Header Ads

Tempat Tengok Kapal Terbang Landing Di Jalan Pekeliling KLIA


Nak tengok kapal terbang landing atau mendarat secara dekat? Silalah singgah dan lepak di tempat tengok kapal terbang landing di Jalan Pekeliling KLIA. Nak datang sini saya waze je " Jalan Pekeliling KLIA. Sampailah nanti di tempat kapal terbang mendarat ni. Atau boleh search " Flight landing view"

Port paling ngam ambil gambar di selekoh tu, ada ruang tepi jalan untuk parkir kereta. Port tu terpaling cantik lah kalau ambil gambar. Masa saya singgah, kat situ ramai orang. Kita lepak port mana yang kosong je lah. Jauh sikit dari port terbaik ambil gambar dengan kapal terbang mendarat.

Sebelum ni tempat tengok kapal terbang ditutup disebabkan apa tak tahu lah. Mungkin bahaya bila ramai-ramai berkumpul di tepi jalan. Sama kes dengan highway Temiang tu. Tempat viral begitulah. 

tempat tengok kapal terbang jalan pekeliling klia

Punyalah lama teringin nak pergi tempat tengok kapal terbang landing KLIA ni, baru sekarang dapat jejak. Ada peluang, kita singgah lah sebentar. Balik dari majlis kenduri kahwin anak buah di Banting ikut jalan dalam sebab tengok waze, highway sesak teruk.

Alang-alang ikut KLIA Sepang, kita singgahlah kejap. Sampai-sampai je dah ada kapal terbang nak landing. Ini je yang sempat ambil gambar dengan kapal terbang pertama. Jauh sangat kapal terbang tu haa...Jomlah kita ke depan lagi.

flight landing view jalan pekeliling klia
kapal terbang pertama

Sampai ke dapan, port kedua encik suami matikan enjin kereta, tunggu di luar pula. Tak ada signal apa, tahu tahu kapal terbang meluncur laju je mendarat. Tak sempat nak buka kamera. 

Jomlah kita tunggu lagi. Dapat ambil gambar dengan kapal terbang ketiga tapi macam tak puas hati dengan gambarnya. 

flight landing view jalan pekeliling klia
kapal terbang kedua terlepas, kapal terbang ketiga

Okay, tunggu satu lagi kapal terbang landing. Tunggu pun tak lama, kejap kejap kapal terbang landing. Tak kira pula berapa selang minit setiap satu kapal terbang landing. Yang keempat dapat ambil gambar kapal terbang lagi dekat.

Tapi tetap tak puas hati dengan gambarnya. Posing entah apa-apa je. Macam nak ajak encik suami datang lagi. Haritu cuaca macam mendung. Mujur tak panas sangat.

tempat tengok kapal terbang jalan pekeliling klia
kapal terbang keempat

Ramai keluarga datang bersantai duduk sini sambil menunggu kapal terbang mendarat. Budak-budaklah yang paling seronok. Nak ambil gambar the perfect moment tu memang payah. Kena laju tekan kamera banyak kali.

Kalau tak sempat ambil tu kenalah tunggu lagi dan lagi. Standby siap-siap kamera jangan biar moment tu terlepas. Tapi kalau duduk di port betul-betul nampak kapal terbang nak landing tu mudah lah boleh nampak dari jauh.

Boleh siap-siap kamera dan pose. Kapal terbang lalu, haa tekan lah punat kamera tu laju-laju biar ada banyak gambar tercipta. 

18 comments:

  1. Inilah tempat viral yang netizen suka ambil gambar tu kan..

    ReplyDelete
  2. fiza kena buat gaya / video mcm dlm klip video kumpulan U2 hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. MV lagu apa tu Anies. hehe..kena praktis dulu tu nak posing camne.

      Delete
  3. Hehe gigih Fiza bergaya depan kapal terbang.
    Alang-alang lalu jalan kawasan KLIA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..Nak capture the best moment tu yang payah. kena gigih sikit. Alang-alang sambil lalu, menarik juga lepak sini.

      Delete
  4. Beberapa spot di Jakarta juga ada yg ramai utk ambil gambar pesawat 😄. Orang2 ramai yg suka melihat pesawat landing dan take off nih. Saya sendiri juga sukaaa melihatnya kak. Ntahlah, mungkin Krn love traveling so much, jadi tiap kali melihat pesawat, rasanya happy sangat ❤️

    Baguuus foto2 yang diambil kak. Terlihat jelas pesawatnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh mesti menarik tu. Saya pun suka tengok. Seronok!
      Foto level bawahan lagi tu. Mana yang dapat ambil je :)

      Delete
  5. Menarik. Tak pernah sampai lagi. Kena datang dngan orang yang pandai ambil gambar jugak,kalau tak berpuluh shot tak siap lagi. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah dekat tu Sal. Haa betul jugak tu kan..kena bawa photographer hebat sikit. Kalau tidak, jenuhlah nak dapat cantik. hehe...

      Delete
  6. Wah.. Best.. kalau bawa anak-anak, mesti diorang suka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai yang datang bawa anak-anak KakSha. Nanti bolehlah lepak kat sini.

      Delete
  7. ingat dah tutup selepas viral dulu kata kawasan tu kotor. tapi mmg view best disini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ingatkan dia tutup terus. Sampai sampai tengok ramai orang. Dah dibuka semula lah tu kiranya. Harap tak ada buat sampah lagi. Ye, view memang best kat sini. Layan kapal terbang landing.

      Delete
  8. Bestnya... buat VTT ok jugak ni fiza... budak² mmg suka tgk aeroplane... pegi airport pun dh suka... haha... skrg alan dh meratib dh lama x naik aeroplane.. hmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..saya belum terjebak buat VTT..ada akaun tapi sepi gitu je...Betul, tengok pun dah happy dah KakMim. Dah meratib tu kenalah bawak nanti :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.