Bau Gingham Bath & Body Works Wangi Betul!

Wangian bodycare Bath & Body Works semua bau wangi-wangi. Nama pun minyak wangi kan. Memanglah wangi. Rambang mata kalau nak pilih body mist Bath & Body Works ni. Baca dari review di media sosial, ramai yang suka dan suggest  blue Gingham Bath & Body Works body mist.

Maka, saya belilah travel size 75ml. Haritu konon tak nak beli sebab yang sedia ada tak habis-habis pakai lagi. Siap saya repack body mist untuk bawa travel bagi cepat habis selain pakai hari-hari di rumah.

Ini semua kakak saya punya pasal lah. Disebabkan nak belikan dia punya, saya pun terbeli lagi. Bukan satu tapi 3! Sebab nampak buy 3 free 1. Sekali harga biasa semuanya. Tak faham kadang. Dekat store dan online sale lain-lain.

Ataupun saya silap tengok items yang sale. Entahlah! Benda dah bayar, kita redha je lah. Dulu Gingham ni ada warna biru je, sekarang dah ada Gingham love warna merah. Ke dah lama sebenarnya?

gingham bath and body works

Sebelum membeli, cuba tester dulu. Okay bau dia ngam dan tak menusuk hidung. Just nice bau Gingham ni. Gingham Bath & Body Works smells like floral and sweet. Bau yang mesra deria bau. Pakai sikit-sikit pun dah bau harum semerbak. 

Aroma Gingham Bath & Body Works sesuai untuk lelaki dan perempuan. Untuk kakak, saya belikan a thousand wishes 236 ml dan untuk anak buah lelaki saya belikan Gingham saiz besar,236ml. Saya punya je beli travel saiz. Buat ghaso ghaso gitu.

Aroma Gingham Bath & Body Works

Soft floral & fresh. Notes of blue freesia, sweet clementine & soft violet petals. A fresh, vibrant, happy celebration of everything you love about Bath & Body Works in our irresistible, long-lasting mist.

Sekarang tengah ada sale online. Jangan tengok lama-lama nanti terbeli lagi. 

10 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

  1. Suka jugak Gingham ni tapi lagi suka Bubbly Rose & Dahlia. Bilalah BBW nak buat sales giler2 macam zaman lps PKP dulu, zaman duit tak habis pakai 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baik, nanti boleh cuba Bubbly Rose dan Dahlia pulak. Tak jumpa pulak dalam website. Best betul sale gila²..kita naik gila tengok harga murah.

      Delete
  2. Baiklah tak nak tengok lama-lama ghiisau terbeli hehehehe...

    ReplyDelete
  3. tak pernah try blue gingham ni... nnt nak try juga laaa

    ReplyDelete
  4. macam2 nama skrg ni... tak terikut pulak rasanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Ammi. Terlalu banyak...pilih mana berkenan je lah :)

      Delete
  5. Suka kalau bau floral ini dia tak menusuk sangat..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال