Pesta Bola Ngoca Di Perkampungan Budaya Terachi Kuala Pilah, Negeri Sembilan 10 & 11 Disember 2022

Pesta Bola Ngoca kembali lagi pada hari Sabtu dan Ahad, 10 dan 11 Disember 2022 di Stadium Bola Ngoca Perkampungan Budaya Terachi Kuala Pilah, Negeri Sembilan. 

Pesta Bola Ngoca merupakan anjuran PLANMAlaysia@Negeri sembilan dengan kerjasama Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Pilah sempena Sambutan HPBS 2022 Peringkat Negeri Sembilan.

Selain daripada meraikan perancang bandar, program Pesta Bola Ngoca juga bertujuan mempromosi keunikan sukan rakyat daerah Kuala Pilah disamping merancakkan ekonomi setempat. 

Sambutan Pesta Bola Ngoca juga bertepatan dengan tema HPBS 2022 iaitu:

Malaysia Berdaya Huni : Transformasi Bandar Masa Hadapan
pesta bola ngoca 2022 negeri sembilan
Pesta Bola Ngoca 2022

Pesta Bola Ngoca 

Pesta Bola Ngoca di Negeri Sembilan merupakan acara tahunan dan menjadi sebagai satu tarikan baharu pelancongan yang mengajak pengunjung mengimbau nostalgia aktiviti tradisional 'mengoca' iaitu menangkap ikan di sawah padi yang sinonim dengan penduduk di daerah Kuala Pilah yang diadakan di Tapak Ngoca, Kampung Budaya Terachi.

Acara sukan bola sepak sawah itu, seiring dengan misi industri pelancongan iaitu 'Malaysia - Destinasi Lestari Kaya Budaya' dan dijangka menarik 10,000 pengunjung.

Aktiviti Pesta Bola Ngoca 2022

  • Mengoca ikan
  • Bola sepak sawah
  • Memanjat tiang licin
  • Menangkap itik
  • Gusti bantal
  • Basikal titi
  • Penyampaian penghargaan bandar mampan peringkat negeri sembilan tahun 2022
Semua aktiviti diadakan dilapan petak sawah berkeluasan dua hektar. Pengalaman bermain di sawah telah menjadi satu aktiviti yang semakin dilupakan dan jarang dilakukan oleh generasi muda. Jadi, inilah masanya untuk generasi sekarang mengenali dan seterusnya memartabatkan aktiviti tradisional ini.

Jom memeriahkan sambutan Pesta Bola Ngoca pada 10 dan 11 Disember 2022 bertempat di Stadium Bola Ngoca, Perkampungan Budaya Terachi Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Banyak hadiah menarik di tawarkan.

sumber : https://www.ns.gov.my/kerajaan/info-negeri/77-berita-2021/471-pesta-bola-ngoca-imbau-nostalgia

8 comments:

  1. Punyalah lama akak tinggal di NS, baru ni tau ada Pesta Bola Ngoca 😅
    Kalau dapat datang tengok aktiviti yang dibuat tu mesti seronok dan lucu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila Tok Min jadi menteri baru buat kat sini rasanya. Sebelum ni pesta ngoca tempat lain kan. Yang ni lagi banyak aktivitinya. Memang seronok tapi tulah nak parkir sikit punya susah.

      Delete
  2. wah, if bawa anak2 best ni. bagi dorang rasa pengalaman kat sawah pagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann..budak-budak memang seronok kalau ada aktiviti outdoor macam ni.

      Delete
  3. Lalu situ tadi dari Pilah, jammed...kiri kanan jalan penuh ngan kereta parking

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa setup pun dah sesak situ kak. Every week memang jem je..ada event bertambah jem. huhu...

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.