Jadual Perlawanan Siaran Lansung Suku Akhir Piala Dunia FIFA Qatar 2022 Waktu Malaysia

Perlawanan pusingan 16 terbaik Piala Dunia FIFA Qatar 2022 berakhir pada 7 Disember 2022. Kemudian, perlawanan Piala Dunia FIFA Qatar 2022 akan berehat sehari pada 8 Disember 2022. Pusingan Suku Akhir Piala Dunia FIFA Qatar 2022 diteruskan pada hari Jumaat, 9 Disember 2022 dan berakhir pada 11 Disember 2022. 

Pusingan Suku Akhir Piala Dunia FIFA Qatar 2022

Dalam pusingan suku akhir Piala Dunia FIFA Qatar (FIFA World Cup Qatar 2022™) akan melibatkan 4 perlawanan dimana hanya 8 pasukan sahaja yang layak ke peringkat suku akhir. 

Perlawanan Suku Akhir Piala Dunia FIFA Qatar 2022 akan melibatkan empat stadium iaitu Stadium Education City, Lusail Iconic, Al Thumama dan Al Bayt.

Suku Akhir Piala Dunia FIFA Qatar 2022 Waktu Malaysia
4 perlawanan, 8 pasukan berentap dalam suku akhir Piala Dunia FIFA Qatar 2022

Pasukan yang layak ke Suku Akhir Piala Dunia FIFA Qatar 2022

  • Netherlands
  • Argentina
  • England
  • Croatia
  • Brazil
  • Morocco
  • Portugal

8 Pasukan yang layak ke pusingan suku akhir ini akan bersaing bagi merebut tempat ke pusingan Separuh Akhir Piala Dunia FIFA Qatar 2022 pula. Dalam pusingan Suku Akhir Piala Dunia FIFA Qatar 2022 ini juga berkonsepkan perlawanan kalah mati tanpa timbal balik. 

Perlawanan pada peringkat suku akhir, hanya akan berlansung pada 2 waktu sahaja iaitu pada pukul 11:00 malam dan 3:00 pagi waktu Malaysia sama seperti Pusingan 16 terbaik. 

baca juga : jadual Piala Dunia 2022 RTM dan Astro waktu Malaysia

Pasukan yang berjaya memenangi perlawanan dalam pusingan suku akhir, automatik akan layak ke pusingan Separuh Akhir yang dijadualkan berlangsung pada 14 dan 15 Disember 2022. Kemudian perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat.

Tonton perlawanan Suku Akhir Piala Dunia FIFA Qatar 2022 secara langsung menerusi saluran Astro dan RTM selaku penyiar rasmi  FIFA World Cup Qatar 202. Semak jadual perlawanan di bawah.

Jadual Perlawanan Siaran Lansung Suku Akhir Piala Dunia FIFA Qatar 2022 Waktu Malaysia

Jumaat, 9 Disember 2022
AET : Croatia 1 (P:4) - 1 (P:2) Brazil
 Neymar 105+1' 
 Petkovic 117' 
Waktu siaran : 11:00PM
Siaran TV : RTM (TV2, TV Okey), Astro FWC 825
Venue : Stadium Education City

Sabtu, 10 Disember 2022
AET : Netherlands 2 (P:3) - 2 (P:4) Argentina
 Nahuel Molina 35' 
 Lionel Messi 73' P 
 Wout Weghorst 83', 90+11' 
🟥 Denzel Dumfries 128' 
Waktu siaran : 3:00AM
Siaran TV : Astro FWC 825
Venue : Stadium Lusail Iconic

FT : Morocco (1) - (0) Portugal
 Youssef En-Nesyri 42' 
🟥 Walid Cheddira 90+3' 
Waktu siaran : 11:00PM
Siaran TV : Astro FWC 825
Venue : Stadium Al Thumama

Ahad, 11 Disember 2022
FT : England(1) - (2) France
 Aurélien Tchouaméni 17' 
 Harry Kane 54' 
 Olivier Giroud 78' 
Waktu siaran : 3:00AM
Siaran TV : Astro FWC 825
Venue : Stadium Al Bayt

Pusingan Separuh Akhir

Rabu, 14 Disember 2022
FT : Argentina (3) - (0) Croatia
Lionel Messi 34' (P)
Julian Alvarez 39', 69'
Waktu siaran : 3:00AM
Tayangan : TV2, TV Okey dan Astro FWC 825
Venue : Stadium Lusail Iconic

Khamis, 15 Disember 2022
FT : France (2) - (0) Morocco
Theo Hernández 5'
Randai Kolo Muani 79'
Waktu siaran : 3:00AM
Saluran TV : TV2, TV Okey dan Astro FWC 825
Venue : Stadium Al Bayt

Sabtu, 17 Disember 2022
Penentuan tempat ketiga dan keempat
FT : Croatia (2) - (1) Morocco
 Joško Gvardiol 7'
 Mislav Oršić 42'
 Achraf Dari 9'
Waktu siaran : 11:00PM
Siaran TV : TV2, TV Okey dan Astro FWC 825
Venue : Stadium Khalifa International di Doha

Final Piala Dunia FIFA Qatar 2022

Ahad, 18 Disember 2022
AET : Argentina (3)(P:4) - (3)(P:2) France
  Lionel Messi 23' (P), 108' 
  Angel Di María 36' 
  Kylian Mbappe 80' (P), 81', 118' (P)
Waktu siaran : 11:00PM
Siaran TV : TV2, TV Okey dan Astro FWC 825
Venue : Lusail Stadium

10 comments:

  1. Ala.. Tak minat bola tapi cam best je nak teka siapa menang.. kikiki..

    ReplyDelete
  2. Semua pun sengit. Malam ni takde game so rilek sikit

    ReplyDelete
  3. wak tgk highlights je keesokkan harinya., hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senangkan wak, kejap je tengok. Stress tengok dua game ni extra time sampai ke penalti.

      Delete
  4. Replies
    1. Drag sampai subuh tengok..huhu...tengok malam ni ngan pagi esok lak.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.