Sambutan Hari OKU 2022

Azhafizah MN
By -
0
3 Disember merupakan tarikh Hari OKU (Orang Kurang Upaya) Sedunia. Sambutan Hari OKU Sedunia pada tarikh 3 Disember adalah sebagai inisiatif bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan masyarakat sebagai tanggungjawab bersama untuk memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada kemampuan dan sumbangan OKU.

Sambutan Hari OKU Sedunia juga bertujuan bagi menggalakkan hak dan kesejahteraan orang kelainan upaya dalam segala aspek pembangunan dan sosial.

Orang Kelainan Upaya (OKU) bukanlah seorang yang lemah walaupun mereka mempunyai ketidakupayaan fizikal atau mental. Akan tetapi kekuatan mereka dalam menjalani kehidupan sehari yang penuh cabaran ini sering menjadi inspirasi kepada golongan bukan OKU.

Namun, mereka masih memerlukan kemudahan dan bantuan bagi memudahkan mereka menjalani rutin harian dengan aman sejahtera dan selamat.

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda :

إِنَّ اللَّهَ لا يَنْظُرُ إِلَى صُوَرِكُمْ وَأَمْوَالِكُمْ وَلَكِنْ يَنْظُرُ إِلَى قُلُوبِكُمْ وَأَعْمَالِكُمْ

Maksudnya
Sesungguhnya Allah SWT tidak melihat kepada rupa dan harta kamu. Akan tetapi Allah SWT melihat kepada hati dan amalan kamu —Riwayat Muslim
Sambutan Hari OKU Kebangsaan Tahun 2022 akan diadakan di Perkarangan Bangunan KPWKM dengan pelbagai aktiviti menarik yang disediakan. Bersama raikan Hari OKU 2022 dengan menyertai pelbagai aktiviti serta memberi sokongan kepada golongan OKU.

Tema Hari OKU Kebangsaan Tahun 2022

Transformasi Ke arah Pembangunan Inklusif : Peranan Inovasi Dalam Memenuhi Aksesibiliti dan Kesaksamaan OKU

Sambutan Hari OKU Kebangsaan Tahun 2022

Hari & Tarikh : Sabtu, 3 Disember 2022
Masa: 8.00 pagi 
Tempat : Perkarangan Bangunan KPWKM

Aktiviti sambutan Hari OKU Kebangsaan 2022

  • Senam sihat keluarga OKU
  • Brisk walk kasih keluarga OKU
  • Pameran dan jualan
  • Demo masakan keluarga OKU
  • Pengenalan DRST
  • Perkongsian bicara OKU

Yang berdekatan boleh pergi ramai-ramai memeriahkan Sambutan Hari OKU Kebangsaan Tahun 2022.

Sambutan Hari OKU Kebangsaan Tahun 2022
sumber : Jabatan Kebajikan Masyarakat HQ

Kategori Orang Kurang Upaya (OKU)

Bersempena dengan Hari OKU Sedunia, ambil tahu serba sedikit fakta mengenai Kategori Orang Kurang Upaya (OKU) yang dikongsikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.

kategori orang kurang upaya

Kurang Upaya Pendengaran : Seseorang individu tidak dapat mendengar dengan jelas dengan kedua-dua belah telinga tanpa menggunakan alat bantuan pendengaran atau tidak dapat mendengar langsung walaupun dengan menggunakan alat bantuan pendengaran.

Kurang Upaya Penglihatan : Seseorang individu tidak dapat melihat atau mengalami penglihatan terhad pada kedua-dua belah mata.

Kurang Upaya Pertuturan : Seseorang individu tidak boleh bertutur sehingga menyebabkan gangguan dalam berkomunikasi dengan sempurna serta tidak boleh difahami orang yang berinteraksi dengannya.

Kurang Upaya Pembelajaran : Seseorang individu mempunyai masalah kecerdasan otak yang tidak selaras dengan usianya. Contoh OKU pembelajaran adalah seperti Autisme, Sindrom Down, ADHD dan sebagainya.

Kurang Upaya Fizikal : OKU fizikal yang bermaksud keadaan di mana berlaku kehilangan separa atau sepenuhnya mana-mana bahagian anggota badan termasuklah kehilangan tangan, kaki, jari tangan atau jari kiri. 

Kurang Upaya Mental : OKU mental yang melibatkan individu berpenyakit mental teruk yang telah diberi rawatan atau telah diberi diagnosis selama sekurang-kurangnya dua tahun oleh pakar psikiatri. Individu yang mengalami ketidakupayaan jenis ini tidak berupaya untuk berfungsi sama ada sebahagian atau sepenuhnya dalam hal berkaitan diri atau perhubungannya dalam masyarakat.

Kurang Upaya Pelbagai : OKU pelbagai iaitu melibatkan individu yang mengalami lebih daripada satu jenis ketidakupayaan.

Ucapan Hari OKU

Selamat Hari OKU Sedunia 2022
Semoga hati kita sentiasa dilindungi daripada sifat-sifat buruk dan terus prihatin dan cakna terhadap golongan OKU serta dapat menyatukan hati kita semua.

Allahumma Aamiin...
Tags:

Post a Comment

0Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment (0)