Telefilem Wakaf Dosa Di TV9

Tonton Telefilem Wakaf Dosa ulang siaran Cerekarama TV3 (2019) bersiaran pada hari Isnin, 29 Mei 2023 pukul 8.30 malam di Slot Skrin di 9 TV9. Telefilem Wakaf Dosa dibintangi pelakon Dato' Rosyam Nor, Izzue Islam, Farahdhiya, Sweet Qismina, Nazafee DFKL, Adriana DFKL, Awie Dean, Daniell Fiq, Meor Mohd dan ramai lagi.

Telefilem Wakaf Dosa Di TV9

TELEFILEM WAKAF DOSA

Waktu siaran : Isnin, 29 Mei 2023, pukul 8.30 malam
Siaran TV/ Platform penstriman : TV9, astro (CH149), myFreeview 109, Tonton dan Xtra
Idea asal : Dato' Rosyam Nor
Penulis skrip : Citra Abdullah
Pengarah : Feroz Kader FDAM
Produksi : Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd.

PELAKON DAN WATAK

Dato' Rosyam Nor, Izzue Islam, Farahdhiya, Sweet Qismina, Nazafee DFKL, Adriana DFKL, Awie Dean, Daniell Fiq, Meor Mohd dan ramai lagi.

  • Dato' Rosyam Nor sebagai Bakri Zain
  • Izzue Islam sebagai Danial
  • Farahdhiya sebagai Nazirah
  • Sweet Qismina sebagai Puteri
  • Nazafee DFKL sebagai Adam
  • Adriana DFKL sebagai Syifa
  • Awie Dean sebagai Ad
  • Daniell Fiq sebagai Jimie
  • Meor Mohd sebagai Pengarah Drama

SINOPSIS WAKAF DOSA

Telefilem Wakaf Dosa mengisahkan tentang Bakri Zain, seorang pelakon yang telah memenangi banyak anugerah dan rezekinya tidak pernah putus. Dalam masa yang sama Danial Muhaimin seorang pelakon terkenal yang mula mencemburui Bakri apabila sering dibanding-bandingkan. 

Daniel bertambah cemburu dan marah apabila festival filem terpaksa menarik keluar namanya dan memilih Bakri Zain sebagai calon untuk kategori pelakon lelaki terbaik. Sejak dari itu, Daniel mula membenci dan hasad dengki mula muncul dalam diri Daniel.

Puteri Najwa, anak sulung Bakri kini dan sedang mengambil Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Najwa ingin mengejar impiannya menyambung pelajaran di Universiti Al Azhar. Berbeza dengan kejayaan ayahnya yang lebih menjurus ke arah Dunia. 

Najwa pula menjadikan ‘Akhirat’ sebagai titiannya untuk ke syurga. Namun, Najwa tidak pernah sesekali meragui atau ‘judgemental’ pada ayahnya.

Suatu hari, sebuah video skandal seks Bakri Zain bersama dua orang perempuan viral di media sosial. Bakri terduduk dan terkelu apabila mendapat tahu tentang video itu. Bakri puas berfikir siapa yang sanggup memfitnah dan menganiayainya. 

Itu merupakan titik permulaan kehancuran ‘Bakri Zain’. Bakri mula tersedar yang dirinya jauh daripada Allah. Baginya agama itu adalah sekadar tanggungjawab terhadap keluarga sahaja tapi bukan untuk dirinya.

Saksikan telefilem Wakaf Dosa yang boleh dijadikan pengajaran bersiaran pada hari Isnin, 29 Mei 2023 pukul 8.30 malam di TV9.

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.