Teater muzikal Upin & Ipin - Pin Pin Pom Di Astro First

Azhafizah MN
By -
0
Tonton Teater muzikal Upin & Ipin - Pin Pin Pom! di pawagam rumah anda menerusi saluran 408 astro First bermula pada hari Khamis, 18 Mei 2023. Langgan dengan RM15, boleh menonton Teater Muzikal Upin & Ipin – Pin Pin Pom! selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Istimewanya Teater Muzikal Upin & Ipin – Pin Pin Pom! yang ditayangkan adalah versi yang berbeza dimana ianya akan mempertontonkan penggunaan kesan visual menggunakan teknologi multimedia yang lebih banyak sepanjang teater dipersembahkan.

Sebelum ini, animasi popular Malaysia Upin & Ipin telah tampil dengan pementasan Teater Muzikal Upin & Ipin – Pin Pin Pom! pada penghujung tahun lalu di Malaysia serta Singapura. Teater tersebut telah mendapat sambutan positif daripada jutaan penonton yang meliputi anak kecil serta orang dewasa.

Dengan kejayaan tersebut, pihak penerbit Les’Copaque Production membawa Teater Muzikal Upin & Ipin – Pin Pin Pom! untuk dipersembahkan di  saluran 408 Astro First.

Menurut Pengarah Urusan Les’ Copaque Production, Burhanuddin Md Radzi, Teater Muzikal Upin & Ipin – Pin Pin Pom! ini sangat istimewa kerana ianya mempunyai elemen multimedia serta lagu-lagu yang digubah oleh komposer Les’ Copaque sendiri. Teater ini juga merupakan 100 peratus karya anak tempatan.

Teater Muzikal Upin & Ipin – Pin Pin Pom! yang berdurasi 1 jam 6 minit ini diarahkan oleh Siti Rohayah Atan dan menampilkan watak-watak utama Upin, Ipin dan kawan-kawan seperti Ehsan, Mail, Jarjit, Mei Mei, Fizi, Susanti serta menampilkan beberapa watak baharu yang kali pertama diketengahkan dalam pementasan teater iaitu karakter Pahlawan Magik Upin Ipin dan Nenek Kebayan. 

Kesemua watak ini dilakonkan sepenuhnya oleh maskot dengan kostum menarik yang direka khas untuk pementasan teater tersebut.

Teater muzikal Upin & Ipin - Pin Pin Pom! berkisarkan pengembaraan Upin dan Ipin dalam dunia magik Pin Pin Pom demi menyelamatkan kawan-kawan dari Nenek Kebayan. Ia penuh dengan aksi mendebarkan dan mencuit hati dengan lagu menghiburkan.

TEATER MUZIKAL UPIN & IPIN - PIN PIN POM!

Tarikh tayangan : 18 Mei 2023
Siaran TV : Astro First (CH408), strim di On Demand atau astroGO
penulis skrip : Hajah Ainon Bt Ariff & Nur Naquyah Binti Burhanuddin
Cerita asal : Hajah Ainon Bt Ariff
Pengarah : Siti Rohayah Atan
Produksi : Les’ Copaque Production Sdn. Bhd.

Teater muzikal Upin & Ipin - Pin Pin Pom Di Astro First

PELAKON WATAK TEATER MUZIKAL UPIN & IPIN - PIN PIN POM!

Asyiela Putri Azhar sebagai Upin & Ipin
Deera Amin sebagai Nenek Kebayan
Muhammad Fareez Daniel sebagai Ehsan
Usayd Uqashah Kamsani sebagai Mail
Muhammad Hafiz Bin Hassan sebagai Jarjit
Tang Ying Sowk sebagai Mei Mei
Rufaidah binti Muhamed Fadzil sebagai Fizi
Siti Nor Adwin sebagai Susanti
Hajah Ainon sebagai Opah
Siti Khairunnisa sebagai Ros
Haji Burhanuddin sebagai Tok Dalang
Mohd Bukhari bin Amir Hamzah sebagai Rembo
Hazimin bin Hamdan sebagai Si Polan
Nik Abdul Razzaq Fahmi sebagai Monyet

SINOPSIS TEATER MUZIKAL UPIN & IPIN - PIN PIN POM!

Teater Muzikal Upin & Ipin - Pin Pin Pom!, Kisahnya bermula dengan Upin dan Ipin sedang bermain bersama kawan-kawan apabila Susanti buka cerita tentang lagenda satu batu ajaib, Batu Delima Sakti. 

Batu ajaib ini hanya berjaya dimiliki oleh Nenek Kebayan. Dengan kuasa batu ajaib ini, pelbagai kerosakan telah dilakukan oleh Nenek Kebayan. Sedang mereka bergembira bermain Nenek Si Bongkok Tiga, Rembo datang buat hal. 

Tok Dalang datang minta tolong Upin dan Ipin menangkap Rembo yang mencuri seliparnya. Upin dan Ipin kejar Rembo hingga ke satu rumah usang. Di dalam rumah itu, mereka berjumpa seketul batu merah yang amat cantik. Ipin ambil batu itu dan bawanya pulang tanpa pengetahuan Upin. 

Setelah mereka keluar dari rumah itu, Nenek Kebayan muncul dan mencari semula Batu Delima Sakti yang dia simpan di Kampung Durian Runtuh. Dengan menggunakan kuasa tongkat sakti, Nenek Kebayan dapat tahu Upin dan Ipin yang mengambil Batu Delima Saktinya. 

Dengan segera, Nenek Kebayan munculkan diri di hadapan Upin dan Ipin untuk menuntut semula batu sakti itu daripada mereka. Ketika Nenek Kebayan menggunakan kuasanya terhadap Upin dan Ipin, mereka bertukar menjadi Pahlawan Magik Pin Pin Pom dan cuba untuk melawan semula Nenek Kebayan. 

Upin dan Ipin berjaya menumpaskan Nenek Kebayan dengan bantuan kuasa dari Batu Delima Sakti. Nenek Kebayan mengarahkan tongkat saktinya untuk mencari kelemahan Upin dan Ipin. Dengan menggunakan kelemahan Upin dan Ipin, Nenek Kebayan mengugut mereka supaya serahkan Batu Delima Sakti.

Upin dan Ipin tiba dekat rumah usang Nenek Kebayan tetapi dia tidak kelihatan. Begitu juga kawan-kawan mereka. Tiba-tiba, Nenek Kebayan muncul dan hantar satu per satu makhluk suruhannya selesaikan Upin dan Ipin. 

Disebabkan kelalaian Ipin setelah berjaya mengalahkan kesemua makhluk suruhan Nenek Kebayan, Nenek Kebayan dapat merampas semula Batu Delima Sakti tetapi akhirnya terbukti bahawa batu itu palsu!

Dengan bantuan para penonton, Upin dan Ipin berjaya menundukkan Nenek Kebayan. Nenek Kebayan melepaskan kawan-kawan Upin dan Ipin. Dengan segera, Upin dan Ipin memerangkap Nenek Kebayan masuk kembali ke bingkai gambar di dinding rumah usang itu. Kampung Durian Runtuh kembali aman dan selamat.

LAGU TEMA (OST) TEATER MUZIKAL UPIN & IPIN - PIN PIN POM!

Tajuk lagu : Upin & Ipin – Pin Pin Pom!
Penyanyi : Asyiela Putri Binti Azhar
Penulis lirik : Nur Naquyah Binti Burhanuddin
Komposer : Muhammad Ammar Syahid Bin Mohd Arif

Post a Comment

0Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment (0)