Hari pertama berpuasa, cuaca mendung. Alhamdulillah, kurang sikit dugaan berpuasa berbanding kalau cuaca panas. Stok barang dapur pula kehabisan. Segala jenis binatang dah pupus dalam peti ais. Yang ada hanya telur je.
Petang baru encik suami membeli barang dapur. Dapat lah bawa balik ikan cencaru, ikan kerisi, ikan kembung dan udang. Ramai betul umat manusia membeli barang kata encik suami. Agaknya masing-masing pun baru nak topup barang dapur macam kami.
Alang-alang beli ikan cencaru tu, jomlah kita masak ikan bakar cencaru bersambal untuk menu berbuka hari pertama.
Resepi ikan cencaru bakar sambal
Ikan cencaru perasakan dengan garam dan serbuk kunyit. Saya masak ikan cencaru bakar guna kuali je. Bakar dalam honeycomb non stick pan, letak minyak sikit.Tutup kuali untuk cepat masak. Terbalikkan bila sebelah dah masak. Bila hampir masak tu baru curahkan pes sambal ikan bakar ready stok yang dah saya siapkan awal-awal.
Bila dah ada pes ni senang kerja nak masak ikan bakar bersambal. Untuk sayur pula, sediakan butterhead lettuce je sebagai ulaman. Senang kerja saya sediakan menu untuk berbuka. Yang ringkas dan mudah-mudah je sudah.Resipi pes Ikan Bakar
3 biji bawang besar*4 ulas bawang putih*
3 batang serai*
2 inci halia*
2 inci lengkuas*
2 biji buah keras*
1/4 sudu camca serbuk kunyit
Minyak masak
Air secukupnya
garam
gula
sos tomato
sos cili
cili kisar
Cara penyediaan pes ikan bakar
- Kisar bahan bertanda *.
- Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sampai garing sikit. Masukkan cili kisar, sos cili, sos tomato, serbuk kunyit, garam dan gula. Kacau rata dan biarkan bahan garing sikit lagi.
- Masukkan air, kacau rata dan biarkan sampai pecah minyak. Agak agak hampir kering boleh tutup api, angkat dan biarkan sejuk sebelum simpan dalam bekas.
- Dah simpan dalam bekas, jangan lupa simpan dalam peti ais untuk tahan lama. Nak masak tinggal ambil je.
Selamat berbuka puasa yang pertama.
ReplyDeleteAlhamdulillah.
DeleteSedapnyaaa
ReplyDeleteSelamat berpuasa kak
Alhamdulillah. menepati selera sendiri.
DeleteSelamat berpuasa Rabia dan keluarga.
simple janji mengenyangkan
ReplyDeleteAlhamdulillah..ye, betul tu Kak Dana. Janji ada makanan.
DeleteWah Fiza siang ikan secara kupu-kupu. Hehe lauk bersambal memang laku. Sini semalam panas betul.
ReplyDeleteSenang siang macam tu kak. Cepat masak gitu. Betul betul, lauk bersambal memang laku. Ohh sana panas ye. Sini mendung, harini hujan lebat.
DeleteAlhamdulillah.
ReplyDeleteRezeki di hari pertama berpuasa di bulan Ramadan.
Alhamdulillah..syukur.
Deleteselamat berbuka.. alhamdulillah..simple but menyelerakan
ReplyDeleteAlhamdulillah..ringkas ringkas je mudah dan sedap.
DeleteSelamat berbuka kak.
Sedap ni .
ReplyDeleteAlhamdulillah..menyelerakan.
Delete