Gadgets

Keputusan Juara Dan Senarai Pemenang The Masked Singer Malaysia Musim Ke-3

Terjawab sudah teka teki siapakah penyanyi misteri disebalik topeng di malam Final The Masked Singer Malaysia Musim 3. Pentas Akhir The Masked Singer Malaysia 3 telah berlansung pada hari Jumaat, 3 Mac 2023, pukul 9:00 malam di saluran 107 Astro Warna dan AstroGO.

FINAL THE MASKED SINGER MALAYSIA 3 (TMSMY3)

Venue : Putrajaya International Convention Centre (PICC).
Waktu siaran : Jumaat, 3 Mac 2023, pukul 9.00 malam
Siaran TV : Astro Warna HD dan distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO, Sooka
Pengacara/hos : Datuk AC Mizal
Juri The Masked Singer Malaysia 3 : Ella Aminuddin, Elly Mazlein, Zul Ariffin,, Sharnaaz Ahmad, Shuib Sepahtu, Emma Maembong, Didie Alias dan Atu Zero

The Masked Singer Malaysia 3 telah bersiaran selama 11 minggu yang dihoskan oleh Dato' AC Mizal sudah pun berakhir. Pada Malam Final The Masked Singer Malaysia 3 menampilkan 5 orang peserta yang berjaya ke peringkat akhir iaitu Beta Fish, Nyoq Muda, Brokoli, Dewi Angsa dan Pizza Panas.

Pada malam Final The Masked Singer Malaysia 3, Setiap peserta akan membuat persembahan dengan 2 tugasan iaitu nyanyian solo dan duet. Persembahan peserta diadili oleh 8 orang juri iaitu Ella Aminuddin, Elly Mazlein, Zul Ariffin,, Sharnaaz Ahmad, Shuib Sepahtu, Emma Maembong, Didie Alias dan Atu Zero serta juri tambahan, Misha Omar.

Final The Masked Singer Malaysia 3 (3 Mac 2022)
Persembahan solo
Betta Fish : Titanium (David Guetta ft Sia)
Dewi Angsa : Ikut rentakku (Jaclyn Victor)
Piza Panas : Hilang naluri (Once Mekel)
Nyoq Muda : Bukan rayuan gombal (Judika)
Brokoli : My heart will go on (Celine Dion)

Persembahan duet
Betta Fish ft Marsha Milan : Salam Terakhir (Dato' Sudirman)
Brokoli ft Ernie Zakri : Senja nan merah (Dato' Awie & Ziana Zain)
Piza Panas ft Amir Masdi : Sri kandi cintaku (Bloodshed)
Nyoq Muda ft Idris Brown : Regresa a Mí (Il Divo)
Mawar Berduri vs Betta Fish : Heart Attack (Demi Lovato)
Dewi Angsa ft Sophia Liana : Penasaran (Krisdayanti)

9 peserta yang telah tersingkir adalah :
  • Lollipop (Datuk Leong Mun Yee)
  • Abang Burger (Datuk Malek Noor)
  • Kurita (Liza Abdullah)
  • Manggis (Dato' Jalaluddin Hassan)
  • Zirafah (Norman Hakim)
  • Si Tangkis (Amsyar Lee)
  • Bertih jagung (Zizi Kirana)
  • Mawar Berduri (Idayu AF)

Senarai Pemenang The Masked Singer Malaysia Musim Ke-3

senarai pemenang the masked singer malaysia 3

Juara : Betta Fish (Ayda Jebat) 
Naib Juara : Nyoq Muda (Syamel)
Tempat ketiga : Pizza Panas (Han Byul)
Tempat keempat : Dewi Angsa (Mimi Fly)
Tempat kelima : Brokoli (Hael Husaini) 

Kesemua peserta diteka dengan betul oleh semua juri. Syabas para juri sekalian.

baca juga
Juara The Masked Singer Malaysia 1 : Aina Abdul
Juara The Masked Singer Malaysia 2 : Shila Amzah

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.