Selamat Hari Wanita Sedunia/ Antarabangsa (Happy International Women's Day) 2023 #KASIHWanita

Azhafizah MN
By -
4
Tarikh 8 Mac 2023 merupakan tarikh Hari Wanita Sedunia 2023 atau Hari Wanita Antarabangsa (International Women's Day). Hari Wanita disambut setiap tahun di seluruh dunia termasuklah negara Malaysia sebagai penghargaan dan pengiktirafan terhadap sumbangan dan jasa wanita yang sangat signifikan dalam pembangunan negara.


selamat hari wanita sedunia 2023

Tema Hari Wanita 2023 "KASIH Wanita"

Tema Hari Wanita 2023 bertemakan 'KASIH Wanita' yang dipilih oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) untuk tema sambutan Hari Wanita Sedunia 2023.

Akronim KASIH membawa konsep :

K - Kasih Sayang
A - Akhlak Mulia
S - Sihat
I - Ilmu
H - Harmoni


Ianya sejajar dengan konsep MADANI seperti yang dihasratkan oleh Kerajaan untuk menghargai Wanita yang sentiasa mencurahkan kasih sayang, mengekalkan akhlak mulia, memastikan diri dan keluarga sihat, sentiasa mempertingkatkan ilmu dan memelihara keharmonian sekeliling. 

Logo Hari Wanita Sedunia 2023

logo hari wanita sedunia 2023

Logo Hari Wanita Sedunia 2023 menggunakan tiga warna iaitu merah, biru dan kuning. Merah dan biru yang membentuk gambar hati melambangkan sifat kasih dan cinta wanita kepada diri, keluarga dan negara. Merah juga melambangkan sifat keberanian wanita dalam menghadapi apa jua rintangan manakala, kuning adalah warna aktif dan bertenaga, ia melambangkan kebijaksanaan, semangat serta harapan. Selain itu, biru juga lambang kesetiaan wanita kepada negara dan akan sentiasa bersama dalam mengharungi pelbagai rintangan demi mengukuhkan perpaduan.

Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2023 akan diadakan di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur pada 8 Mac 2023 yang dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia.


Ayuh Wanita, kita melakar kejayaan KASIH Wanita! Selamat Hari Wanita Sedunia 2023 untuk semua wanita dipelusuk dunia.

sumber : 
https://www.jpw.gov.my/index.php/ms/media-ms/artikel/36-berita-terkini/2717-kasih-wanita-dipilih-sebagai-tema-hari-wanita-antarabangsa-2023
Tags:

Post a Comment

4Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment