Header Ads

Filem Badi (Astro Citra)


Tonton Filem Badi di saluran 108 Slot Citra Exclusive Astro Citra HD pada hari Sabtu, 3 Disember 2022, pukul 9:00 malam dibintangi pelakon Azwan Kombos, Adibah Yunus, Hanif Safuan, Sharisa Haris dan Navilyna Husna dan ramai lagi. Boleh juga tonton Filem Badi strim di Astro GO atau UltraBox!

Filem Badi merupakan sebuah filem genre seram arahan Eyra Rahman terbitan Metrowealth Pictures yang ditayangkan pada 15 Oktober 2015 yang lalu.

FILEM BADI
Waktu siaran : Sabtu, 3 Disember 2022, pukul 9:00 malam
Siaran TV : Slot Citra Exclusive Astro Citra , strim di Astro GO atau UltraBox
Pengarah : Eyra Rahman
Produksi : MIG Pictures Sdn. Bhd.
Genre : Seram

tonton telefilem badi astro citra full movie online
Badi, yang mati belum tentu pergi

PELAKON FILEM BADI

Adibah Yunus sebagai Sarah
Azwan Kombos sebagai Joe
Hanif Safuan sebagai Faiz
Sharisa Haris sebagai Tania
Navilya Husna sebagai Kila
Rashidah Jaafar sebagai Mek Nak

SINOPSIS FILEM BADI

Joe (Azwan Kombos), Faiz (Hanif Safuan), Tania (Sharisa Haris) dan Kila (Navilya Husna) merupakan pelajar perubatan yang sedang menjalani latihan praktikal di sebuah hospital. Mereka telah diberi tugasan untuk menjalankan pemeriksaan anatomi terhadap mayat seorang bidan yang telah mati iaitu Mek Nak (Rashidah Jaafar).

Semasa proses pemeriksaan dijalankan, keempat-empat pelajar ini telah melakukan banyak perkara yang melanggar etika seorang doktor dan sesama manusia. Salah seorang pelajar tersebut telah mengambil kesempatan dengan mencuri harta kepunyaan Mek Nak tanpa pengetahuan rakan-rakan lain.

Kesan daripada perkara tersebut, terjadilah beberapa perkara misteri selepas mereka terkena badi mayat “Mek Nak”.

4 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.