Header Ads

Drama Sekali Aku Bahagia di Slot Sakura TV3


Sekali Aku Bahagia, drama melayu bersiri terbaru di Slot Sakura TV3 dibintangi pelakon wanita terbaik Anugerah Drama Sangat 2023, Ummi Nazeera, Nabila Huda, Azhan Rani, Keith Foo dan ramai lagi.

Drama Sekali Aku Bahagia episod 1 mula bersiaran pada 28 Mac 2023 pukul 6:00 petang di slot Sakura setiap hari Isnin hingga Khamis. Drama 15 episod terbitan Mache All Star United yang diarahkan oleh Pali Yahya juga boleh tonton live streaming online menerusi laman web tonton atau xtra.

DRAMA SEKALI AKU BAHAGIA

Jumlah episod : 15
Mula siaran : 28 Mac 2023
Waktu Siaran : Isnin-Khamis, pukul 6:00 petang
Siaran TV : Slot Sakura TV3
Idea Asal : Mama Bell
Pengarah : Mohd Fazli Yahya @Pali Yahya
Produksi : Mache All Star United Sdn. Bhd.

tonton drama sekali aku bahagia tv3 full episode online

PELAKON DRAMA SEKALI AKU BAHAGIA

Ummi Nazeera, Nabila Huda, Azhan Rani, Keith Foo, Meor Mohd, Qistina Raisah, Duerra Mitilda, Danish Iskandar, Danish Hazriq dan ramai lagi.

WATAK PELAKON DRAMA SEKALI AKU BAHAGIA

Ummi Nazeera sebagai Rania Farahain
Nabila Huda sebagai Aireen
Azhan Rani sebagai Naufal
Keith Foo sebagai Muaz
Meor Mohd sebagai Lan
Qistina Raisah sebagai Eli
Duerra Mitilda sebagai Delisha
Danish Iskandar sebagai Andre
Danish Hazriq sebagai Firas


SINOPSIS DRAMA SEKALI AKU BAHAGIA

Aireen dan Naufal adalah adik-beradik. Aireen jatuh cinta dengan Muaz (Keith Foo), pekerja di kedai abangnya. Walaupun sudah berkahwin dengan Rania (Ummi Nazeera), Muaz telah menikahi Aireen tanpa memberitahu status perkahwinannya.

Konflik bermula apabila Aireen mendapat tahu tentang rumah tangga Muaz dan Rania yang sudah pun mempunyai seorang anak perempuan. Rania tidak sedar akan kecurangan suaminya. Keadaan menjadi lebih rumit kerana Aireen tidak mahu bermadu dan hanya mahu memiliki Muaz untuk diri sendiri. Rania pula kini harus bangkit dan berjuang demi masa depan anaknya.



No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.