Bukan Sekadar Hanya Buat Contest, Giveaway dan Segmen

Peringatan untuk diri dan untuk blogger yang rajin buat contest, giveaway dan segmen. Memang seronok buat contest, giveaway dan segmen ni sebab selain berkongsi rezeki yang ada dapat jugak menambahkan rakan blogger serta menaikkan traffic blog. Akan tetapi bukan sekadar hanya buat contest dan semua tu tapi kita perlu BERTANGGUNGJAWAB menganjurkannya walaupun kadang² hadiah tu di sponsor oleh orang lain.
Iklan kejap : Dapatkan hadiah Jam Dinding dan Lampu IKEA untuk TOP3 Komentator Julai & Ogos.
Sebelum buat sesuatu contest tu seeloknya plan sebaik mungkin dan bukan terus main buat dan kemudian tukar² syarat selepas diadakan. Jadi tak proper dan berterabur dan kemudiannya timbul masalah ada yang tak follow sponsor disebabkan tak follow up yang penganjur update.

Pastikan masa contest mengikut jadual yang ditetapkan. Kalau sibuk, manage masa sebaiknya untuk contest yang dianjurkan. Bila dah plan elok semuanya barulah semuanya akan berjalan dengan baik.

Sebenarnya contest giveaway semua ni, untungnya bukan dari sebelah pihak je. Kedua² pihak sebenarnya. Walaupun ada yang tidak menang tapi faedah bertambah followers, likers dan traffic tu ada sekurang²nya. Kalau menang itu bonus.

Memang tak dinafikan faedahnya lebih kepada penganjur akan tetapi itulah yang sepatutnya dapat sebab dari awal sampai habis memang penganjur yang kena uruskan. Kira rewards kepada penganjur lah kan.

Tapi ada juga penganjur yang TAMAK sebab lepas keputusan di umumkan, pemenang dah bagi details tapi penganjur terus senyap sepi. Kat blog lansung tak berupdate sehingga ke hari ni. Kalau busy sekalipun boleh letak notis kat blog. Orang lain boleh faham kot rasanya. Ini tak, senyap terus. Kes macam ni Fiza dah terkena 2 kali dah. Malas pulak nak pergi mintak untuk kali kedua walaupun itu hak kita. Senyap terus sehingga ke hari ni. Bukan rezeki Fiza kot.

Ada juga yang Fiza mintak hadiah kali kedua tapi dia terus sepi tak reply email lansung tapi tengok blog berupdate pulak. Kalau malas nak layan kenapa anjurkan contest? Untuk suka² ye? Lepas tu Fiza pun senyap je la. Kalau busy sekalipun boleh inform pemenang kot kan bukan terus senyap. Nanti kata pemenang tak sabar pulak..haihhh? Tak faham sungguh!

Kemudian ada juga yang penganjur yang kata hadiahnya dah pos tapi tak sampai² juga. Kemudian Fiza tanya pemenang lain, tak dapat juga. Bila dia tanya penganjur. Dah pos juga katanya. Disebabkan pos biasa so tak dapatlah nak trace kat mana. Itu tak tahu lah mana silapnya. Tapi Fiza anggap takde rezeki jugalah. So let it go~

Dan paling tak best bila penganjur Contest buat contest lepas tu sampai dah tamat pun masih tak berupdate blog tu sampai ramai yang dok tanya, bila nak umumkan pemenang? Tapi masih takde jawapan.. Pelik betul la..Ini namanya penganjur terus senyap.

Janganlah kata pemenang ni tak sabar, terhegeh² dan mengharap sangat hadiah tu. Tapi dah itu pemenang punya hak kan? So kenalah adil.

Macam² jenis penganjur yang Fiza pernah ada pengalaman sepanjang join contest, giveaway dan segmen ni. Itu pengalaman Fiza sebagai peserta la.

Bila Fiza menganjurkan contest, giveaway dan segmen ni ada juga pemenang tak redeem hadiah, dah letih dah email dan komen kat blog. Tapi dia masih tak beri respon. Tak nak hadiah kot kan? Kalau Fiza ada berhutang hadiah tu mana yang ingat tu mehlah contact Fiza ye. Mana yang Fiza pernah sponsor tapi pemenang tak tuntut hadiah kat penganjur, silalah tuntut hadiah kalau masih berminat.

Dan jadi penganjur ni sebolehnya poslah hadiah sendiri sebab dulu Fiza pernah suruh kawan pos tapi dia tak pos sudahnya hadiah entah kemana dan terpaksa ganti hadiah baru. Kesian pemenang dapat hadiah lambat.

So kesimpulannya, nak buat sebarang contest, giveaway dan segmen ni kenalah tahu peranan masing² sebagai penganjur, sponsor dan juga peserta. Elakkan menipu dan rasa ditipu. Maaf andai terasa, sekadar berkongsi pendapat. Jangan kecam Fiza pulak. Bukan nak tunjuk bagus tapi tunjuk pengalaman supaya orang lain pun boleh beri pendapat dan beringat²lah kita.

Opsss.. Sorry panjang pulak bebelan petang ni. Bila dah teringat dan ada idea terus menaip. ^__^

36 comments:

  1. betui tu.. pernah terkena jugak.. tp anggap xde rezeki.. mmm..
    tpi tu la.. cik en kena semak balik ga cik en yg lelama.. de ke yg pending

    ReplyDelete
  2. betol2, sy pernah sampai dh sebulan pun saja tanya, mana hadiahnye, ek elle, nk naikkan trafik, jp lg buat taik, ahaha~even adiah topup je pun, skrg berharge taw, sbb memang gune kan.... aduhai, tak jaga perasaan btol....

    ReplyDelete
  3. lau ig n fb, leh unfollow, lau blog, cmne nk unfollow ek? kuang ajo tol, hahaha

    ReplyDelete
  4. pssst, ya.semangat tgk adiah2 tuu, hahahahaa~ IKEA IKEA !

    ReplyDelete
  5. nice sharing A'a. peringatan untuk diri sendiri juga. PG pernah juga nak plan buat giveaway semua ni. tapi takut tak dapat nak manage kan diri dan juga masa. but yes. penganjur atau pemenang kena alert juga bila masuk sebarang giveaway ;)

    ReplyDelete
  6. Tq for the sharing..
    Bagus utk panduan yg baru nak berjinak berblog mcm saya ni

    ReplyDelete
  7. bestnyeeee jam ikea..
    akak ade join contest 2 bln lps..hadiah mmg lumayan..
    tp klu ikutkan contest dh tutup n pemenang patutnye dh umum..tp spi sekarang sponsor/owner blog diam menyepi..blog pun tak berupdate..kot iye pun bgtau la kan, contest cancel ke..br smlm akak tgk blk blog tu..ramai yg dh commnt tny sape pemenang..dh sebulan lebih dh ni dr date pengumuman pemenang..

    ReplyDelete
  8. thumbs up..setuju sangat..kadang2 nak tuntut hadiah untuk kali kedua tuh mcm keberatan sikit..cuba bersangka baik..maybe sponsor busy..tapi kalau dah sebulan tuh dah lama sangat..pikir tak ada rzeki jelah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nona dh sebulan pn still tanya and sanggup tungguu,, hehe...lau x. unfriend fb, unfollow ig je, habis ceghitaaaa

      Delete
  9. kdg2 sbb nak support blogger baru, cn join la ga dorg, tp sayang, kita pulak kna tipu..alahai..tp cn salute dkt blogger yg rajin buat ga dan hadiah mmg punctial mcm kak mia liana, uzu, tengkubutang dan tak lupa owner blog ni azhafizah, ni nk join giveaway baru pulak, harap tak lupa

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok, dah kenal siapa yg boleh dipercayaiiii, hehe, tQ info ya

      Delete
  10. alhamdulillah..cik nor tak pernah lagi kna tipu ..

    ReplyDelete
  11. xperla fiza..biar Allah yang balas janji2 kosong dia..

    ReplyDelete
  12. husna pernah kena sekali time sebelum raya thun lepas, 2014.. giveaway kuih raya, dah ber-reply emel suruh ambek kat stokis, tp tak bg detail.. lama jugak laa tunggu.. smpai la skarang tak dak cerita.. tak taw yg lain dpt ke tak.. huhuhu..

    ReplyDelete
  13. ye kak, sy baru join haritu satu GA blog, dpt saguhati, dah bg details 2 kali..
    tp xde respond. huhu sedih T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. memg sedihh bile tak dilayan, kuang ajo namanyaaaa, huhu

      Delete
  14. betul2. saya pun setuju. memang sangat tak bertanggungjawab

    ReplyDelete
  15. betul tu fizah.yong dh byk kali terkena. bkn kat blog je. contest kat fb pn sma. menang tp hadiah x dapat2x.sob3x

    ReplyDelete
  16. bestnya la kalau dapat hadiah ni kan, dah lama x join berkomen2 ni, sibuk je memanjang, blog pon terabai, huhuhu

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.