Lokasi Sambutan Tahun Baharu 2023 Di Malaysia

Sambutan ambang Tahun Baharu 2023 yang kebiasaanya diadakan di Dataran Merdeka pada 31 Disember 2022 sehingga awal pagi 1 Januari 2023 dibatalkan susulan banjir serta untuk mengelak risiko penularan COVID-19.
Sambutan Ambang Tahun Baharu 2023 di Dataran Merdeka pada 31 Dis ini dibatalkan berikutan keadaan beberapa negeri yang dilanda musibah banjir — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menghadiri program Munajat Ambang Tahun Baharu 2023 di Masjid Putra, Putrajaya yang bermula pada pukul 6.30 petang 31 Disember 2022. 

Beliau juga akan menyampaikan amanat khas sempena Tahun Baharu 2023 ketika majlis itu disiarkan secara langsung melalui saluran televisyen RTM.


program Munajat Ambang Tahun Baru 2023
sumber : JAKIM

JAKIM menjemput seluruh kaum muslimin dan muslimat untuk hadir beramai-ramai bermunajat serta mendoakan kesejahteraan dan keselamatan negara serta seluruh lapisan masyarakat agar sentiasa dirahmati Allah SWT.

Selain program Munajat Ambang Tahun Baru 2023, beberapa lokasi lain juga mengadakan Sambutan tahun baru 2023.

Putrajaya

  • Symphony East, IOI City Mall Putrajaya : persembahan artis tempatan, food truck, live band dan pelbagai aktiviti menarik.
Lokasi Sambutan Tahun Baharu 2023 IOI City Mall

Selangor

  • i-City Shah Alam
  • Sunway Lagoon : Di Surf Beach Sunway Lagoon pula bakal berlangsungnya acara Grand Wave New Year Countdown 2023 yang menampilkan Alan Walker.
  • Elmina Central Park : Festival tahun baru di Elmina bermula jam 4:00 petang pada 31 Disember 2022. Antara artis yang akan membuat persembahan adalah Dolla, penyanyi Khai Bahar dan juga Joey Leong
Lokasi Sambutan Tahun Baharu 2023 Sunway Lagoon

Lokasi Sambutan Tahun Baharu 2023 Elmina Central Park

Kuala Lumpur

  • Sunway Velocity Mall : Acara bermula pada jam 5:30 petang ada permainan karnival, food truck, acara 'count down' yang menampilkan barisan artis Ayda Jebat, Priscilla Abby, Haqiem Rusli, Vanessa Reynauld dan ramai lagi.

Negeri Sembilan

  • Lexis Hibiscus Port Dickson : Acara karnival menjelang tahun baru 2023 terhad kepada tetamu yang menginap sahaja. Menampilkan karnival pantai seperti muzik langsung, tayangan skrin besar di pantai, pertunjukan api, permainan karnival, DJ, persembahan bunga api serta zoo untuk kanak-kanak.
Lokasi Sambutan Tahun Baharu 2023 Lexis Hibiscus

Melaka

  • Taman Seribu Bunga : Kerajaan Melaka menghadkan aktiviti sambutan Malam Ambang Tahun Baharu 2023 peringkat negeri yang akan disambut di Taman Seribu Bunga.

Perak

  • Stadium Indera Mulia, Ipoh : Sambutan Tahun Baharu/Pertunjukan Bunga Api di Stadium Indera Mulia, Ipoh dibatalkan tetapi Program Starvendors yang berbentuk jualan dan persembahan pentas dari 30 Disember 2022 hingga 1 Januari 2023 diteruskan untuk menceriakan Bandaraya Ipoh sempena Pelancaran Tahun Melawat Ipoh 2023.

Sarawak

  • Stadium Perpaduan Kuching, Sarawak : Lokasi Sambutan Ambang Tahun Baru 2023 Peringkat Negeri Sarawak dipindahkan dari Tebingan Sungai Kuching ke Stadium Perpaduan Kuching, Sarawak. Ada persembahan bunga api, pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan artis popular tanah air iaitu Dato Awie, Dato Aisyah serta artis tempatan Sarawak antaranya kumpulan The Crew. Pengunjung juga akan dihiburkan dengan persembahan kumpulan tarian Hip-Hop, kumpulan Gerini Tari Limbang (juara Festival Tari Sarawak 2022), The Little Bird Lion Das (juara Kids Talent sempena Regata Sarawak 2022).
  • Lasar Kenyalang, Tapak Lapangan Terbang Lama Bintulu : Karnival Kira Detik Tahun Baharu 2023

2 comments:

  1. selamat tahun baru Fiza moga 2023 semuanya yg baik2 utk fiza&family

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat tahun baru. Semoga yang baik baik juga untuk akak sekeluarga. Aamiin...

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.