupakan tuan rumah Sukan SEA 2023 pada edisi ke -32 kali ini yang melibatkan 11 buah negara dan mempertandingkan 40 jenis sukan. Tarikh Sukan SEA ke-32 2023 dijadualkan berlansung mulai 5 Mei 2023 hingga 17 Mei 2023.

Acara bola sepak lelaki telah membuka tirai  Sukan SEA (SEA Games) Kemboja 2023 bermula pada 29 April 2023 lalu dan perlawanannya akan berakhir pada 16 Mei 2023 bagi menentukan pingat. Skuad B-22 kebangsaan dibawah kendalian jurulatih E. Elavarasan telah diundi dalam Kumpulan B bersama pasukan Thailand, Vietnam, Singapura dan Laos.


Keputusan undian kumpulan Bola Sepak Sukan SEA 2023

Kumpulan A
- Kemboja
- Indonesia
- Myanmar
- Timor Leste
- Filipina

Kumpulan B
- Thailand
- Vietnam
- MALAYSIA
- Singapura
- Laos

Skuad muda negara membuka tirai saingan Kumpulan B bertemu Laos B-22 pada 3 Mei 2023 kemudian menentang Thailand B-22 (6 Mei 2023), Vietnam B-22 (8 Mei 2023) sebelum menutup saingan peringkat kumpulan bertemu Singapura B-22 pada 11 Mei 2023 di mana kesemua perlawanan berlangsung di Stadium Prince.

Senarai 20 pemain Harimau Malaya B-22 (Sukan SEA 2023)

Berikut adalah senarai akhir 20 pemain Harimau Malaya B-22 yang telah terpilih bersama skuad bagi mengharungi kempen Kumpulan B Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Kemboja.

Penjaga Gol
Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman (NSE FC)
Muhammad Azim Al Amin Kamaruddin (KLC FC)

Pertahanan
Ruvethiran (SEL FC)
Harith Haiqal Adam Afkar (SEL FC)
Ahmad Zikri Mohd Khalili (SEL FC)
Muhammad Azam Azmi Murad (TER FC)
Muhammad Safwan Mazlan (TER FC)
Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazili (TER FC)
Muhammad Azrin Afiq Rusmini (KDA FC)

Tengah
Muhammad Syahir Bashah (SEL FC)
Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi (SEL FC)
Mohd Aiman Afif Md Afizul (KDA FC)
Muhammad Najmudin Akmal Kamal Akmal (JDT)
Daryl Sham K.K George (JDT II)
Adam Farhan Mohd Faizal (JDT II)
Muhammad Muslihuddin 'Atiq Mat Zaid (TER FC)
Saravanan Thirumurugan (KLC FC)

Penyerang
Muhammad Aliff Izwan Yuslan (SEL FC)
Fergus Tierney (JDT II)
Muhammad Haqimi Azim Rosli (KLC FC)

Jika pasukan negara berjaya melepasi peringkat kumpulan, mereka akan beraksi di pusingan separuh akhir pada 13 Mei 2023 dan aksi final serta penentuan tempat ke-3/4 berlangsung pada 16 Mei 2023.

Jadual Dan Keputusan Siaran Lansung Bola Sepak Sukan SEA 2023 Waktu Malaysia
sumber : FAM

Keputusan Dan Jadual Siaran Lansung Bola Sepak Sukan SEA 2023 Waktu Malaysia

SIARAN LANSUNG PERLAWANAN BOLA SEPAK SUKAN SEA 2023

Siaran TV/ Platform penstriman : astro Arena (CH801), RTM TV1, RTM TV Okey, Sukan RTM, TV Okey, Sooka dan facebook Cambodia 2023 secara percuma.

Keputusan Dan Jadual Siaran Lansung Bola Sepak Sukan SEA 2023 Waktu Malaysia

Berikut merupakan jadual perlawanan acara Bola Sepak Lelaki Sukan SEA Kemboja 2023 melibatkan semua pasukan termasuk Malaysia dengan mengikut tarikh dan waktu Malaysia.

29 April 2023 (Sabtu)
  • Indonesia (3) - (0) Filipina
  • Kemboja (4) - (0) Timor Leste

30 April 2023 (Ahad)
  • Thailand (3) - (1) Singapura
  • Vietnam (2) - (0) Laos

2 Mei 2023 (Selasa)
  • Myanmar (1) - (0) Timor Leste
  • Filipina (1) - (1) Kemboja

3 Mei 2023 (Rabu)
  • Singapura (1) vs (3)Vietnam
  • Malaysia (5) vs (1) Laos
Waktu siaran : 8:00 malam
Tempat : Stadium Prince, Phnom Penh
Siaran TV/ Platform penstriman : TV Okey dan Sukan RTM

4 Mei 2023 (Khamis)
  • Indonesia (5) vs (0) Myanmar
  • Timor Leste (3) vs (0) Filipina

6 Mei 2023 (Sabtu)
  • Thailand (2) vs (0) Malaysia
Waktu siaran : 5:00 petang
Tempat : Stadium Prince, Phnom Penh
Siaran TV/ Platform penstriman : TV Okey dan Sukan RTM

  • Laos (0) vs (0) Singapura

7 Mei 2023 (Ahad)
  • Timor Leste(0) vs (3) Indonesia
  • Myanmar (2) vs (0) Kemboja

8 Mei 2023 (Isnin)
  • Laos (1) vs (4)Thailand
  • Malaysia (1) vs (2) Vietnam
Waktu siaran : 8:00 malam
Tempat : Stadium Prince, Phnom Penh
Siaran TV/ Platform penstriman : TV Okey dan Sukan RTM

10 Mei 2023 (Rabu)
  • Filipina (0) vs (1) Myanmar
  • Kemboja (1) vs (2) Indonesia

11 Mei 2023 (Khamis)
  • Singapura (0) vs (7)Malaysia
Masa : 5:00 malam
Tempat : Stadium Prince, Phnom Penh
Siaran TV/ Platform penstriman : TV Okey dan Sukan RTM

  • Vietnam (0) vs (1) Thailand

Separuh Akhir Bola Sepak Sukan SEA 2023

13 Mei 2023 (Sabtu)
  • Indonesia (3) vs (2) Vietnam
  • Thailand (3) vs (0) Myanmar

Penentuan Gangsa & Final Bola Sepak Sukan SEA 2023

16 Mei 2023 (Selasa)
Myanmar (1) vs (3) Vietnam (Penentuan Pingat Gangsa)
Indonesia (5) vs (2) Thailand (Final)

Keputusan Penuh  Acara Bolasepak Sukan SEA 2023

Tempat pertama, pemenang pingat emas Pingat Emas : Indonesia
Tempat kedua, pemegang pingat perak Pingat Perak : Thailand
Tempat ketiga, pemenang pingat gangsa Pingat Gangsa :Vietnam

Keputusan, jadual dan kedudukan carta bolasepak Sukan SEA akan dikemaskini dari semasa ke semasa

Tags:

Post a Comment

0Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment (0)