Gadgets

Tarikh, Semakan Dan Cara Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2024/2025

INFO KPM : Pendaftaran Murid Tahun 1 Kalendar Akademik Sesi 2024/2025 bermula pada 2 Mei 2023 hingga 30 Jun 2023. Kepada ibu Kepada ibu bapa/penjaga yang ingin mendaftarkan anak bersekolah Tahun 1 pada sesi 2024 dan 2025, boleh rujuk maklumat seperti di bawah.

Semakan Dan Tarikh Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2024 2025
sumber : KPM

Semakan dan tarikh pendaftaran murid tahun 1 KPM

Permohonan kemasukan ke Tahun 1 sesi persekolahan tahun 2024 dan 2025 boleh dilakukan mulai 2 Mei 2023 sehingga 30 Jun 2023. Permohonan pendaftaran murid Tahun 1 sesi 2024/2025 boleh dibuat secara dalam talian (online) di di pautan https://idme.moe.gov.my/login

Sebelum mendaftar, dikehendaki semak dahulu syarat pendaftaran Tahun 1 sesi 2024 / 2025 seperti dibawah :

  • Pendaftaran dibuka bagi kanak-kanak yang lahir dari 2 Januari 2017 hingga 1 Januari 2018 sahaja.
  • Dokumen yang diperlukan
  • Buku rekod kesihatan murid (tarikh imunisasi/suntikan)
  • Sijil lahir murid
  • Borang permohonan Tahun 1 (yang dicetak selepas mengisi maklumat secara online)
  • Kad pengenalan ibu bapa / penjaga murid
  • Sijil nikah/Sijil Daftar Kahwin
  • Sijil cerai dan sijil hak jagaan anak (jika berkaitan)
  • Bil Utiliti : SYABAS/TNB/ASTRO/TELEFON (bukti alamat tempat tinggal)

Tarikh-Tarikh Penting

Tarikh buka pendaftaran : 2 Mei 2023
Tarikh tutup : 30 Jun 2023
Tarikh rayuan : 1 Ogos – 31 Ogos 2023
Keputusan rayuan : 1 Oktober 2023

Cara membuat pendaftaran murid Tahun 1 sesi 2024/2025

SIla ikuti langkah-langkah pendaftaran seperti berikut :
  1. Sila layari portal Modul pengurusan Awam, Sistem Bersepadu KPM (MOEIS) di pautan https://idme.moe.gov.my
  2. Klik Pengguna Baru
  3. Tekan Daftar Pengguna
  4. Klik Daftar
  5. Isikan maklumat yang diperlukan untuk mendaftar
  6. Setelah berjaya daftar masuk, teruskan permohonan dan klik pada menu Tahun 1
  7. Klik Permohonan Baharu
  8. Masukkan nombor MyKid sebagai ID pengenalan murid untuk mendaftar
  9. Lengkapkan maklumat berikut:
  10. Maklumat murid, Maklumat kesihatan, Maklumat penjaga
  11. Setelah selesai, tekan butang Simpan dan Seterusnya
  12. Untuk membuat pengemaskinian sebelum membuat perakuan, pergi ke Semak Permohonan.
  13. Setelah selesai membuat kemaskini maklumat-maklumat berkaitan, pergi ke menu Perakuan
  14. Semak setiap maklumat sehingga diyakini tepat pada menu Perakuan dan klik Peraku Benar Dan Hantar di bahagian paling bawah menu.
  15. Status permohonan murid akan dipaparkan.
Pemohon boleh mencetak surat permohonan sekolah dan surat persetujuan kesihatan sebagai rujukan.

2 comments:

  1. hari tu daftar di website moe yang lama.. ni kena buat lagi. ni kalau parent tak celik IT habisla anak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu. Tak semua orang senang nak buat secara online ni.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.