Header Ads

Sambal Jering Campur Ikan Mayong Masin


Lama pula jering terperuk dalam kulkas bekal dari mak mentua. Mak mentua dah bekalkan siap-siap buang kulit lagi. Tinggal masak je. Itupun lambat nak dimasaknya. Bukan apa, rasa teringin makan jering tu tak sampai lagi.

Jering atau orang panggil jengkol ni kalau makan begitu saja buat ulam, memang tak boleh masuk. Sama juga dengan petai. Kena masak sambal baru boleh makan. 

Rasanya kali terakhir makan sambal jering masa zaman sekolah dulu kot. Seingat saya, dulu-dulu mak saya masak sambal jering tua yang bertunas. Jering tu disimpan dalam tanah sampai bertunas baru ambil buat sambal. Kemudian ditumbuk kasar sebelum dimasukkan dalam sambal. 

Itu cara mak saya lah. Cara mak mentua saya tak pasti macamana sebab tak pernah makan sambal jering mak mentua. Ini pun kebetulan tiba tiba pokok jering depan rumah berbuah. Itu yang dapat bekal tu. Ini juga kali pertama saya masak sambal jering sendiri. Guna jering muda lah tapi...

Biasanya kalau buat sambal jering ni, jering kena goreng dulu kan. Saya goreng dulu, kemudian tumbuk kasar. Cili api dan ikan bilis saya kisar. Bawang merah dan bawang putih saya tumbuk kasar.

resipi sambal jering muda ikan bilis ikan masin mayong

Tumis guna minyak masak yang sedikit banyak. Tumis bahan tumbuk dan bahan kisar sampai garing dan naik bau. Letak air sikit, saya masukkan ikan masin mayong sebagai penambah rasa dan juga asam keping. Kacau rata dan biarkan sampai pecah minyak orang kata.

Dah separuh perjalanan sambal tu baru masukkan jering. Kacau rata dan adjust lah rasa tu, nak tambah garam atau gula. Kalau dah ada ikan bilis dan ikan masin, kira dah cukup rasa lah tu.

Kalau pedas sangat boleh tambah gula. Begitulah resipi sambal jering muda ikan bilis ikan masin mayong cara saya. Rasanya kalau guna jering tua lagi sedap kot. 

resipi sambal jering muda ikan bilis ikan masin mayong

Sayangnya tak boleh makan banyak sambal jering ni. Risau bahan buangan tu terlebih bau yang kurang enak. Kena makan sikit-sikit dan simpan buat stok. Kat rumah bolehlah makan, kat luar jangan berani berani nak makan. Nanti melabur semerbak baunya.

Ada orang jenis tak kisah. Tapi saya jenis kisah. Hihi...


16 comments:

  1. Tengok gambar dan baca cara membuatnya tu, terbayang betapa sedapnya sambal Jering Fiza ni, walaupun akak tak pernah makan dan masak jering.

    Petai akak makan. Sama macam Fiza, kena makan yang dah masuk dalam masakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada saya sedap dah masakan begini. Cuma tak tahan bau dan ada rasa kelat sikit hujung hujung bila makan. Geng lah kita makan dimasak dulu baru boleh telan. Banding petai dan jering, saya prefer petai lagi.

      Delete
  2. tak nampak dah jeringnya...nmpk sambal hijau je ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah, jering pun dah sama rupa dengan ikan masin mayong tu. hehe...

      Delete
  3. rumah saya petai dan jering langsung tak dibenarkan bawa masuk
    nampak nostalgia sambal jering tu sbb pinggan legend dan background

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul betul dibenci tu. huhu..bertabahlah...Masakan macam ni kena guna pinggan legend baru feel. hihi...

      Delete
  4. Jarang-jarang makan jering sebab tak tahu bagaimana nak mengelolakannya. Tengok rupa sambal Azhafizah, menggiurkan sangat, boleh bocor periuk nasi ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah. Samalah kita kak. Pernah makan yang mak masak je. Itupun jarang sekali. Hehe..bocor periuk tu yang risau tu.

      Delete
  5. akak pernah makan jering tapi tak pernah masak sendiri, pernahla dulu teringin beli la jering muda buat ulam lepas tu lama tak pernah beli hehehe. Jering jarang diminati kalau petai memang laju je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun first time masak sambal jering. Itupun sebab ada stok. Nak beli tu macam tak je. Betul, jering ni jarang diminati. Kalau petai tu berselera lagi makan. Tapi ada je peminat jering. Cuma lagi ramai peminat petai. hehe...

      Delete
  6. uish mcm sedap jee...Cuya tak makan jering mentah, tapi kalau lauk mcm ni bole la rasanya Cuya telan...hehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap juga sambal jering ni. Ye, samalah kita kena makan jering dimasak sambal. Baru boleh telan kan :)

      Delete
  7. Tadi saya sempet bingung kering, ternyata jengkol ๐Ÿ˜. Saya sukaaa sangat ini kak ๐Ÿ˜„. Kalo di Indonesia ada cara khusus supaya jengkol ga bau, baik saat dimakaj atau saat pembuangan ๐Ÿ˜„. Jadi saat direbus itu dimasukkan juga aneka rempah dan daun2 yg saya lupa apa namanya. Itu semua bikin jengkol jadi tak bau tapi ttp enak.

    Biasanya saya masak sebagai balado (sambal merah pedas)jengkol, atau rendang jengkol atau semur jengkol.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh...begitu caranya ye. Terim kasih share. Masak sambal balado baru enak makan. Kalau dimakan mentah, saya tak boleh telan.

      Delete
  8. Kak Amie jarang makan sambal jering. Kalau jering rebus cecah hampas kelapa tu memang selalu jugalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh boleh juga ye makan macam tu...unik cara makannya Kak Amie. Kurang bau lah kalau dah direbus kan.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.