Header Ads

Drama Liar The Series Malaysia


Drama Liar The Series, sebuah drama premium Astro Originals adaptasi daripada siri BBC yang telah diberikan sedikit pengubahsuaian untuk mengikut acuan adat dan budaya di Malaysia. Liar The Series versi Malaysia diarahkan oleh Jason Chong dan Imri Nasution dibarisi pelakon seperti Tiz Zaqyah, Tony Eusoff, Nadiya Nisaa, Nas-T, Farah Ahmad dan ramai lagi.

Tonton Drama Liar The Series mulai 25 Mac 2023 via on Demand dan di Astro Ria setiap hari Isnin pukul 9:00 malam di saluran Astro Ria.

DRAMA LIAR THE SERIES

Jumlah episod : 12
Mula siaran : 25 Mac 2023 (Via On Demand), 3 April 2023 (Astro Ria)
Waktu siaran : Isnin, 9:00 malam
Siaran TV : Astro
Penulis skrip : Jason Chong, Imri Nasution
Pengarah : Jason Chong & Imri Nasution
Produksi : Double Vision Sdn. Bhd.

Drama Liar The Series full episode astro ria online

BARISAN PELAKON DAN WATAK PELAKON DRAMA LIAR THE SERIES

Tiz Zaqyah sebagai Lara
Tony Eusoff sebagai Aiman
Nadiya Nisaa sebagai Nadiya
Ezzaty Abdullah sebagai Kathy
Wan Raja sebagai Fariz
Nazrief Nazri sebagai Taufik
Datuk Jalaludin Hassan sebagai Sulaiman
Farah Ahmad sebagai Dian / Jehan
Aniq Suhair sebagai Noah
Atilia Haron sebagai Inspektor Rita
Nas-T
Haridhass
Chai Zi
Raja Azmi
Aidan Razeen
Nawal Sarah

SINOPSIS DRAMA LIAR THE SERIES

Lara Sulaiman (Tiz Zaqyah), seorang guru yang bijak dan berdedikasi. Dia baru bercerai dengan suaminya dan bersetuju untuk keluar bertemu janji dengan seorang pakar bedah yang baru kematian isteri, Aiman Yusuf (Tony Eusoff). Namun, selepas bertemu, mereka berdua mempunyai cerita berbeza daripada pengalaman temu janji mereka.

Lara menuduh Aiman merogolnya, manakala Aiman menegaskan bahawa dia membantu Lara yang tidak sihat untuk pulang dengan selamat. Siapa yang bercakap benar? ‘Liar’ menyaksikan penipuan yang boleh memusnahkan kehidupan Lara dan Aiman, serta rakan-rakan mahupun keluarga mereka apabila rahsia dan pembohongan terbongkar.

TAYANGAN DRAMA LIAR THE SERIES MALAYSIA

Saksikan kesudahan Drama Liar The Series Malaysia mulai 25 Mac 2023 via on Demand dan di Astro Ria setiap hari Isnin pukul 9:00 malam di saluran Astro Ria.

2 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.