Telefilem Cermin Kasih (TV9)

Azhafizah MN
By -
2
Tonton Telefilem Cermin Kasih, telefilem ulang siaran lakonan Tiz Zaqyah dan Shaheizy Sam pada hari Jumaat, 30 Disember 2022 pukul 8:30 malam di Slot Skrin Di 9 TV9. Telefilem Cermin Kasih telefilem TV3 antara drama terbaik Anugerah Skrin diarahkan oleh Murali Abdullah.

TELEFILEM CERMIN KASIH

Waktu siaran : Jumaat, 30 Disember 2022, pukul 8:30 malam
Siaran TV : TV3 (Drama Terbaik Anugerah Skrin )
Cerita asal : Kip Adlie
Pengarah : Murali Abdullah
Produksi : Arie Zaharie Production Sdn. Bhd.

tonton telefilem cermin kasih full movie tv9 online

PELAKON DAN WATAK

  • Tiz Zaqyah sebagai Marina
  • Shahiezy Sam sebagai Amran
  • Fazlina Ahmad Daud
  • Raja Ilya
  • Sri Nurmannis Norhazman
  • Alif Hilman
  • Mak Engku
  • Adik Luvvna
  • Fazlina Ahmad Daud
  • Wilma
  • Zulkifli Ismail

SINOPSIS CERMIN KASIH

Kehidupan Marina (Tiz Zaqyah) bertukar apabila dijodohkan dengan pemuda pilihan orang tuanya iaitu Amran (Shahiezy Sam). Hakikatnya, Amran adalah seorang pengedar dadah. Marina dipaksa oleh Amran untuk terlibat sama dan akhirnya dia diberkas polis.

Amran pula meninggal dunia kerana ditembak polis. Semasa di penjara, Marina disahkan mengandung. Marina dilanda gangguan emosi dan akhirnya lahirlah Maryam. Selaras dengan peraturan penjara, Maryam dipisahkan daripada Marina apabila menginjak 3 tahun.

Maryam dipelihara oleh ibu bapa Marina iaitu Pak Hamdan dan Mak Jah. Mereka hanya dipertemukan di antara cermin kaca setiap kali melawat Marina di penjara. Tiba hari pembebasan Marina. Dia pulang dan mendapati sekujur tubuh Maryam di atas katil menanti kepulangannya.

Maryam meninggal dunia pada hari yang sama Marina dibebaskan. Namun, hajatnya untuk mengucup dahi anaknya tercapai sebelum Maryam pergi buat selamanya.

LAGU TEMA (OST) TELEFILEM CERMIN KASIH

Tajuk lagu : Kali Terakhir Ku Lihat Wajahmu
Penyanyi : Uji Rashid

Tajuk lagu : Gelombang
Penyanyi : Salamiah Hassan

Post a Comment

2Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment