Selamat Hari Jururawat Sedunia (International Nurses Day) 2023
12 Mei diiktiraf sebagai Hari Jururawat Sedunia/ International Nurses Day yang disambut setiap tahun di seluruh dunia. Jururawat yang juga diberi gelaran misi merupakan kerjaya penting yang memainkan peranan besar dalam sesebuah negara.
baca juga : koleksi ucapan hari jururawat sedunia 2023
Tahukah anda asal-usul panggilan Misi?Asal-usul panggilan 'Misi'
Menurut seorang pesara jururawat , Anne Frances. Tiada siapa yang betul-betul tahu dari mana panggilan 'Misi' di dalam profesion kejururawatan tempatan itu bermula. Di Malaysia panggilan 'Misi' terhadap seorang jururawat bermungkinkan muncul pada zaman penjajahan pihak British.Dalam Bahasa Inggeris, 'Missy' ialah panggilan terhadap wanita muda atau anak gadis. Pada zaman kolonial, doktor British akan memanggil jururawat muda sebagai 'Missy'. Ia satu cara yang sopan bagi menyapa seorang jururawat yang anda tidak tahu namanya.
—Facebook Bahagian Kejururawatan, Kementerian Kesihatan Malaysia.
![]() |
sumber : Artortoise |
Sejarah Hari Jururawat/ Nurses Day
Tarikh 12 Mei diambil sempena dengan hari kelahiran ikon kejururawatan moden iaitu Florence Nightingale. Istilah dalam Bahasa Inggeris "nurse" berasal dari perkataan "nourice" yang bermaksud yang memberikan khasiat.Tema Hari Jururawat 2023
Frasa yang menekankan kepentingan melabur dalam profesion kejururawatan untuk manfaat sistem penjagaan kesihatan masa depan kita.
Jururawat memainkan peranan penting dalam penyampaian penjagaan kesihatan dan sumbangan mereka adalah penting untuk mencapai hasil kesihatan yang terbaik untuk pesakit. Melabur dalam pendidikan, latihan dan pembangunan kejururawatan adalah penting untuk memastikan kita mempunyai tenaga kerja kejururawatan yang berkemahiran tinggi dan cekap yang dapat memenuhi keperluan penjagaan kesihatan yang kompleks dan berkembang untuk komuniti.
Jururawat adalah tulang belakang sistem penjagaan kesihatan kita dan kepakaran serta dedikasi mereka adalah penting untuk memastikan penyampaian penjagaan pesakit yang berkualiti tinggi. Dengan menyokong dan menghargai profesion kejururawatan, kita boleh membantu untuk menarik dan mengekalkan jururawat berbakat, meningkatkan hasil pesakit, dan membina sistem penjagaan kesihatan yang lebih kukuh dan berdaya tahan untuk masa hadapan.
"Jururawat kami masa depan kami" ialah seruan untuk bertindak untuk melabur dalam profesion kejururawatan bagi memastikan kejayaan dan kemampanan sistem penjagaan kesihatan kami yang berterusan untuk generasi akan datang. —http://risingkashmir.com/international-nurses-day-our-nurses-our-future
Begitulah saling memerlukan antara perkhidmatan kejururawatan dengan kedoktoran dalam urusan merawat dan memberikan perkhidmatan kesihatan awam.
Sebagai masyarakat, kita perlu berterima kasih atas budi dengan jasa yang dicurahkan oleh jururawat. Demi amanah yang digalas, segala masalah peribadi diketepi semata-mata untuk melihat pesakit yang dirawatnya kembali sembuh seperti sediakala.
Happy Nurses Day/Selamat Hari Jururawat Sedunia! Terima kasih atas segala pengorbanan dan perkhidmatan yang diberikan.
happy nurse day!!! byk membantu ni, kira frontliner jugak tau
ReplyDeleteBetul, orang penting dan hero juga semasa covid melanda.
DeleteSelamat Hari Jururawat Sedunia, jasamu dihargai selamanya.
ReplyDeleteJasa mereka tetap dikenang dan dihargai selamanya. Besar jasa mereka kan.
Delete