Famili Duo 2022 : Senarai Peserta Dan Keputusan Konsert Mingguan

Famili Duo, sebuah program realiti nyanyian TV3 kembali dengan musim baharu bermula 18 Disember 2022. Famili Duo 2022 menampilkan tujuh pasangan selebriti popular Malaysia bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2 pada setiap hari Ahad, pukul 9:00 malam di TV3.

Juga boleh tonton Famili Duo 2022 secara online strim menerusi portal tonton atau xtra.

Selepas musim pertamanya pada 14 Februari 2021 lalu, Famili Duo telah mencapai objektifnya yang bertujuan mengangkat nilai kekeluargaan serta mengeratkan lagi silaturahhim dalam kalangan ahli keluarga menerusi muzik.
 
Musim baharu Famili Duo dibawakan khas oleh Penaja Bersama iaitu Good Virtues Co. dan Polident. Program 8 episod ini menggandingkan Janna Nick dan Sean Lee sebagai hos program manakala Ajai dan Mas Idayu sebagai juri tetap. Pemarkahan ditentukan oleh juri tetap (80%) dan undian atas talian oleh penonton (20%).  

Pasangan manakah yang bakal menjadi juara dan membawa pulang gelaran juara untuk musim kali ini?

FAMILI DUO

Jumlah episod : 8
Mula siaran : 18 Disember 2022
Waktu siaran : Ahad, pukul 9:00 malam
Siaran TV : TV3
Pengacara : Janna Nick dan Sean Lee
Juri tetap : Ajai dan Mas Idayu

tonton konsert mingguan famili duo tv3 online
Famili Duo bermula 18 Disember 2022

Famili Duo, sebuah program realiti nyanyian yang unik dan berbeza daripada program-program yang lain di mana ia menampilkan pasangan peserta yang terdiri daripada selebriti popular bergandingan dengan ahli keluarga mereka.

Famili Duoa musim terbaru menyaksikan tujuh pasangan selebriti popular yang mempunyai hubungan kekeluargaan berentap (battle) pada setiap minggu yang membawakan tema berbeza untuk merebut hadiah mingguan berjumlah RM10,000.

Para finalis Famili Duo untuk musim baharu ini berpeluang untuk merebut hadiah utama sebanyak RM100,000 di pentas akhir.

Senarai peserta Famili Duo 2022

7 pasangan akan bersaing di musim baharu Famili Duo 2022
  1. FareedPF K-Clique & Sabhi Saddi (adik beradik)
  2. Ara Johari & Shaffiq Erwin (sepupu)
  3. Fyna Jebat & Ayda Jebat (adik-beradik)
  4. Naim Daniel & Sissy Imann (Sepupu)
  5. Siti Sairah & Siti Saida (adik-beradik)
  6. Yamani Abdillah & Zaki Yamani (adik-beradik)
  7. Wani Kayrie & Bella Astillah (sepupu)

Keputusan Konsert Mingguan Famili Duo 2022

Kedudukan #FamiliDuoTV3 Minggu Pertama
1. Bella Astillah & Wani Kayrie - 62.4%
2. Ayda Jebat & Fyna Jebat - 59.7%
3. Naim Daniel & Sissy Imann - 58.0%
4. Sabhi Saddi & Fareedpf K-Clique - 45.4%
5. Ara Johari & Shaffiq Erwin - 42.6%
6. Siti Saida & Siti Sairah - 35.4%
7. Zaki Yamani & Yamani Abdillah - 32.5%

Kedudukan #FamiliDuoTV3 Minggu 2
1. Ara Johari & Shaffiq Erwin - 69%
2. Ayda Jebat & Fyna Jebat - 68.4%
3. Zaki Yamani & Yamani Abdillah - 66.5%
4. Sabhi Saddi & Fareedpf K-Clique - 64.8%
5. Naim Daniel & Sissy Imann - 52.7%
6. Bella Astillah & Wani Kayrie - 38.4%
7. Siti Saida & Siti Sairah - 38.2%

Kedudukan #FamiliDuoTV3 Minggu 3
1. Zaki Yamani & Yamani Abdillah - 66.8%
2. Sabhi Saddi & Fareedpf K-Clique - 61.6%
3. Bella Astillah & Wani Kayrie - 61.5%
4. Ayda Jebat & Fyna Jebat - 61.2%
5. Siti Saida & Siti Sairah - 60.6%
6. Ara Johari & Shaffiq Erwin - 49.3%
7. Naim Daniel & Sissy Imann - 48%

Kedudukan #FamiliDuoTV3 Minggu 4
1. Ayda Jebat & Fyna Jebat - 57.7%
2. Naim Daniel & Sissy Imann - 52.8%
3. Ara Johari & Shaffiq Erwin - 48.2%
4. Zaki Yamani & Yamani Abdillah - 48.1%
5. Bella Astillah & Wani Kayrie - 33.8%
6. Siti Saida & Siti Sairah - 23.5%
7. Sabhi Saddi & Fareedpf K-Clique - 17%

Kedudukan #FamiliDuoTV3 Minggu 5
1. Siti Saida & Siti Sairah - 61.6%
2. Ayda Jebat & Fyna Jebat - 59.6%
3. Zaki Yamani & Yamani Abdillah - 59%
4. Ara Johari & Shaffiq Erwin - 58.6%
5. Bella Astillah & Wani Kayrie - 47.7%
6. Naim Daniel & Sissy Imann - 45.9%
7. Sabhi Saddi & Fareedpf K-Clique - 37.6%

Kedudukan #FamiliDuoTV3 Minggu 6
1. Siti Saida & Siti Sairah - 72.8%
2. Bella Astillah & Wani Kayrie - 71.4%
3. Sabhi Saddi & Fareedpf K-Clique - 65.9%
4. Zaki Yamani & Yamani Abdillah - 59.9%
5. Ayda Jebat & Fyna Jebat - 56.7%
6. Naim Daniel & Sissy Imann - 48.7%
7. Ara Johari & Shaffiq Erwin - 47.5%

Keputusan terkini keseluruhan minggu 7

1. Ayda Jebat & Fyna Jebat - 435.9
2. Zaki Yamani & Yamani Abdillah - 404.2
3. Naim Daniel & Sissy ImannBella Astillah & Wani Kayrie - 377.3
4. Bella Astillah & Wani Kayrie - 369.9
5. Ara Johari & Shaffiq Erwin - 366.3
6. Sabhi Saddi & Fareedpf K-Clique - 362.2
5. Siti Saida & Siti Sairah - 356.3

4 pasangan teratas berjaya mara ke peringkat akhir Famili Duo pada 5 Februari 2023.

2 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.