Header Ads

Majlis Tanpa Pengantin Di Munir Avenue D'kampung Stay


Seperti yang dirancang, majlis anak buah berlansung di Munir Avenue D'kampung Stay. Majlis nikah dah selamat pada 5 November 2022 di Masjid Wilayah Persekutuan KL. Mengikut kebiasaan, majlis resepsi akan bermula sebelah pihak perempuan.

Oleh kerena tempat majlis sebelah perempuan tahun depan baru ada slot kosong, kita mulakan dulu dengan majlis sebelah pihak lelaki dulu lah. Mana-mana boleh, asalkan kedua dua majlis berjalan dengan lancar.

Malam sebelum majlis sempatlah saya tolong sikit siapkan goodies bag. Lepas siap, lansung terus ke hotel semula untuk penuhkan semula bateri tenaga. Mandi, solat terus lelap sampai subuh! Ikutkan kalau tidur tempat baru macam susah nak lelap. Tapi sebab penat, tidur pun tak tangguh-tangguh dah.

Lepas check out di Suite Dreamz Hotel terus gerak ke lokasi majlis di Munir Avenue D'kampung Stay. Beramah mesra kejap, lepas tu makan nasi minyak. 

nasi minyak kenduri kahwin di munir avenue d kampung stay
Nasi minyak lauk sambal jawa, ayam masak merah dan daging masak lemak cili api

Dah habis makan, sambung makan cendol pula. 

cendol kenduri kahwin di munir avenue d kampung stay

Cendol dah habis, giliran makan tapai.

tapai kenduri kahwin di munir avenue d kampung stay

Itu je menu yang sempat saya jamah. Biasalah kalau kenduri keluarga ni jarang nak selera makan macam-macam. Tambah pula perut buat hal, jauh selera tu pergi.

Bila berkumpul ramai-ramai dengan keluarga ni sambil makan sambil sembang. Begitulah sampai majlis habis. Bergambar sakan jangan dilupakan juga. Itu wajib! Tema baju untuk keluarga bertemakan warna soft grey dan rose gold.

Wedding di Munir Avenue D'kampung Stay
mak buah dan anak anak buah, 2 laki on market sorang dah jadi mak. Saya dah jadi nenek muda.

Wedding di Munir Avenue D'kampung Stay
terasa tua bila anak anak buah dah kahwin. Dua dua dah jadi isteri orang

Wedding di Munir Avenue D'kampung Stay
Pengantin lama tumpang pelamin

Tapi tak dapatlah ambil gambar dengan pengantin sebab anak buah positive COVID, kena kuarantin di rumah. Majlis kahwin tapi tak ada pengantin, macam tu lah cerita dia. Tapi tak apa, majlis tetap diteruskan juga dan diraikan. Yang penting jemput orang makan kenduri dan majlis berjalan dengan lancar.

Wedding di Munir Avenue D'kampung Stay
Wak Jeng penghibur majlis of the day!

Sedih pula majlis tak ada pengantin. Yang pasti pengantin lagilah sedih. Baju tergantung sepi dalam bilik. Paling tak ada empati, si MUA yang taknak refund duit pengantin. Dahlah anak buah bayar full. Benda kita tak boleh jangka kan.

Alhamdulillah majlis meriah, tetamu ramai yang hadir. Menarik juga buat majlis di Munir Avenue D'kampung Stay ni. Lengkap ada penginapan, dewan terbuka, ada pentas dan gazebo. Boleh buat majlis perkahwinan tema kampung.

Wedding di Munir Avenue D'kampung Stay
mak bapa pengantin tema orang dulu-dulu kononnya

Wedding di Munir Avenue D'kampung Stay
adik adik pengantin bersama doorgift untuk tetamu yang hadir

Munir Avenue D'kampung Stay
— Jalan Sekolah, Kampung Jenjarom, 42600 Jenjarom, Selangor

Settle majlis kahwin, kita pun tumpang penat juga. Belum sempat lagi berblogwalking. Minggu ni kena kayuh pelan-pelan.

16 comments:

  1. sedapnya nasi kenduri..tapai tu bungkus dalam daun apa tu fiza?
    kesiannya pengantin mak andam tu knp tak nak refund,maybe dia dah tolak job lain tapi mcm tak adil la kan..kalau boleh postponed tarikh boleh makeup utk photoshoot outdoor

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasi kenduri jarang tak sedap kan kak. Tapai tu bungkus dalam daun getah tak silap. Entahlah, tak boleh consider pulak dia.

      Delete
  2. Oh suspen jugak.. ingatkan knp xde pengantin rupanya pengantin kuarantin covid.. kesiannya pengantin nasib baik ada 1 lg majlis di sebelah pempuan lps ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk keselamatan semua,kena kuarantin lah pengantin. Syukur ada majlis pihak perempuan nanti.

      Delete
  3. Siannya pengantin...belah pompuan nanti, ambik gambar byk2.. cool Fiza.. baju kurung + kasut sports ๐Ÿ‘

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ada rezeki nak memeriahkan majlis.
      hehe...senang nak bergerak dan selesa lagi :)

      Delete
  4. sambal jawa itu menarik selerakuuuuuu

    alaaa cian nya pengantin... 2x ya kena covid?

    apa laa MUA perangai mcm tu. boikot jelah! sng2 cekik org mcm tu je eh geram plak sy!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sambal jawa sebab mak pengantin orang jawa. Kesian pengantin. Bukan kita minta pun kena covid kan. Sabar je lah.

      Delete
  5. Oalaaah pengantinnya malah tak bisa hadir Krn COVID Yaa. Tapi syukurlah kalo acara tetap jalan lancar ya kak. Walopun MUA tak nak refund. Di perjanjian awal ada tertulis kalau Down payment tak bisa dikembalikan dengan sebab apapun kah?

    Menu makannya tapi terlihat sedaaap, Trutama cendol ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜. Rindu dengan cendol Malaysia ❤️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya..Alhamdulillah..semuanya baik baik. Saya tak pasti pula sebab tak jumpa pengantin, sekadar VC je. Lepas tu lupa nak tanya lanjut.

      Cendol Malaysia memang sedap!

      Delete
  6. Huiyo ada sambal jawa. Jarang dapat di majlis kenduri.
    Harap pengantin ada di majlis belah perempuan. Nasib baik tidak tangguh kenduri. Hehe tapikan unik belah lelaki buat majlis dahulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab mak pengantin orang jawa. Adalah elemen jawa sikit. hehe... Majlis seperti biasa. Nak tangguh susah pula sebab tetamu dah jemput dan semua dah siap booking. Unik jugalah sebab venue pihak perempuan kosong tahun depan. Terpaksa pihak lelaki buat majlis dulu :)

      Delete
  7. Kalau tak nak refund semua pun sekurang-kurangnya bagilah separuh atau 3/4.. Kesian pengantin, bukannya dia minta untuk kena covid.. Tak ada empati betul MUA nya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann..benda tak boleh jangka. Bukan sesuka hati nak cancel.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.