Dekorasi Dulang Hantaran Tema Purple

Salah satu benda yang wajib ada masa majlis pertunangan atau pernikahan/perkahwinan mesti ada barang hantaran. Zaman sekarang dekorasi dulang hantaran simple je tapi tetap cantik. Less is more. Minimal dekorasi, less accesories dan lebih nampak wow.

Bab dekorasi hantaran ni memang Fiza suka buat dan husband pun sama kreatif sebab hantaran tunang dan nikah/kahwin dulu pun masing masing buat sendiri je. Takde nak upah orang bagai. Lebih jimat dan puas hati buat sendiri. Kali ni adik ipar a.k.a adik husband nak bertunang next week. Tugas kamiorang le siapkan dekorasi dulang hantarannya.

Berbekal bekas hantaran husband dulu, kamiorang ubah dekorasi tapi masih mengekalkan warna purple. Buang bunga bunga yang lama dan ganti yang baru dengan dekorasi yang baru. Cuma keluar modal sikit je untuk beli bunga.

Jenis bunga dan warna bunga kamiorang pilih berlainan jenis dan tona warna supaya nampak lebih pelbagai. Baru menarik kan. Kalau satu jenis warna macam suram je pulak.


Dulu dulu bolehlah panggil dulang hantaran. Tapi sekarang dulang pun non hado. Bekas hantaran ni memang dah siap. Cuma perlu buat dekorasi je. Di luar bekas ni husband lilit dengan riben berbunga. Kemudian letak sejambak pelbagai jenis bunga. Dalam dia letak shredded paper sebagai alas. 

Dah siap! Senang je nak buat pun kan. 

Untuk bekas cincin pula, tambah bekas sarang cincin dan hias sangkar tu dengan lilitan bunga. Alas bekas cincin letak macam sarang burung tu.

Bakul ni untuk buah buahan. Lilit pemegang dengan riben, alas dengan paper dan shredded paper.

Okay siap semua dekorasi dulang hantaran.

5 Dulang dari pihak lelaki. Tunggu letak barang hantaran je nanti.
1. Cincin
2. Buah buahan
3. Kek
4. Sirih junjung
5. Coklat


Buat simple je sesuai untuk perjalanan jauh ke utara nanti. Semoga majlis berjalan dengan lancar dan segala urusan dipermudahkan.  


6 comments:

  1. salam...terima kasih..sangat atas tips ni.,.semalam baru yaya beli hantaran tunang..hiihii..tapi blum lg cari tapak.hihi...



    sambil2 tu jom jenguk & join contest dari yaya ni..

    Contest : 'Jemputan ke Majlis Pertunangan Yaya dan Anis'

    http://www.yayacendana.com/2016/04/contest-jemputan-ke-majlis-pertunangan.html

    tq ^_^

    ReplyDelete
  2. cantik dan senang....wah nasib lah dah beranak pinak...kiki..boleh berangan tak nak mcm ni haha

    ReplyDelete
  3. haah kan, skrg ni dah takde org pkai dulang dah.. cantik tema pepel ni ;)

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.