Game Show Family Feud Malaysia Dengan 3 Versi Bahasa Di Astro Ria

Astro akan menyiarkan game show popular antarabangsa Family Feud yang dihoskan oleh pelawak terkemuka Amerika Syarikat, Steve Harvey dengan versi Malaysia. Game Show Family Feud Malaysia dengan 3 versi bahasa iaitu versi Bahasa Melayu, Tamil dan Inggeris akan ditayangkan di Astro Ria.

Family Feud Malaysia turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel.

Game Show Family Feud Malaysia

GAME SHOW FAMILY FEUD MALAYSIA VERSI BAHASA MELAYU

Mula siaran : 27 Mac 2023
Waktu siaran : Isnin dan Selasa, pukul 11:00 malam
Siaran TV : Astro Ria ( CH104)
Pengacara : Nabil Ahmad

GAME SHOW FAMILY FEUD MALAYSIA VERSI BAHASA TAMIL

Mula siaran : Mei 2023
Waktu siaran : Isnin dan Selasa, pukul 11:00 malam
Siaran TV : Astro Ria ( CH104)
Pengacara : Dr J. Ram

GAME SHOW FAMILY FEUD MALAYSIA VERSI BAHASA INGGERIS

Mula siaran : September 2023
Waktu siaran : Isnin dan Selasa, pukul 11:00 malam
Siaran TV : Astro Ria ( CH104)
Pengacara : Douglas Lim

FAMILY FEUD MALAYSIA

Game Show Family Feud Malaysia dimulakan dengan peserta pertama (Ketua Pasukan) dari kedua-dua buah kumpulan yang bertanding tampil di podium untuk menjawab soalan pertama. Peserta terpantas yang menekan buzzer akan memberikan jawapan terlebih dahulu. 

Jika jawapan yang diberikan berada di kedudukan teratas survey, ahli-ahli pasukan tersebut akan memberi jawapan susulan. Jika tidak, pasukan lawan akan cuba untuk memberi jawapan yang tertinggi untuk mengambil alih pusingan tersebut. 

Jawapan-jawapan yang diberikan adalah berpandukan survey yang dibuat di kalangan 100 orang Malaysia. Pasukan yang menerima markah terbanyak akan mara ke pusingan Fast Money dan berpeluang untuk memenangi wang tunai RM5,000.00.

Terdapat sembilan episod istimewa berdurasi satu jam yang melibatkan para selebriti menjadi kapten untuk keluarga mereka iaitu Celebrity Family Feud Malaysia yang bakal disiarkan setiap Isnin, pukul 11:00 malam. Manakala terdapat 18 episod yang terdiri daripada peserta-peserta bukan selebriti (orang awam) yang berdurasi selama 30 minit yang akan ditayangkan setiap Selasa, pukul 11:00 malam.

Sempena Aidilfitri, 9 lagi episod bakal ditayangkan bermula 1 Syawal hinggal 9 Syawal 1444H, pada pukul 12:00 tengah hari yang terdiri daripada barisan selebriti-selebriti dari program-program terbitan Astro seperti barisan-barisan pelakon Projek High Council, Andai Itu Takdirnya dan Isteri Halal serta alumni-alumni Gegar Vaganza dan Big Stage dan ramai lagi. 

Semua hadiah kemenangan selebriti-selebriti ini akan didermakan kepada badan-badan kebajikan yang dipilih.

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.