Header Ads

Buah Sayur Pucuk Manis


Sambil perhati pokok-pokok bunga di kebun bunga mak, nampak pokok pucuk manis yang meriah dengan buahnya. Pucuk manis, nama lainnya orang panggil cekur manis atau cekuk manis. Daunnya tak berapa nak lebat. Kalau lebat, boleh juga petik jadikan lauk sayur pucuk manis tumis.

Sebenarnya pokok pucuk manis bukan lagi baru ditanam. Rupanya dah pernah tuai sayur pucuk manis yang mak tanam tahun 2019. Lama betul pokok pucuk manis ni bertahan di situ.

Buah Pucuk Manis

Selain buahnya berwarna putih kuning ada juga berwarna merah jambu. Tak pasti buahnya dah matang, boleh makan atau dijadikan benih. Siapa tahu bolehlah tolong komen buat tambah ilmu.

buah sayur pucuk manis

Pucuk manis ini sejenis sayur yang sangat berkhasiat. Digunakan sebagai herba bagi masyarakat Asia Selatan dan Asia Tenggara sejak dahulu lagi. Akan tetapi tidak digalakkan makan mentah. Perlu dimasak terlebih dahulu.

Ikut resipi orang dulu-dulu, pucuk manis sedap dimasak bening, masak lemak putih, tumis goreng dan sebagainya. Sedap juga masak lemak putih bersama labu. Tapi saya suka masak tumis pedas sebab pucuk ni manis lawan dengan pedas ngam lah tu.

10 comments:

  1. Buah yang matang akan bertukar menjadi warna kemerahan
    Tak boleh dimakan dan ada biji benih.
    Boleh disemai tetapi lambat membesar
    Lebih baik tanam menggunakan keratan batang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh macam tu. Terima kasih wak untuk penjelasan tu. Tulah biasa nampak orang tanam main cucuk keratan batang je dalam tanah.

      Delete
  2. masa kekecik arwah mama tanam pucuk manis ni kat tepi2 longkang...bila dah banyak jadilah dia lauk kami. mama masuk dalam kari dal, kadang-kadang tumis letak kelapa parut (indian style)...rindunya nak makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pokok ni kena sentiasa lembap sebab tu orang suka cucuk tepi longkang kot kan. Menarik juga olahan masakan indian style tu Ammi. Boleh cuba jugak. Kat Family Store Sikamat selalu gak nampak stok pucuk manis.

      Delete
  3. Wah first time tengok sayur jenis ni! tq sharing

    ReplyDelete
  4. Paling suka Pucuk Manis masak lemak putih, tapi baru tau ia ada buah, hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap kan kak. Hihi..biasa beli jarang ada buahnya sekali.

      Delete
  5. Baru tau sayur ini kak. Atau mungkin di Indonesia namanya beda kali Yaa, makanya saya ga tahu. Melihat buahnya sepintas mirip manggis setelah dibuka.

    Jadi penasaran sih dengan rasa sayurnya ๐Ÿ˜…

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin juga namanya berbeza disana. Saya tak pasti apakah namanya disana. Ya, semacam buah manggis rupanya. Daun sayurnya sedap tak pahit lansung :) masak tumis, masak lemak putih, masak bening semuanya sedap kalau suka makan sayur lah.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.