Drama Bukan Puteri Lindungan Bulan (TV3)

Azhafizah MN
By -
0
Bukan Puteri Lindungan Bulan, sebuah drama melayu bersiri 40 episod adaptasi novel Bukan Puteri Lindungan Bulan karya Liana Afiera Malik lakonan Janna Nick, Hisyam Hamid, Amar Baharin, Niena Baharun, Afifah Nasir dan ramai lagi.

Drama Bukan Puteri Lindungan Bulan episod 1 mula bersiaran pada 21 Mac 2023 pukul 10:00 malam di Slot Samarinda TV3. Bukan Puteri Lindungan Bulan akan bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat.

DRAMA BUKAN PUTERI LINDUNGAN BULAN

Jumlah episod : 40
Mula siaran : 21 Mac 2023
Waktu Siaran : Isnin-Khamis, pukul 10:00 malam
Siaran TV/ Platform penstriman : Slot Samarinda TV3
Penulis skrip : Eenaz Mokhtar
Pengarah : Mohd Fazli Yahya @Pali Yahya
Produksi : Global Station Sdn. Bhd.

Drama Bukan Puteri Lindungan Bulan TV3 online

PELAKON DAN WATAK 

  • Janna Nick sebagai Lara
  • Hisyam Hamid sebagai Zafir
  • Amar Baharin sebagai Zakuan
  • Niena Baharun sebagai Farah
  • Afifah Nasir sebagai Sabrina
  • Shah Iskandar sebagai Lukman
  • Zarina Zainuddin sebagai Datin Fariza
  • Azhar Amir
  • Nasz Sally
  • Danish Iskandar

SINOPSIS DRAMA BUKAN PUTERI LINDUNGAN BULAN

Mengisahkan tentang Larasati Aisya seorang gadis yang berjiwa besar, hidup dalam penuh kemewahan tetapi penuh pancaroba. Lara terpaksa berhenti daripada pelajaran kerana perlu menguruskan perniagaan arwah bapanya.

Ibunya, Datin Fariza telah berkahwin dengan sahabat rapat bapanya membuatkan Lara berjauh hati dan renggang dengan ibunya. Mempunyai teman lelaki bernama Zafir seorang yang penyayang serta sangat memahami diri Lara.

Lara mempunyai seorang abang iaitu Luqman Aliff (Luke). Perkahwinan Lukman Alif dengan Sabrina mencetuskan konflik antara Lara dan kakak iparnya itu yang digambarkan sebagai seorang yang materialistik serta curang.

Lara amat tidak sebulu dengan beliau apatah lagi selepas Sabrina sama-sama bekerja di syarikat Lara. Sabrina mempunyai hubungan intim dengan Zakuan.

Peristiwa Lara diperkosa oleh Zakuan telah membawa kepada pernikahan Lara dan Zafir. Ketika mengandung muncul pula kekasih lama Zafir, Tengku Farah yang membawa kepada pernikahan mereka berdua. Kemuncak cerita Zafir terpaksa berpisah dengan Lara atas desakan Farah.

Post a Comment

0Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment (0)