Live Malaysia vs Turkmenistan Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Antarabangsa 2023

Mengikut jadual, Liga Malaysia berehat seketika bermula 20 Mac sehingga 28 Mac 2023 untuk memberi laluan kepada FIFA days. Dalam pada masa itu, skuad Harimau Malaya bangkit untuk beraksi dalam Perlawanan Persahabatan Antarabangsa bagi persediaan untuk perlawanan kelayakan Piala Asia 2023.

Perlawanan Persahabatan Antarabangsa Tier 1

Skuad Harimau Malaya bakal beraksi untuk Perlawanan Persahabatan Antarabangsa Tier 1 yang pertama menentang Turkmenistan pada 23 Mac 2023 sebelum menentang Hong Kong bagi aksi kedua 28 Mac 2023, kedua-dua perlawanan ini akan berlansung di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim.

Kedua-dua perlawanan persahabatan ini adalah sebahagian persiapan anak buah Kim Pan Gon bagi menghadapi Piala Asia 2023 yang akan berlangsung di Qatar, Januari tahun depan.

Buat peminat bola sepak Malaysia, Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Antarabangsa akan dibawa secara lansung di TV9. Saksikan Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Antarabangsa Malaysia vs Turkmenistan pada hari Khamis, 23 Mac 2023 pukul 9:30 malam di TV9 dan Astro Arena.

Malaysia vs Turkmenistan Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Antarabangsa 2023

Juga boleh tonton aksi Perlawanan Persahabatan Antarabangsa Malaysia vs Turkmenistan live streming menerusi laman web tonton atau aplikasi tonton untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Piala Asia 2023

Perlawanan kelayakan Piala Asia 2023 bermula pada 8 Jun hingga 14 Jun 2023 membabitkan 24 negara dengan enam negara yang menjadi tuan rumah. Malaysia menjadi antara negara tuan rumah bagi pusingan kelayakan itu nanti yang bakal diadakan di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Juara daripada setiap kumpulan dan lima pasukan kedua terbaik kumpulan akan layak ke pusingan akhir Piala Asia 2023 di China nanti.

Untuk pusingan kelayakan, skuad Harimau Malaya diletakkan dalam Kumpulan E bersama Turkmenistan, Bahrain dan Bangladesh.

Peminat bola sepak tanah air boleh mendapatkan tiket aksi persahabatan Antarabangsa Tier 1 melibatkan skuad negara Malaysia menentang Turkmenistan dan Hong Kong di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri di Johor pada 23 Mac dan 28 Mac 2023.

SIARAN LANSUNG PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA SEPAK ANTARABANGSA 2023

Malaysia vs Turkmenistan
Venue : Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim
Waktu siaran : Khamis, 23 Mac 2023, pukul 9.30 malam
Siaran TV : TV9, Astro 149, myFreeview 109, Tonton dan Astro Arena

HARGA DAN PEMBELIAN TIKET MALAYSIA VS TURKMENISTAN

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memaklumkan harga tiket Malaysia vs Turkmenistan berharga RM30 ditetapkan bagi tempat duduk terbuka untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun.

Tiket boleh didapati hanya secara dalam talian menerusi laman sesawang : https://www.tickethotline.com.my.

Tiada sebarang penjualan tiket secara fizikal di kaunter tiket stadium yang membabitkan perlawanan persahabatan Antarabangsa Tier 1 antara Malaysia vs Turkmenistan.

MALAYSIA VS TURKMENISTAN LINE UP

6 - Syihan Hazmi (PG)
2 - Matt Davies
6 - Dominic Tan
7 - Faisal Halim
9 - Darren Lok
17 - Paulo Josué Stürmer dos Reis
18 - Brendan Gan
19 - Akhyar Rashid
21 - Dion Cools (K)
22 - Corbin-Ong
27 - Endrick Dos Santos

KEPUTUSAN MASA PENUH MALAYSIA VS TURKMENISTAN

FT : MALAYSIA  (1) - (0)  TURKMENISTAN
Akhyar Rashid 28'

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.