Siaran Lansung Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Antarabangsa Tier 1 Malaysia Vs kemboja 9 Disember 2022

Matchday!!! Tonton siaran lansung Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Antarabangsa mempertemukan Malaysia menentang kemboja menerusi saluran TV9, Astro 149, Astro Arena 801 myFreeview 109.

Juga boleh tonton Malaysia vs Kemboja (live stream) secara online menerusi portal tonton (perlu log in), xtra (www.xtra.com.my/live-tv) dan Astro Go.

Pasukan bola sepak Harimau Malaya kembali beraksi dalam perlawanan persahabatan bola sepak Antarabangsa Tier 1.

Pasukan Malaysia akan melalui 2 perlawanan persahabatan menentang pasukan Kemboja pada hari Jumaat, 9 Disember 2022 dan pasukan Maldives pada hari Rabu, 14 Disember 2022 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.

Perlawanan persahabatan antarabangsa ini bagi mempersiapkan pasukan kebangsaan dibawah bimbingan jurulatih, Kim Pan Gon bagi mengharungi kejohanan AFF Mitsubishi Electric Cup2022 yang akan berlansung pada hari Selasa, 20 Disember 2022.

LIVE PERLAWANAN PERSAHABATAN MALAYSIA VS KEMBOJA 2022

Waktu siaran : Jumaat, 9 Disember 2022, pukul 8:45 malam
Siaran TV : TV9, Astro 149, Astro Arena 801 myFreeview 109 dan Tonton
Venue : Stadium Nasional Bukit Jalil

perlawanan persahabatan malaysia vs kemboja 2022
sumber : MFL, Jadual perlawanan persahabatan bola sepak antarabangsa Tier 1

Pembelian tiket

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memaklumkan bahawa tiada penjualan tiket di Stadium. Peminat boleh beli tiket secara online melalui laman sesawang (www.tickethotline.com.my). 

Harga tiket

RM30 untuk dewasa
RM5 untuk kanak-kanak

Jadual Dan Keputusan Perlawanan Persahabatan Tier 1 Malaysia 2022

FT : Malaysia (4) - (0) Kemboja
 Faisal Halim 11' 45'+1'
 Lee Tuck 38' 
 Stuart Wilkins 86'

Waktu siaran : Jumaat, 9 Disember 2022, pukul 8:45 Malam
Siaran TV : TV9, Astro 149, Astro Arena 801 myFreeview 109 dan Tonton
Venue : Stadium Nasional Bukit Jalil

FT : Malaysia (3) - (0) Maldives
 Darren Lok 23'
 Faisal Halim 64'
 Lee Tuck 88'

Waktu siaran : Rabu, 14 Disember 2022, pukul 8:45  malam
Siaran TV : TV9, Astro 149, Astro Arena 801 myFreeview 109 dan Tonton
Venue : Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras

Dalam aksi perlawanan persahabatan pertama ini, Malaysia yang kini menduduki ranking FIFA ke 146 akan bertemu pasukan dengan Kemboja di ranking 177. Kemudian Malaysia akan bertemu Maldives di ranking ke 154. 

Walaupun kedua dua pasukan lawan berada di kedudukan lebih rendah daripada pasukan Malaysia tapi tetap tak boleh pandang rendah. Team Harimau Malaya mesti menang untuk naikkan kedudukan ranking FIFA. 

Malaysia Boleh!

2 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.