Telefilem Belajar Tak Sudah Di TV1

Azhafizah MN
By -
0
Tonton Telefilem Belajar Tak Sudah, telemovie khas sempena Hari Guru bagi menghargai jasa guru-guru di seluruh dunia bersiaran pada hari Sabtu, 20 Mei 2023 pukul 9.00 malam di Slot panggung RTM.
Belajar Tak Sudah berkait rapat dengan situasi anak-anak muda zaman sekarang yang memaparkan segelintir Remaja kini kurang minat untuk belajar kerana yakin dengan media sosial yang mampu menjadikan mereka seorang yang berjaya—Pengarah Ikhsan Sukiman
Penggambaran telemovie Belajar Tak Sudah mengambil masa selama 12 hari yang menjalani penggambaran di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka.

Idea asal telefilem ini daripada Muhamad Ikhsan Sukiman yang juga selaku pengarahnya, skrip ditulis oleh Ares Bahar & Ekem Imer dan diterbitkan oleh Unit Drama TV RTM.

TELEFILEM BELAJAR TAK SUDAH

Waktu siaran : Sabtu, 20 Mei 2023, pukul 9.00 malam
Siaran TV/ Platform Penstriman : Slot Panggung RTM TV1, astro (CH101), RTM Klik atau aplikasi RTM Klik
Penulis skrip : Ares Bahar & Ekem Imer
Pengarah : Ikhsan Sukiman
Produksi : Unit Drama TV RTM

Telefilem Belajar Tak Sudah Di TV1

PELAKON DAN WATAK

Dibintangi oleh Mubarak Majid, Yuna Rahim, Scha Ellinea, Arieff Yong, Diana Rafar, Ziema Din, Zain Hamid, Izwan Hakimi, Bohari Ibrahim dan ramai lagi.

  • Mubarak Majid sebagai Cikgu Basri
  • Yuna Rahim sebagai Nora
  • Scha Ellinea sebagai Emy
  • Arieff Yong sebagai Haiqal

SINOPSIS BELAJAR TAK SUDAH

Mengisahkan tentang Cikgu Basri yang juga pesara guru besar yang mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran di universiti. Keputusan menyambung pelajaran yang dibuat adalah kerana cucu kesayangan, Nora tidak berminat untuk menamatkan pengajian akibat terlalu taksub untuk menjadi influencer atau pempengaruh popular.

Nora dikatakan terinspirasi dengan rakannya, Emy yang sudah berjaya memiliki sebuah kereta hasil daripada wang sebagai seorang influencer. Kemasukan Cikgu Basri di kelas Nora membuatkan mereka terpaksa mengharungi pelbagai halangan dan cabaran untuk memastikan warga universiti tidak mengetahui pertalian sebenar demi mengelakkan kejatuhan imej.

Cikgu Basri adalah satu-satunya pelajar tertua dalam kelas itu, malah dipandang sinis oleh tenaga pelajar dan pelajar universiti. Bagaimanapun, tanggapan itu berjaya ditepis Cikgu Basir apabila dia berjaya membuktikan usia bukan penghalang untuk menuntut ilmu.

Selain ingin membantu cucunya, kegigihan Cikgu Basir dalam menuntut ilmu adalah kerana berpegang pada pesanan sahabatnya yang menyatakan 'tuntut ilmu sampai ke negeri China. Kita kena terus belajar selagi masih bernyawa,'

Ketika berusaha dalam menamatkan pelajaran, kehadiran, Haiqal yang cemburu dengan keakraban Cikgu Basri dan Nora mencetuskan kontroversi di universiti itu.

Telefilem Belajar Tak Sudah Di TV1

Apakah yang berlaku seterusnya? Ikuti kisahnya dalam Telefilem Belajar Tak Sudah pada hari Sabtu, 20 Mei 2023 pukul 9.00 malam di TV1.

Post a Comment

0Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment (0)