Header Ads

Filem Anwar, The Untold Story


Filem Anwar, The Untold Story mengisahkan ranjau politik Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula pada 11 Mei 2023.

Cerita dalam filem Anwar, The Untold Story versi daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri. Sebahagiannya ada juga versi yang jarang didengari oleh rakyat Malaysia dan daripada domain awam tetapi yang terpendam. Contohya cerita laporan siasatan lengkap beliau ketika dalam lokap.

Selain Malaysia, filem Anwar, The Untold Story turut menjalani penggambaraan di Indonesia dengan kos sebanyak RM10 juta.

Hasrat menerbitkan filem Anwar, The Untold Story bukan dibuat selepas Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10 sebaliknya idea tersebut sudah ada sejak 20 tahun lepas ketika awal gerakan reformasi.

Filem Anwar, The Untold Story bukan berunsur politik namun mesej yang ingin ditonjolkan adalah berkisar mengenai seorang tokoh politik yang secara konsisten serta tegas menentang amalan rasuah dan akhirnya meringkuk di penjara.

Sama ada Anwar menjadi Perdana Menteri atau tidak, ia tidak timbul. Filem Anwar, The Untold Story menyampaikan mesej yang baik dan perlu disampaikan kepada orang ramai serta diangkat sebagai dokumentasi sejarah.

FILEM ANWAR, THE UNTOLD STORY

Mula tayangan : 11 Mei 2023
Penulis skrip : Viva Westi
Pengarah : Viva Westi
Produksi : Bianglala Entertainment

Anwar The Untold Story Full Movie

BARISAN PELAKON DAN WATAK LAKONAN ANWAR, THE UNTOLD STORY

Farid Kamil sebagai Datuk Seri Anwar Ibrahim
Acha Septriasa sebagai Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Hasnul Rahmat sebagai Tun Dr Mahathir Mohamad
Saskia Chadwick sebagai Nurul Izzah Anwar
Dewi Irawan sebagai Che Yan (ibu Anwar)
Piet Pagau sebagai Ibrahim (bapa Anwar)
Felice Lovely Hidayat sebagai Nurul Iman Anwar
Azzahra Annasera sebagai Nurul Hana Anwar

SINOPSIS FILEM ANWAR, THE UNTOLD STORY

Anwar, The Untold Story yang mengisahkan ranjau politik Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berdasarkan kisah sebenar yang berlaku dalam sebahagian hidup Anwar ketika mula menjawat jawatan Menteri Kewangan dari 1991 hingga beliau dipecat pada 1998.

Berlatar antara tahun 1993 dan 1998. Diolah dari kisah benar, alur ceritanya adalah mengenai sikap Anwar yang tegas dan konsisten menolak berbagai jenis imbuhan dan wang tunai dari pihak-pihak tertentu ketika berada dalam kerajaan sebagai Menteri Kewangan.

Juga memaparkan bagaimana Anwar enggan menggunakan wang rakyat untuk menyelamatkan syarikat dimiliki anak pemimpin tertentu yang mengalami kerugian berbilion ringgit.

Kerana itu beliau difitnah dengan sebuah konspirasi besar, dipecat, dipukul secara brutal dalam penjara dan dibiarkan tanpa rawatan perubatan hingga beberapa hari.

Dari seorang menteri kewangan berwibawa yang berjaya membebaskan Malaysia dari belenggu hutang, akhirnya merengkok di penjara.

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.