Drama Hati Tanpa Rasa (TV3)

Tonton Drama Hati Tanpa Rasa, drama TV3 terbaru gandingan lakonan Redza Rosli dan Scha Elinnea setiap hari Isnin hingga Khamis. Drama Hati Tanpa Rasa episod 1 mula bersiaran pada 13 Disember 2022 pukul 10:00 malam di Slot Samarinda TV3.

Drama Hati Tanpa Rasa merupakan drama adaptasi Novel Heartless karya Ateen Khalid diterbitkan oleh Creative Skill Solution arahan Emi Sufian.

DRAMA HATI TANPA RASA

Jumlah episod : 26
Mula siaran : 13 Disember 2022
Waktu Siaran : Isnin-Khamis, pukul 10:00 malam
Siaran TV : Slot Samarinda TV3
Penulis skrip : Nieza Nahar & Ateen Khalid
Pengarah : Emi Sufian & Ayie Mustafa
Produksi : Creative Skill Solution

tonton drama hati tanpa rasa tv3 online

PELAKON DAN WATAK

  • Redza Rosli sebagai Naufal Nidham
  • Scha Elinnea sebagai Nur Kaisara
  • Yasmin Khalid sebagai Dr Irina
  • Khalida Balqis sebagai Julia
  • Yasmin Khalid sebagai Dr Irina
  • Said Ismail sebagai Danish
  • Nick Davis sebagai Isyraf
  • Azim Yusof sebagai Mika x Mikael
  • Lisdawati sebagai Datin Faezah
  • Zuhairi Ibrahim sebagai Dato Nazrin
  • Jasmin Hamid sebagai Makcik Rohani
  • Syarafi Sudarmaji sebagai Zafril
  • Ayra Messi sebagai Naina
  • Amanda sebagai Erin
  • Farid Amirul sebagai Dato Hashim
  • Amy Nur Tinie sebagai Zahra
  • Shakira Stephen sebagai Naila
  • Wan Raja sebagai Mr Barry

SINOPSIS DRAMA HATI TANPA RASA

Kisah Nur Kaisara (Scha Elinnea) yang berasal dari keluarga miskin di sebuah kampung kecil. Dia yang pentingkan kemewahan sehingga sanggup derhaka kepada ibu bapa. Kaisara menerima tawaran bekerja dengan Nidham (Redza Rosli) dengan harapan akan mendapat jawatan yang tinggi dan gaji yang lumayan.

Dia menyembunyikan latar belakang sebenar dari rakan-rakannya, takut mereka akan meninggalkannya. Siapa sangka, kerjanya hanya sebagai seorang driver.

Suatu hari, ibu bapanya datang menemuinya, tetapi dia bertindak kejam tidak mahu bertemu dengan mereka. Nidham melihat perkara ini dan memutuskan untuk membawa ibu bapa Kaisara pulang ke rumahnya.

Malangnya, bapa Kaisara jatuh sakit dan meninggal dunia pada malam itu. Sejak itu, Nidham bertekad untuk mengajar Kaisara pelajaran.

LAGU TEMA (OST) DRAMA HATI TANPA RASA

Lagu : Sejuta maaf
Penyanyi : Liza Hanim

LAGU SISIPAN

Lagu : Lepaskan
Penyanyi : Cherpen

Lagu : Million Years
Penyanyi : She Pandora

Lagu : Luka
Penyanyi : Yulia Kamelia

Lagu : Dewi
Penyanyi : She Pandora

6 comments:

  1. Replies
    1. Rasa macam lama dah Scha ni berlakon. Mungkin selama ni macam pelakon pembantu gitu. Sekarang ni baru dapat watak utama.

      Delete
  2. uishh tragis jugak tu..nanti bole la tengok...rumah ada tv3 hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kejam betul sampai macam tu kan. Boleh tengok nanti..tv3 boleh tengok online :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.