Earth Hour 2023, Bergelap Selama 1 Jam

Earth hour 2023 di Malaysia pada hari Sabtu, 25 Mac 2023 akan menyaksikan kegelapan selama 1 jam (one earth hour) bermula pukul 8:30 malam sehingga 9:30 malam. Inilah masanya untuk kita padamkan lampu bergelap tanda peduli merayakan kempen Earth hour walau dimana juga berada.

Tahun lepas, Earth hour 2022 diraikan pada 16 Mac 2022 pada waktu yang sama.

earth hour 2023 poster
sumber : google

Apakah Earth Hour

Earth Hour dikendalikan oleh WWF Australia dan Sydney Morning Herald pada 2007 dan mendapat sokongan dunia pada 2008. Kempen Earth Hour disambut pada hari Sabtu terakhir bulan Mac setiap tahun. Jadi pada tahun ni, hari Sabtu terakhir bulan Mac adalah pada 25 Mac 2023.

Earth Hour telah menjadi acara tahunan yang diadakan oleh Tabung Alam Sedunia (WWF) bagi memberikan kesedaran tentang perlunya melakukan sesuatu dari sekarang demi menyelamatkan bumi daripada musnah dengan lebih cepat.

Bagi menyokong kempen Earth Hour, warga dunia disarankan untuk mematikan lampu dan peralatan elektrik yang tidak digunakan selama satu jam untuk membangkitkan kesedaran ke atas perubahan iklim dan pemanasan global.

Kepentingan Earth Hour

Kempen Earth Hour bukan sekadar padam lampu selama sejam mahupun acara bersuka ria. Tapi ia lebih kepada misi menyampaikan kesedaran dan mendidik masyarakat betapa pentingnya perubahan iklim dan pemanasan global.

Mungkin selama ini warga dunia kurang sedar tentang bekalan kuasa yang digunakan dalam kehidupan seharian. Akibat terlalu selesa dengan kepentingan diri sehingga lupa ambil peduli tentang perubahan iklim dan kehilangan sumber alam semula jadi.

Walaupun kempen ni hanya 1 jam, sekurang kurangnya Earth Hour mampu meninggalkan kesan baik pada bumi secara tidak langsung. Itulah motifnya.

Earth Hour bukanlah acara untuk berssuka ria saeperti berhimpun, berpesta dan bergembira atau suka-suka duduk bergelap selama satu jam sehari dalam setahun. Ia lebih besar daripada itu. 

Ia adalah aktiviti yang seharusnya mengingatkan kita tentang gaya hidup yang kurang selesa demi masa depan anak cucu kita akan datang. Seharusnya ia menjadi acara yang membuka mata warga bumi semua. Ia adalah peringatan tentang penggunaan tenaga serta keperluan kepada tenaga yang diperbaharui.

earth hour activities



4 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.