Header Ads

KMT Hansung Tea Honey Lemon Dan Pomegranate


Encik suami batuk dah seminggu lebih. Beli ubat batuk, tak berkesan pula. Teringat ada TikTokers review KMT Hansung Tea Honey Lemon. Katanya bagus untuk legakan batuk atau tekak tak selesa masa post COVID-19.
 
Maka, kami pun membeli lah KMT Hansung Tea. Selepas saya google, ada jual KMT Hansung Tea di Pandamart Seremban. Kami pun pergilah kesana. Baru tahu Pandamart tak boleh walk in. Kah! Itulah tak cakna. Barang tak dapat, penat yang dapat.

Selain Pandamart, encik suami kata ada jual di AEON dan Jaya Grocer. Jomlah kita ke AEON Seremban 2 pula. Sampai-sampai terus mencari di rak-rak. Yang ada cuma perisa honye plum je tak silap. Terlajak laris betul ye KMT Hansung Honey lemon ni.

Dah tak ada kat AEON, tak pasal-pasal kena tuju ke Jaya Grocer Mesa Mall Nilai. Buat pertama kalinya jejak kaki ke Mesa Mall. Sebelum ni hanya pernah order drive thru Starbucks je. Ada hikmahnya lah cari KMT Hansung Tea lansung dapat jejak sini. Padahal dah lama juga Mesa Mall bertapak kat sini.

Cari-cari tak jumpa juga, akhirnya putus asa lalu bertanya pada staff. Lahhh..rupanya ada, kami yang tak perasan! Tu diaa...ada banyak stok! Macam-macam perisa ada.

Jenis perisa KMT Hansung Tea

  • Honey lemon
  • Honey citron
  • Honey jujube
  • Honey pomegranate
  • Honey ginger
  • Honey aloe
  • Passion fruit hanrabong
  • Plum

kmt hansung honey tea

Harga KMT Hansung di Jaya Grocer RM41.90, pomegranate je RM39.90. Harga di AEON, saya sempat belek murah sikit RM35-RM37 macam tu. 

Dah ada depan mata, kita beli je lah dari tak dapat apa-apa. Berbalik semula kepada tujuan utamanya. Kami beli honey lemon dan juga pomegranate untuk saya. 

kmt honey lemon benefits

Nampak macam botol kecil je tapi botol dia besar. Berat 1.15KG. Untuk honey lemon ni didatangkan sekali dengan hirisan buah lemon. Tapi pomegranate tanpa hirisan buah. Buah delima, mana nak ada sangat isinya kan. Dapat patinya saja.

kmt hansung honey tea pomegranate

KMT Hansung tea

KMT Hansung tea adalah sejenis teh istimewa lain dari yang lain. Bukan macam jenis uncang yang kita biasa nampak. Hansung tea ada khasiatnya tersendiri. Diperbuat daripada buah dan madu yang berkualiti tanpa bahan pengawet. Bebas daripada pewarna tiruan dan selamat untuk dimakan. 

KMT Hansung tea ni bukan sekadar untuk kesihatan. Untuk kesihatan tu kira sampingan lah. Boleh dijadikan sebagai air minuman samada dicampurkan dalam air sejuk atau air panas. Boleh dijadikan sebagai jem untuk roti, topping yoghurt, salad, overnight oats dan sebagainya.

kmt hansung tea serbaguna

KMT Hansung tea honey lemon

Sedia maklum kita tahu buah lemon dan madu sangat bagus untuk sakit tekak. Melegakan tekak dari batuk yang tak elok-elok.

Dia bukan boleh baik terus tapi melegakan tekak, at least! Ye, memang betul. Lepas amalkan minum KMT Hansung honey lemon ni, encik suami kata lega sikit rasa tekak tu. Batuk pun dah kurang. Kalau tidak, kejap kejap batuk.

Hansung honey lemon tea memang sedap dibancuh dengan air panas ataupun air sejuk. Masam manis yang sedap. Siapa suka minum air lemon madu, kena beli ni. Sambil minum boleh kunyah hirisan buah lemon dipotong nipis-nipis berserta kulitnya.

Sedap juga ye kunyah kulit lemon ni bila dah bercampur dengan lemon. Rasa macam tu ada tapi tak keterlaluan. acceptable! 

KMT Hansung tea honey pomegranate

Untuk Hansung tea honey pomegranate pula sedap dibancuh dengan air sejuk. Lepas tu buat jem roti pun sedap sangat. 

Berkali kali kami ulang minum. Sedap sangat lah pula. Nampaknya kena buat stok KMT Hansung tea ni. Harga mahal tu tak boleh nak kata apa sebab harga bahan asasnya pun dah mahal. Untung lagi beli dah siap ni. Sedap pun sedap. Berkhasiat juga. 

14 comments:

  1. Tengok macam bukan teh sebab boleh oles pada roti.
    Unik pula.
    Hehe pengaruh Tik Tok. Apabila baca baru tahu.
    Jauh mencari. Nasib baik jumpa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teh senang bancuh macam pati/jus. Mujur juga ada stoknya.

      Delete
  2. ramai yg review ckp sedap&bagus..nk juga try beli tapi belum beli2 lagi haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah. Baca review banyak bagi positive feedback. Itu yang beli jugak tu. Boleh beli kat AEON atau Jaya Grocer kak.

      Delete
  3. Saya pernah beli tea macam nih di Seoul. Memang sedap, tapi brand nya seingat saya beda dengan KMT. Rasanya segar memang kalo dibuat minuman, dan saya suka karena ada irisan kulitnya tuh. Menyesal sangat beli 1 🤣. Tapi kalo nanti ke KL, nak beli lah kmt, lebih dekat daripada harus ke Seoul 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, segar dan enak dibuat minuman. Makan begitu sahaja pun dah sedap macam jem. hehe..datang ke KL boleh cari di Jaya Grocer atau AEON ye :)

      Delete
  4. Sha pun adaniat nak beli.. Dah bubuh dalam shopee cart tapi asyik lupa nak check out je.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun masih ada dalam bakul shopee lagi. hehe..beli terus di store cepat sikit dapat. Nak pos risau botol pecah sebab kaca, berat dan besar boleh tahan.

      Delete
  5. tq share..ammi pun nak cari ubat legakan batuk gatal ni.. kadang2 bila dah batuk taknak berhenti sampai rasa sakit je kat abdomen

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba ni Ammi. Mana tahu boleh kurangkan sakit tekak tu.

      Delete
  6. nak beli jugalah sbb mama sy dah sebulan batuk batuk..tambah pula dia x nak pegi klinik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cubalah Anies. Mana lah tahu lega sikit tekak makan madu dan lemon ni.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.