Saudara Yang Boleh Salam Dan Tak Boleh Salam (Mahram Lelaki Dan Perempuan)

Bersalaman merupakan budaya masyarakat Melayu di Malaysia. Sudah jadi kebiasaan bersalaman apabila berjumpa dengan saudara mara, sahabat handai atau dalam urusan rasmi. Bersalaman dikira adab orang Melayu yang bertujuan menyantuni orang yang lebih tua.

Adab bersalaman adalah amalan mulia dan penuh kesopanan. Tapi perlu kita ingat dan jangan ambil mudah tentang mahram lelaki dan perempuan, saudara yang boleh salam dan tak boleh salam. Terutamanya ketika musim raya dimana semua sanak saudara berkumpul.

sepupu mahram atau bukan?
bapa saudara boleh salam?
mak saudara boleh salam?
boleh ke salam bapa saudara suami?
hukum bersentuhan dengan sepupu lelaki?
hukum salam orang tua bukan muhrim?

Persoalan yang sering menjadi persoalan. Masih keliru saudara yang boleh salam atau tak boleh salam? Rujuk dalam infografik dan senarai ringkas mahram lelaki dan perempuan, saudara yang boleh salam dan tak boleh salam.

Saudara-mara kita yang menjadi bukan mahram kepada kita. Maknanya mereka halal untuk kita kahwini, ada batas aurat dengan mereka dan batal air sembahyang jika bersentuhan.

Menurut Mazhab AL-IMAM AS-SYAFIE RAHIMAHULLAH, berikut senarai ringkas mereka yang boleh salam sahaja bagi lelaki dan perempuan.

Lelaki

  • Isteri
  • Ibu/Bapa
  • Datuk/Nenek
  • Moyang lelaki/perempuan
  • Adik-beradik kandung
  • Ibu/Bapa mertua
  • Datuk/Nenek sebelah isteri
  • Bapa Saudara sebelah isteri
  • Suami kepada Ibu Saudara belah isteri
  • Abang dan Adik(lelaki) ipar *keluarga sendiri/Isteri*
  • Suami kepada Akak/Adik(perempuan) ipar *keluarga sendiri/isteri*
  • Anak Saudara Ipar(lelaki) *keluarga isteri*
  • Suami kepada Anak Saudara Ipar(perempuan) *keluarga sendiri/isteri*
  • Ibu/Bapa tiri
  • Ibu/Bapa Saudara sebelah ibu/bapa
  • Suami kepada Ibu Saudara sebelah ibu/bapa
  • Sepupu lelaki
  • Datuk/Nenek saudara
  • Suami kepada Nenek Saudara
  • Suami kepada Akak dan Adik Perempuan sendiri
  • Anak Saudara lelaki/perempuan
  • Suami kepada Anak Saudara perempuan
  • Cucu saudara
  • Sepupu lelaki sebelah ibu/bapa
  • Suami kepada sepupu perempuan sebelah bapa
  • Dua pupu lelaki sebelah ibu/bapa
  • Anak tiri
  • Ibu susuan
  • Saudara susuan

mahram bagi lelaki saudara yang boleh salam dan tak boleh salam

Perempuan

  • Suami
  • Ibu/Bapa
  • Datuk/Nenek
  • Moyang lelaki/perempuan
  • Adik-beradik kandung
  • Ibu/Bapa mertua
  • Datuk/Nenek sebelah suami
  • Bapa Saudara sebelah suami
  • Isteri kepada Bapa Saudara belah suami
  • Akak dan Adik(perempuan) ipar *keluarga sendiri/Suami*
  • Isteri kepada Akak/Adik(lelaki) ipar *keluarga sendiri/suami*
  • Anak Saudara Ipar(perempuan) *keluarga suami*
  • Isteri kepada Anak Saudara Ipar(lelaki) *keluarga sendiri/suami*
  • Ibu/Bapa tiri
  • Ibu/Bapa Saudara sebelah ibu/bapa
  • Isteri kepada Bapa Saudara sebelah ibu/bapa
  • Sepupu perempuan
  • Datuk/Nenek saudara
  • Isteri kepada Datuk Saudara
  • Isteri kepada Abang dan Adik Lelaki sendiri
  • Anak Saudara lelaki/perempuan
  • Isteri kepada Anak Saudara lelaki
  • Cucu saudara
  • Sepupu perempuan sebelah ibu/bapa
  • Isteri kepada sepupu lelaki sebelah bapa
  • Dua pupu perempuan sebelah ibu/bapa
  • Anak tiri
  • Ibu susuan
  • Saudara susuan

mahram bagi perempuan saudara yang boleh salam dan tak boleh salam

Hukum bersalaman dengan sanak saudara berdasarkan Irsyad Al Fatwa Mufti

Soalan : Batasan aurat, pergaulan, dan hukum bersalaman sesama sanak saudara ?
Dari sudut bahasa, terdapat beberapa pengertian bagi perkataan mahram. Ringkasnya seperti berikut :
  • Individu yang diharamkan untuk seseorang berkahwin dengannya sama ada disebabkan hubungan rahim atau kerabat.
  • Sesuatu yang diharamkan oleh Allah S.W.T.

Dalam kitab Al-Feqh al-Manhaji (2/21) ada disebutkan berkenaan dengan sebab-sebab pengharaman yang selamanya. Iaitu tiga perkara berikut:
  1. Kerabat (hubungan kekeluargaan).
  2. Musaharah (perkahwinan).
  3. Susuan.
Berdasarkan noktah di atas, beberapa mahram bagi seorang lelaki yang dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu :
  • mahram dari sudut kerabat
  • musaharah
  • susuan

1. Mahram Dari Sudut Kerabat

  1. Ibu kandung
  2. Nenek (ibu kepada ibu).
  3. Nenek (ibu kepada bapa).
  4. Anak perempuan.
  5. Cucu perempuan (dari anak lelaki).
  6. Cucu perempuan (dari anak perempuan).
  7. Adik beradik perempuan seibu sebapa.
  8. Adik beradik perempuan seibu.
  9. Adik beradik perempuan sebapa.
  10. Anak perempuan kepada adik beradik lelaki kandung (seibu sebapa).
  11. Anak perempuan kepada adik beradik lelaki dari sebelah ayah atau ibu.
Iaitu anak-anak saudara perempuan @ anak perempuan kepada adik beradik lelaki atau perempuan kita.

2. Mahram Dari Sudut Musaharah

  1. Isteri kepada bapa (ibu tiri). Begitu juga isteri kepada datuk dari sebelah bapa atau ibu.
  2. Isteri kepada anak lelaki (menantu perempuan). Begitu juga isteri kepada cucu lelaki dan ke bawah.
  3. Ibu kepada isteri (ibu mertua).
Ini berdasarkan firman Allah S.W.T :
وَأُمَّهَاتُ نِسَائِكُمْ
Maksudnya : Dan ibu kepada isteri-isteri kamu.Anak perempuan kepada isteri (anak tiri bagi isteri yang telah disetubuhi).

3. Mahram Disebabkan Susuan

  1. Ibu susuan
  2. Adik beradik perempuan susuan.
  3. Anak perempuan kepada adik beradik lelaki sesusuan.
  4. Anak perempuan kepada adik beradik perempuan sesusuan.
  5. Anak susuan perempuan.
  6. Adik beradik susuan perempuan kepada ibu atau ayah. Iaitu ibu-ibu saudara susuan.
Kesemuanya ini adalah berdasarkan firman Allah S.W.T:
وَأُمَّهَاتُكُمُ اللَّاتِي أَرْضَعْنَكُمْ وَأَخَوَاتُكُم مِّنَ الرَّضَاعَةِ
Maksudnya : Dan ibu-ibu susuan kamu serta adik-beradik perempuan susuan kamu —Surah Al-Nisa’ (23)

Juga berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah R.Anha bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :
يَحْرُمُ مِنَ الرَّضَاعِ مَا يَحْرُمُ مِنَ النَّسَبِ
Maksudnya : Diharamkan dari susuan apa yang diharamkan dari nasab —Riwayat Ibn Majah (1937)

Manakala mahram bagi orang perempuan pula adalah seperti berikut :
  1. Bapa kandung dan ke atas seperti datuk dan moyang.
  2. Anak lelaki dan ke bawah seperti cucu dan cicit.
  3. Adik beradik lelaki.
  4. Bapa saudara dari sebelah ibu dan ke atas seperti datuk saudara.
  5. Bapa saudara dari sebelah bapa dan ke atas seperti datuk saudara
  6. Anak-anak saudara lelaki iaitu anak lelaki kepada adik beradik lelaki atau adik beradik perempuan dan ke bawah seperti cucu-cucu saudara lelaki.
  7. Bapa susuan.
  8. Adik beradik susuan yang lelaki.
  9. Bapa mertua.
  10. Menantu lelaki (suami kepada anak perempuan).
Implikasi mahram ini ada beberapa perkara iaitu :
  • Haram berkahwin dengannya.
  • Boleh bersalaman dengannya.
  • Boleh bersendirian bersamanya.

Individu yang bukan mahram bagi seorang lelaki :
  1. Isteri kepada bapa saudara.
  2. Sepupu perempuan.
  3. Kakak ipar (isteri kepada abang kandung).
  4. Adik ipar (perempuan).
  5. Anak angkat perempuan yang bukan anak susuan.

Manakala bagi seorang perempuan pula, yang bukan mahram mereka adalah seperti berikut :
  1. Suami kepada ibu saudara.
  2. Sepupu lelaki.
  3. Abang ipar (suami kepada kakak kandung).
  4. Adik ipar (lelaki).
  5. Anak angkat lelaki yang bukan anak susuan.
Implikasi bagi ketiadaan mahram (bukan mahram) ini pula adalah seperti berikut :
  • Tidak boleh bersalaman dengannya.
  • Boleh berkahwin dengannya.
  • Tidak boleh berkhalwat dengannya.
Manakala implikasi mahram dari sudut batasan aurat pula, dinyatakan bahawa pada asasnya, hukum menutup aurat adalah wajib sepertimana disepakati ulama’ berdasarkan firman Allah SWT:

وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا ۖ وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ ۖ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَىٰ عَوْرَاتِ النِّسَاءِ ۖ وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِن زِينَتِهِنَّ ۚ وَتُوبُوا إِلَى اللَّـهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Maksudnya :
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka (adik beradik lelaki), atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. —Surah al-Nur (31)

Kata penulis kitab Asna al-Mathalib dalam feqh al-Syafi’eyyah :

وَعَوْرَةُ الْحُرَّةِ فِي الصَّلَاةِ وَعِنْدَ الْأَجْنَبِيِّ) وَلَوْ خَارِجَهَا (جَمِيعُ بَدَنِهَا إلَّا الْوَجْهَ، وَالْكَفَّيْنِ) ظَهْرًا وَبَطْنًا
Maksudnya : Aurat wanita yang merdeka di dalam solat dan juga di hadapan ajnabi (lelaki yang bukan mahram) demikian juga (aurat mereka) di luar solat adalah keseluruhan badan mereka melainkan muka dan dua tapak tangan zahir dan batin. —Rujuk Asna al-Mathalib (1/176)

Ini bererti wajib seorang perempuan itu menutup keseluruhan badannya kecuali muka dan dua tapak tangan di hadapan lelaki lelaki bukan mahram dan tidak diwajibkan hal tersebut di hadapan mahram.

Manakala bagi lelaki pula, auratnya dengan perempuan bukan mahram adalah antara pusat hingga lutut. Tidak boleh untuk seorang perempuan itu melihat kepada aurat orang lelaki antara dua kawasan tersebut serta tidak boleh juga melihat kepada selain aurat lelaki tanpa sebarang sebab berdasarkan nas yang menyuruh supaya menundukkan pandangan kepada orang perempuan dan demikian juga orang lelaki.

Tidak bersalaman dengan bukan mahram dari kalangan sanak saudara bukanlah bermakna tidak ada keharmonian dan kerenggangan hubungan sesama keluarga. Bahkan keharmonian itu terbina dengan saling membantu, beramah mesra dan bertanya khabar di dalam musim-musim perayaan, bertukar juadah, di samping menjaga batas-batas yang telah ditetapkan oleh syarak.

sumber : https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/3459-irsyad-al-fatwa-siri-ke-305-hukum-hakam-bersalaman-dengan-sanak-saudara-di-hari-raya

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.