Header Ads

Cantik Pula English Ivy


Lama tak cerita pasal pokok bunga ye. Kita pun lama tak terjebak dengan pokok-pokok bunga dah. Maksudnya tak ada menambah pokok bunga. Membela pokok bunga yang sedia ada je.

Cuma baru-baru ni ada membeli pokok baru. Satu pokok je lah, English Ivy. Beli sebab nak tambah koleksi pokok indoor dalam rumah. Cadangnya nak pelbagaikan indoor plant menggantikan pokok-pokok indoor yang sama jenis.
 
Cantik pula tengok english ivy ni. Daunnya jenis variegated. Istilah variegated untuk bunga atau daun yang mempunyai lebih dari satu warna. Yang biasa kita nampak jenis variegated ni gabungan warna hijau, kuning dan putih.

Selain jenis daun variegated, bentuk daunya juga menarik macam daun anggur. English ivy jenis menjalar. Jadi cantik kalau daunnya rimbun. Tambah-tambah lagi English ivy care mudah je sebab english ivy indoor plant tak perlu terdedah sangat dengan cahaya matahari. Sesuai sangatlah dengan jenis rumah yang kurang masuk cahaya matahari.

Untuk penyiraman pula, hanya perlu siram bila tanah kering. Gitulah tips dari nursery. Harap saya pandailah nak membela pokok english ivy ni dan berjaya hidup dengan subur.

english ivy plant indoor

Beberapa pokok di luar saya bawa masuk dalam rumah yang sesuai untuk indoor iaitu pokok marble queen pothos yang berwarna kuning putih ni atau nama lainnya, devil's ivy. Scindapsus pictus hujung kanan sekali tu dah lama menetap dalam rumah. Hidup elok je dia.

english ivy marble queen pothos scindapsus

Bawa masuk juga pokok njoy yang terpaling kiri dan juga mini monstera kanan sekali. Jadi cantik bila ada pelbagai jenis indoor plants ni. Barulah menarik.

njoy pothos golden mini monstera

Hidup di luar menjalar sampai akar jejak lantai. Bawa masuk dalam rumah, trim akar dan susun dalam pasu elok-elok bagi cantik sikit.


10 comments:

  1. subhanallah...cantiknya
    teringat ivy MA... x panjang umurnya
    cedih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahaii..sedihnya kalau tanaman kita tak menjadi. huhu...

      Delete
  2. Saya tuh sebenernya tak paham sangat tanaman kak. Jadi tadi masih tak tahu seperti apa English ivy ini. Dan setelah liat fotonya, oalaaaahhh, yang ini toh ๐Ÿ˜๐Ÿ˜„. Mama saya pecinta tanaman, dan ini termasuk yang banyak ada di rumah mama ๐Ÿ‘. Memang mudahlah perawatannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak pakar sangat. Cuma tahu sikit sikit je. Itupun mintak tips dari nursery. Cantik kan english ivy ni. Mesti mama Fanny pandai jaga pokoknya.

      Delete
  3. lawa..saya ada juga jenis pokok ala-ala money plant tapi colour hijau putih cam Ivy English, cuma bentuk daun je tak sama..pokok menjalar kalau letak dalam rumah atau gantung kat porch memang lawa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik kan kak. Jenis money plant tu lagi mudah nak jaga. Cantik jenis berdaun lebih dari satu warna selain hijau. A'ah, kalau gantung dan rimbun tersangatlah cantik.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.