Malam Nisfu Syaaban 2023 1444H, Kelebihan Dan Amalan Di Malam Nisfu Syaaban

Azhafizah MN
0
Salam Nisfu Syaaban 1444H. Tarikh malam Nisfu Syaaban 2023 pada hari Selasa, 7 Mac 2023 selepas masuk waktu Maghrib yang merupakan salah satu tarikh penting tahun Islam.

Nisfu Syaaban dalam jawi : نصف شعبان

Nisfu Syaaban pada 15 Syaaban 1444H
Rabu, 8 Mac 2023

Nisfu Sya'ban 2023 pada 8 Mac bersamaan dengan 15 Syaaban 1444H. Bulan Sya'ban adalah salah satu bulan yang mempunyai banyak kebaikannya dimana kita dianjurkan untuk melakukan puasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan lain.

Daripada Anas bin Malik R.A, dikatakan bahawa Nabi SAW bersabda bermaksud :
Rejab adalah bulan Allah, Sya’ban pula adalah bulanku (Rasulullah SAW) dan Ramadhan adalah bulan umatk
Daripada Anas bin Malik R.A bahawa apabila tibanya Rejab, Baginda Rasulullah SAW mendoakan bermaksud :
Ya Allah, berkatilah hidup kami di bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikan (hayat) kami kepada bulan Ramadan.
Daripada Abu Daud R.A, beliau meriwayatkan dari Abdullah bin Abi Qais dari Aisyah RA bermaksud :
Bulan yang paling disukai Rasulullah SAW ialah berpuasa di bulan Syaaban. Kemudian Baginda menyambung puasanya hingga ke Ramadan.

Rejab, Syaaban dan Ramadan 144H 2023

1 Rejab 1444 H (Isnin, 23 Jan 2023)–Di dalamnya ada peristiwa Israk Mikraj
1 Syaaban 1444 H (Rabu, 22 Feb 2023)–Di dalamnya ada malam Nisfu Syaaban
1 Ramadan 1444 H (Khamis, 23 Mac 2023)–Di dalamnya ada Lailatul Qadar

Nisfu Syaaban 2023 1444H

Maksud Nisfu Syaaban

Nisfu bermaksud separuh (Nisf). Jadi, Nisfu Syaaban bermaksud separuh daripada Bulan Syaban, iaitu pada malam ke-15 Syaaban. 

Malam Nisfu Syaaban

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar. Pada Malam Nisfu Syaaban, hari dimana buku catatan amalan orang-orang Muslimin selama setahun diangkat ke langit dan digantikan dengan buku catatan yang baru.

Malam Nisfu Syaaban juga dikenali sebagai malam pengampunan dari Allah untuk seluruh hamba- Nya.

Nama lain Nisfu Syaaban

  • Lailatul Mubarakah (malam keberkatan)
  • Lailatul Baraah (malam pelepasan)
  • Lailatul Qismah wal-taqdir (malam pembahagian dan penentuan)
  • Lailatul Takfir (malam mengkifaratkan dosa)
  • Lailatul Ijabah (malam diperkenankan doa)
  • Lailatul Syafaah (malam syafaat)
  • Lailatul Idil Malaikah (malam raya malaikat)
  • Lailatul Hayat (malam hidup), iaitu malam yang tidak dimatikan apabila seseorang menghidupkan malamnya

Kelebihan Dan Amalan Di Malam Nisfu Syaaban

Keistimewaan malam Nisfu Syaaban

Malam Nisfu Syaban merupakan salah satu malam yang sangat istimewa selain malam Lailatul Qadar. Umat Islam dianjurkan untuk menghidupkan bulan Syaaban dengan memperbanyakkan ibadah membaca Al-Aquran, beristighfar, bertaubat, berdoa, solat hajat dan menambah ibadah yang lainnya untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT.

Pada bulan Syaaban juga Allah SWT membuka pintu keampunan seluas-luasnya untuk Umat Islam memohon keampunan. Sesungguhnya berdoa pada malam nisfu Syaaban adalah mustajab.

Firman Allah SWT :
فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا
Maksudnya : “Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun”—Nuh :10

Amalan malam Nisfu Syaaban

Walaupun tiada amalan khusus untuk diamalkan pada malam Nisfu Syaaban seperti yang dijelaskan oleh Datuk Dr.Zulkifli Mohamad Al -Bakri. Umat Islam dianjurkan untuk mengambil peluang untuk mengisi malam Nisfu Syaaban dengan perbanyakkan amal ibadah.

Terdapat beberapa amalan yang disarankan oleh para ulama bagi menghidupkan malam Nisfu Syaaban, iaitu :
Amalan Nisfu Syaaban ini tidak boleh dinisbahkan kepada Nabi SAW sebagai sunnah yang mesti dibuat dalam bentuk tuntutan kerana kesemua amalan ini adalah bersifat umum dan dianjurkan untuk mengamalkannya. Antaranya :

1. Puasa sunat
Mengikut Sunnah Nabi Muhammad SAW, umat Islam digalakkan membanyakkan puasa di bulan Syaaaban.

2. Membaca surah Yasin
Nabi Muhammad SAW menggalakkan umatnya membaca al-Quran. Setiap huruf yang dibaca akan diberi ganjaran pahala berganda. Surah Yasin adalah satu surah dalam al-Quran yang boleh diamalkan.

3. Berdoa
Nabi Muhammad SAW mengatakan bahawa doa itu senjata orang mukmin. Allah SWT memerintah hamba-Nya berdoa nescaya Allah SWT akan memperkenankan doa mereka.

4. Mengadakan majlis kenduri
Nabi Muhammad SAW menggalakkan umat Islam bersedekah dan mengeratkan silaturrahim. Mengadakan kenduri juga merupakan perhimpunan sanak keluarga.

5. Bertahlil
Kerana berpendapat tahlil itu mengandungi bacaaan dari ayat al-Quran, zikir, berdoa dan beristighfar mohon keampunan Alah SWT terhadap keluarga yang meninggal dunia agar dicucuri rahmat ke atas rohnya.

Amalan-amalan yang disebutkan boleh diamalkan dalam bulan Syaaban, tiada pula disunatkan kerana bulannya, hari atau malamnya tetapi apa yang disunatkan ialah kerana kesunnahan ibadah tersebut.

sumber : 
https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-hadith/1121-irsyad-al-hadith-siri-ke-70-kelebihan-malam-nisfu-sya-ban

Solat Nisfu Syaaban

Solat sunat Nisfu Syaaban adalah termasuk dalam solat-solat sunat Mutlaq yang dilakukan pada waktu malam 15 Syaaban. Solat Nisfu Syaaban boleh didirikan selepas mengerjakan solat Maghrib, Isyak atau bersama solat-solat sunat qiamullail.

Cara Solat Sunat Nisfu Syaaban
1. Lafaz niat:
اُصَلِّىْ سُنَّةَ لَيْلَةِ نِصْفُ شَعْبَانَ رَكْعَتَيْنِ لِلّٰهِ تَعَالَى
Usolli sunnata lailati nisfi sya’bana rak’ataini lillahi taala
Maksud : Sahaja aku solat sunat malam nisfu Syaban dua rakaat kerana Allah Taala
2. Rakaat pertama baca surah al-Fatihah dan surah al-Kafirun.
3. Rakaat ke dua, selepas al-Fatihah baca surah al-Ikhlas.
4. Teruskan solat sehingga selesai. Selepas memberi salam, bacalah surah Yasin 3 kali.

Membaca Surah Yasin sebanyak 3 kali

Selepas selesai melakukan solat sunat, bacalah surah Yasin tiga kali.

Sekiranya tidak sempat melakukannya selepas solat Maghrib, lakukannya selepas solat Isyak dengan niat supaya Allah memanjangkan umur serta dapat beribadat, menambah rezeki, ditetapkan dan meningkatkan iman.

Walau bagaimana pun, jangan diiktikadkan bahawa malam tertentu sahaja dianjurkan beramal seperti membaca al-Quran dan sebagainya. Amalan ini boleh dibuat pada bila-bila masa dan tidak semestinya dibaca Yasin 3 kali.

Doa Nisfu Syaaban

اَللّٰهُمَّ يَاذَا الْمَنِّ وَلاَ يُمَنُّ عَلَيْكَ يَاذَا اْلجَلاَلِ وَاْلاِكْرَامِ يَاذَا الطَّوْلِ وَاْلاِنْعَامِ لاَاِلٰهَ اِلاَّ اَنْتَ ظَهَرَ اللاَّجِيْنَ وَجَارَ الْمُسْتَجِيْرِيْنَ وَاَمَانَ اْلخَائِفِيْنَ
اَللّٰهُمَّ اِنْ كُنْتَ كَتَبْتَنِى عِنْدَكَ فِيْ اُمِّ اْلكِتَابِ شَقِيًّا اَوْ مَحْرُوْمًا اَوْ مَطْرُوْدًا اَوْ مُقْتَرًّا عَلَىَّ فِى الرِّزْقِ فَامْحُ
اَللّٰهُمَّ بِفَضْلِكَ فِيْ اُمِّ اْلكِتَابِ شَقَاوَتِي وَحِرْمَانِي وَطَرْدِي وَاِقْتَارَ رِزْقِي وَاَثْبِتْنِىْ عِنْدَكَ فِي اُمِّ اْلكِتَابِ سَعِيْدًا مَرْزُوْقًا مُوَفَّقًا لِلْخَيْرَاتِ فَإِنَّكَ قُلْتَ وَقَوْلُكَ اْلحَقُّ فِى كِتَابِكَ الْمُنْزَلِ عَلَى نَبِيِّكَ الْمُرْسَلِ يَمْحُوْ اللهُ مَا يَشَاءُ وَيُثْبِتُ وَعِنْدَهُ اُمُّ اْلكِتَابِ


وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى اٰلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ


Doa Nisfu Syaaban rumi : Allahumma yaa dzalman-na wa laayamun-nu ‘alaihi yaadzaljalaali wal ikraam, yaadzaath thu-li wal in’aami, laa ilaaha illaa anta zhahrallajiinaa, wa jaaralmus tajiiriina wa amaanal khaaifiin. Allahumma inkunta katabtanii ‘indaka fii ummil kittabi syaqiyaan au mahruuman au muqtarran ‘alayya firrizqi. Famhu allahumma fi ummil kitabi shaqowati wahirmani waqtitaro rizqi. Waktubni ‘aindaka sa ‘a iddan marzuqon muqaffaqon lilkhoirro ti fainnaka qulta waqaw lukal haqqu fi kitabikal munzali ‘ala lisani nabiyyikal mursali. Yamhumullahu ma ya shau qa yusbitu wa ‘aindahu ummulkitabi. Washollallaahu’alaa sayyidinaa Muhammadin wa-alihi washohbihii wassallam, walhamdulillahi rabbil’alamiin

Maksudnya :
“Wahai Tuhanku yang Maha Pemberi, Engkau tidak memerlukan pemberian. Wahai Tuhan Pemilik Kebesaran dan Kemuliaan. Wahai Tuhan pemberi segala kekayaan dan segala nikmat. Tiada Tuhan selain Engkau, kekuatan orang yang meminta pertolongan, lindungan orang yangmencari perlindungan, dan tempat yang aman bagi orang yang ketakutan. Tuhanku, seandainya Engkau mencatatkan bagi diriku di sisi-Mu pada Luh Mahfuzh sebagai orang yang sengsara atau orang yang sempit rezeki, maka hapuskanlah catatan itu. Sebaliknya, catatkanlah aku di sisi-Mu sebagai orang yang bahagia, murah rezeki dan memperolehi taufiq-Mu untuk berbuat kebaikan. Sesungguhnya Engkau telah berfirman dan bahawasanya firman-Mu adalah benar di kitabmu yang diturunkan melalui ucapan Rasul utusan-Mu. Allah menghapus dan menetapkan apa yang Dia kehendaki. Di sisi-Nya Luh Mahfuzh. Semoga Allah memberikan selawat kepada Sayyidina Muhammad SAW dan keluarga berserta para sahabatnya. Segala puji bagi Allah SWT.”

Tags

Post a Comment

0Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment (0)