Siaran Langsung Vietnam Vs Malaysia Piala AFF 2022
Vietnam vs Malaysia merupakan perlawanan ketiga peringkat kumpulan B saingan Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 yang membabitkan pasukan Malaysia Harimau Malaya menentang pasukan Vietnam yang berlangsung pada hari Selasa, 27 Disember 2022 di Stadium My Dinh, Hanoi.
PIALA MITSUBISHI ELECTRIC AFF 2022
Vietnam vs MalaysiaTarikh perlawanan : Selasa, 27 Disember 2022
Waktu siaran lansung : 8:30 malam
Venue : Stadium My Dinh, Hanoi
![]() |
sumber : FAMalaysia |
FT : Vietnam (3) - (0) Malaysia



Berdasarkan ranking terkini daripada Persekutuan Bola Sepak Dunia [FIFA], pasukan Malaysia berada dikedudukan ke-145 dunia manakala pasukan Laos di ranking ke-96 dunia.
Diharapkan skuad Harimau Malaya memperoleh kemenangan ketiga peringkat kumpulan B untuk melayakkan Malaysia ke peringkat separuh akhir bagi meneruskan cabaran memburu kejuaraan Piala AFF Mitsubishi Electric 2022.
Ulasan Perlawanan Vietnam (3) -(0) Malaysia
HANOI, 27 Disember - Skuad Harimau Malaya mengalami kekalahan pertama dalam aksi kumpulan B selepas tumpas 0-3 kepada tuan rumah, Vietnam.
Perlawanan yang belangsung di Stadium My Dinh, Hanoi malam tadi turut menyaksikan kedua-dua pasukan hilang seorang pemain akibat dilayang kad merah.
Vietnam meraih gol pembukaan pada minit ke-28 menerusi tandukan Nguyen Thien Linh hasil sepakan sudut.
Juara dua kali itu kemudian terpaksa bermain dengan 10 orang selepas Nguyen Van Toan menerima kad kuning kedua kerana mengasari Dominic Tan pada minit ke-32.
Bagaimanapun situasi itu tidak meruntuhkan moral tuan rumah apabila meledak dua gol lagi pada babak kedua.
Skuad kendalian Park Hang Seo menambah gol selepas dihadiahkan sepakan penalti kontroversi yang menyaksikan pemain pertahanan negara, Azam Azmi dibuang padang pada minit ke-62.
Que Ngoc Hai tidak berdepan masalah untuk menyempurnakan sepakan penalti tersebut sebelum jaringan Nguyen Huang Duc minit ke-83 melengkapkan kemenangan Vietnam.
Kemenangan itu membolehkan Vietnam merampas kedudukan pendahulu Kumpulan B dengan mengumpul enam mata selepas dua perlawanan.
Malaysia dan Singapura yang juga mengumpul 6 mata berada di kedudukan kedua dan ketiga berikutan perbezaan jaringan. Singapura akan menentang Malaysia di Stadium Nasional di Bukit Jalil pada 3 Januari depan.—RTM
sesi mengecam pengadil jepun tak habis lagi smpi laa ni haihhh
ReplyDeleteKoyak terus reff tu sampai up ig story minta jangan dikecam.
DeleteLa.. ada sesi mengecam pengadil ke.. ish ish..
ReplyDeletedi media sosial KakSha. Habis reff kena kecam
Delete