Telefilem Baju Berkancing Peniti (TV3)

Azhafizah MN
By -
0
Baju Berkancing Peniti, telefilem Cerekarama TV3 ulang siaran pada hari Sabtu, 18 Mac 2023 pukul 10:00 malam di TV3. Telefilem Baju Berkancing Peniti , sebuah telefilem berkisarkan tentang kisah cinta sejati arahan Raja Ahmad Alauddin yang dibintangi pelakon-pelakon hebat seperti Datuk Rahim Razali, Normah Damanhuri, Lisdawati, Fauzi Nawawi, Nabila Huda dan ramai lagi. 

TELEFILEM BAJU BERKANCING PENITI

Waktu siaran : Sabtu, 18 Mac 2023, pukul 10:00 malam
Siaran TV : Slot Cerekarama TV3
Penulis skrip : Azlina Pa'wan
Pengarah : Raja Ahmad Alauddin
Produksi : Country & Universal Sdn. Bhd.

telefilem baju berkancing peniti full movie tv3 online

PELAKON DAN WATAK

  • Datuk Rahim Razali sebagai Usup
  • Normah Damanhuri sebagai Cik Om
  • Lisdawati
  • Fauzi Nawawi
  • Nabila Huda
  • Hafeez Mikail
  • Aisya Hasna
  • Amirul Faqeem DFKL

SINOPSIS TELEFILEM BAJU BERKANCING PENITI

Kisah tentang Usup (Datuk Rahim Razali) dan Cik Om (Normah Damanhuri), pasangan yang saling mencintai umpama belangkas yang tidak dapat dipisahkan meskipun sudah mencecah usia 65 tahun. 

Perasaan cinta dan kasih sayang mereka tidak pernah pudar. Bagi Usup, Cik Om tetap kelihatan jelita walaupun sudah berusia dan kuat berleter. Cik Om pula pasti akan merindui Usup jika berjauhan.

Setiap kali Usup demam atau cuma pening kepala, Cik Om akan berasa amat susah hati dan memberitahu Usup supaya ‘jangan mati dahulu’ kerana dia tidak berani untuk membayangkan bagaimana hendak meneruskan hidup tanpa Usup di sisinya. 

Begitu juga dengan Usup. Segala urusan hidupnya dari segi makan, minum dan pakaian memang sudah biasa diuruskan oleh Cik Om. Malah, dia hanya akan memakai baju-baju yang dijahit isterinya.

Kehidupannya mula berubah apabila Cik Om meninggal dunia semasa menjahit pakaian untuknya. Baju kemeja yang telah siap dijahit tanpa butang itu menjadi kenangan terakhir bagi Usup terhadap isteri kesayangannya itu. 

Selepas kematian isterinya, Cik Om. Usup tinggal bersendirian di rumah pusaka itu kerana banyak kenangan bersama isterinya di situ. Usup berat hati untuk berjauhan dengan kubur isterinya walaupun anak-anaknya menyuarakan pendapat agar Usup menjual sahaja rumahnya itu.

Akhirnya Usup berpindah ke Kuala Lumpur atas pujukan anak-anaknya yang risau tentang keadaannya yang tinggal berseorangan di rumah. Setelah duduk bersama dengan anak-anaknya, satu kejadian telah berlaku di rumah anak perempuannya, Arba’yah. 

Usop merasakan dirinya hanya akan menyusahkan keluarga anak-anak dan menantunya. Dengan perasaan rindu akan Cik Om, Usup melangkah keluar dari rumah anaknya tanpa pengetahuan mereka dengan memakai baju terakhir yang dijahit oleh isterinya dan mengancingkan bajunya itu dengan jarum peniti.

Bagaimanakah kehidupan Usup selepas itu? Saksikan pengakhiran kisahnya di Slot Cerekarama TV3.

Post a Comment

0Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment (0)